Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SURIRUMAH - Tugasan Berat Yang Boleh Merubah Peribadi Wanita Secara Senyap

Makin hari semakin banyak kisah sedih yang melibatkan surirumah. Ada yang bunuh diri dan tidak kurang hingga tahap mencederakan anak-anak. Makin sedih bukan setakat mendera sebaliknya sehingga ke tahap membunuh anak sendiri. Surirumah bunuh anak sendiri yang telah dikandung dan di jaga sejak lahir memang sangat meruntun jiwa.

Sebagai seorang surirumah, sudah semestinya daku sendiri rasa teramat sedih dengan keadaan ni. Secara tidak langsung daku juga boleh faham apa sebenarnya yang sedang dilalui. Ibu mana tak sayangkan anak-anak, jika tak sayang takde la dikandung dan dilahirkan juga dengan susah payah dan sakit namun keadaan situasi sekarang sedikit sebanyak telah membuatkan para ibu terutama yang bergelar surirumah ini mendapat tekanan jiwa sehingga ke tahap serius.



Bagi daku sendiri yang punya anak enam ini, daku juga tak lepas dari masalah yang sama. Bohonglah kalau ku cakap daku tak stress. Anak enam adik kakak oi!! Ditambah lagi dengan lima daripadanya adalah lelaki dan hanya seorang saja anak perempuan telah membuatkan situasi dalam rumah ni selalu huru hara. Secara tidak langsung ini bermakna hampir semua kerja rumah kena buat sendiri sebab tak mampu nak mengupah maid.

Tekanan pada si ibu disebabkan oleh si bapa ?

Mungkin! Kerana itu para suami tolonglah jangan anggap yang surirumah ini kerjanya hanya duduk di rumah makan tidur kuak lentang gaya kupu-kupu sambil buat peta dunia di depan TV. Banyak kerja sebenarnya jadi surirumah ni. 

gambar sekadar hiasan

Daku sendiri kalau suami tak hulur tangan jangan harap boleh handle anak-anak yang sebanyak setengah dozen ni. Sebab itu ramai yang lebih suka anak sedikit kerana bila anak tak ramai maka dapatlah kurangkan sedikit tekanan baik dari segi penyediaan material keperluan dan juga dari aspek kasih sayang. Tetapi jika telah di takdirkan rezeki anak ramai sebegini maka semestinya para suami kena ikut campur.

Jika di cakap dalam bahasa kurang ajar....

"Hello! Tak kan pandai sedap je lepas tu semua harap ke bini? Jangan ingat kalau keluar kerja tiap bulan bagi duit semuanya boleh lepas ye. Melainkan tiap bulan tu bagi nafkah dan juga bagi duit tambahan khas sebagai upah penjaga rumah selaku 'orang gaji'. Ingat sikit! Sepatutnya makan pakai layan isteri semuanya suami kena buat tau? Orang perempuan ni sepatutnya duduk rumah pakai lawa-lawa tunggu masa nak jadi pelayan suami dengan suara manja masa balik kerja je."

gambar sekadar hiasan

Makanya, jika isteri dah sanggup berkorban kurangkan perbelanjaan penjagaan diri demi untuk lebihkan belanja rumah untuk makanan sekeluarga sambil hulur tangan dan tenaga untuk memasak mengemas membasuh maka suami janganlah terus label si isteri duduk rumah goyang kaki. Bukan setakat suami orang luar juga tolong jangan nak mudah letak tanda kat dahi surirumah sebagai orang yang paling takde kerja umpama si penganggur terhormat.

Tekanan pada si ibu disebabkan oleh anak-anak ?

gambar sekadar hiasan

Masalah sebegini daku sama sekali tak salahkan anak-anak tapi ini semua disebabkan oleh si ibu itu sendiri yang tidak boleh menerima keadaan. Jika si ibu menganggap si anak adalah beban maka dengan mudah si ibu akan mudah merasa tertekan dan asyik nampak segala benda yang di buat oleh anak adalah salah. Tetapi jika si ibu itu dapat melihat kehadiran anak-anak sebagai rezeki dan redha dengan keadaan semasa pastinya perkara ini dapat di atasi.

Yelah kita semua sudah sedia maklum yang stress atau tekanan itu adalah disebabkan rasa hati yang tidak tenteram, serba tida kkena dan asyik nak marah je maka sudah semestinya si ibu akan mudah rasa rimas dan mahu marah-marah apabila anak berbuat nakal dan sebagainya. Sedangkan sebagai seorang ibu sepatutnya kita kena faham sikap anak-anak sebagai seorang budak yang asyik tahu nak bermain, nakal dan lain-lain.

gambar sekadar hiasan

Kita sendiri dulu pun semasa kecil asyik main dan tak nak dengar cakap mak ayah 100% kan? Jadi kenapa mesti sekarang ni nak mengharapkan anak-anak yang masih kanak-kanak tu untuk dengar cakap kita sepenuhnya macam seorang askar?

Agak tak adil jika dulu kita semasa kecil boleh bebas bermain sedangkan anak-anak kita sendiri hanya perlu patuh arahan macam seorang robot. Kalau begitu keadaannya bukan hanya si ibu je stress tetapi anak-anak juga akan ikut mendapat tekanan jiwa yang hanya tunggu masa untuk meledak.

Rumah bersepah bagaikan tongkang pecah!


Aku mengaku rumah aku sendiri ni tak adalah sentiasa kemas dan bersih seperti rumah orang lain. Ada hari daku rajin serajinnya hinggakan lantai akan di mop lebih dari lima kali sehari tetapi ada hari juga daku rasa malas semalas malasnya sehinggakan pinggan sebiji di dalam sinki pun daku tak ingin nak basuh. Dan dukacita di maklumkan hari malas adalah jauh lebih banyak daripada hari rajin. Lol.



Itu belum bercerita tentang kain baju. Anak ada 6 orang jadi bila bercampur dengan mak dan ayah bermakna akan ada 8 orang penghuni semuanya. Jumlah kain baju yang di basuh dan menunggu masa untuk berlipat jangan ceritalah. Tinggi kain yang menimbun setiap kali di angkat dari ampaian boleh mengalahkan gunung everest!

Dan daku percaya setiap surirumah punya masalah yang sama. Baju kena basuh bila di basuh punyalah banyak kena sidai lepas tu perlu angkat pula untuk di lipat. Jika penat tak dapat buat hari ini, nanti akan terus bertambah menjadi sebuah gunung.


Begitu juga dengan dapur terutama untuk rumah yang ada penghuni ramai. Tukang basuh sorang tapi tukang guna pinggan mangkuk ramai. Mau lembik satu badan. Kerana itu jika rumah ualls kemas bersih berkilat dan bila pergi rumah orang lain bersepah tak macam rumah kita, harap-harap ualls dapatlah faham situasi si ibu. Bukan kerana dia malas tapi dia juga tak cukup kaki tangan.

Rumah daku sendiri waktu pagi lepas anak pergi sekolah akan kemas dan bersih tapi sebaik saja mereka balik sekolah hingga ke malam, rumah akan bersepah semula. Kalau di kemas pun terpaksa akan kena kemas balik sebab tukang sepahnya ramai. Hahaha.

Beriadahlah di hujung minggu untuk melepaskan tekanan si isteri

Surirumah ni bukannya susah nak handle. Yang penting sekurang-kurangnya seminggu sekali tu bawalah mereka keluar. Kalau tak boleh bawa pergi makan angin memadailah dengan pergi shopping, makan-makan dan tengok wayang. Jika tak mampu juga bawalah walau hanya pergi berkelah di taman bunga terdekat ataupun window shoping sekalipun. 



Selalunya jika sudah mula berasa stress dan rasa ingin keluar bersama suami dan anak, si isteri akan menggunakan anak-anak itu sendiri sebagai alasan dan wahai para suami, bersetujulah dengan permintaan tersebut kerana hakikat sebenarnya bukan si anak yang teruja tetapi si isteri itu sendiri. Masa inilah mereka dapat melaram sedikit pakai cantik-cantik setelah hampir setiap hari terperuk di rumah dengan baju harian.

Jangan salahkan orang lain 100%. Kenapa tinggal solat? Solat dan AlQuran itukan penenang jiwa 

Semua orang akan hadapi tekanan ketika sedang hidup di atas muka bumi ini. Kerana itu ramai yang ingin lari dari situasi tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti yang di sukai seperti bersenam, membaca, mendengar muzik, menonton wayang, membeli-belah dan sebagainya namun jangan lupa bahawa cara untuk menenangkan jiwa yang lebih afdal adalah dengan menunaikan solat lima waktu di tambah dengan membaca AlQuran.


Jika tidak tahu bolehlah ke masjid yang berdekatan atau mohon bantuan yang dari mereka yang dipercayai. Dengan menunaikan solat dan membaca AlQuran, ianya bukan saja dapat menjadikan jiwa berasa tenang malah fikiran juga dapat berfikir dengan lebih baik dan sekaligus dapat menghindarkan bisikan-bisikan syaitan yang terus membisikan ke hati kita untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya itu. Tanpa solat jiwa tidak akan dapat tenang dan kerana itulah boleh bertindak di luar kawalan tanpa sedar sehingga ke tahap membunuh anak sendiri.

Rumahku Syurgaku

Benar tapi untuk dapatkan rumahku syurgaku janganlah di harapkan pada si isteri yang juga si ibu ini sepenuhnya hanya kerana mereka berada di rumah sepenuh masa.


Apapun yang berlaku kita sebagai sama-sama manusia berdoalah semoga apa yang orang lain alami tidak berlaku ke atas kita. Bak kata pepatah melayu, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Apa pendapat ualls semua?

Cetusan Ikhlas,
Sis Hawa - Ibu anak 6





5 comments for "SURIRUMAH - Tugasan Berat Yang Boleh Merubah Peribadi Wanita Secara Senyap"

  1. Tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya mungkin kedua-dua belah pihak bertanggungjawab huhuuu...

    ReplyDelete
  2. betoi jangan anggap suri rumah hanya dok rumah tak letih buat keja rumah..hari2 mengadap benda yang sama buat keja rumah letih juga.dengan melayan ragam anak2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Suami mrs pip slalu cakap, kalau tak larat, nnt2lah kemas rumah, rehat dulu ... Nasib baik suami reti masak dan layan anak2, so bila suami ada di rumah, mrs pip ambil kesempatan mengemas rumah , hehe ...

    ReplyDelete
  4. Buat kerja rumah sekadar termampu... Nasib baik suami dan anak2 memahami.

    ReplyDelete
  5. mujur anak2 abam kie boleh disuruh menolong kemas rumah. sabar ye hawa..nanti bila anak2 jate tu besar, pakso mrka buat kerja umah deh?

    ReplyDelete