Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Antara 5 Jenama Serum Muka Yang Disukai Ramai

SERUM merupakan salah satu produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati ramai pengguna yang amat mementingkan soal penjagaan wajah terutamanya untuk kaum hawa yakni wanita. Golongan umur yang paling sukakan serum ini adalah di dalam golongan 30an dan ini termasuk sekalilah dengan diriku sendiri. 




Walaubagaimanapun, serum ini ada pelbagai jenis malah ada juga serum yang di buat khusus mengikut usia pengguna seperti remaja, wanita dewasa dan juga warga emas. Apa yang penting, kita perlu tahu serum bagaimanakah yang ingin kita pakai dan serum manakah yang boleh memberi keserasian mengikut jenis kulit dan masalah wajah masing-masing. 

Kenapa Perlu Pakai Serum?

Serum adalah salah satu produk skin care (penjagaan wajah) yang perlu di pakai selepas mencuci muka dan toner. Serum merupakan molekul-molekul kecil yang mudah di serap oleh kulit dengan pantas. 



Kerana itu serum boleh menjadi pembantu yang cukup bagus untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit secara terus dari dalam bukannya merawat dari luar seperti kebanyakkan produk skin care biasa yang kita pakai. Kerana itu harga untuk serum ini agak lebih mahal daripada set penjagaan wajah yang selalu digunakan tu. 


Cara Untuk Menggunakan Serum Dengan Betul


Cara yang paling baik untuk memastikan serum ini dapat bertindak dengan pantas untuk memberi hasil yang paling terbaik adalah dengan menggunakannya dengan cara berlawanan dengan arah jam namun terpulanglah juga pada cara yang ualls suka untuk menggunakannya.... yelah, beli dengan duit sendiri kot!! So ikut suka ualls la... cuma jika nak hasil yang terbaik dengan lebih cepat maka gunakanlah dengan cara berlawanan dengan arah jam ataupun dengan cara menyapunya dari bawah naik ke atas. 



Antara 5 Jenis Serum Yang Paling Ku Sukai


Jika dulu setiap kali nakkan serum mesti perlu ke spa dek kerana tak tidak ada serum yang bagus di pasaran pada ketika itu namun sekarang ni tak perlu susah hati lagi kerana telah pelbagai jenis serum hingga tak terbilang dek tangan. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mencari apakah serum yang terbaik dan paling sesuai untuk kulit wajah masing-masing. 

Di sini daku kongsikan 5 jenama serum muka yang pernah ku cuba dan melekat kat hati.


Zulqaas Phytonutrients Serum ini merupakan serum yang dikendalikan oleh Dr. As Zulqa, seorang doktor berkelulusan PhD dalam Industri Kosmetik Halal di Malaysia. Serum ini menggunakan 10 plant ekstrak yang mampu untuk memberikan pelbagai nutrienrs (khasiat) dan vitamin maka bahan-bahan yang terkandung di dalam serum ini akan memulakan 'kuasanya' dengan memberikan rangsangan terhadap kulit untuk mula menyerap semua nutrients ini secara langsung jauh sehingga ke dalam kulit untuk mewujudkan sel kulit yang baru. Secara tidak langsung wajah akan kembali cantik, halus, dan gebu semula.

2. Eucerin Pro ACNE Solution Super Serum 30ml

Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat

Serum ini mempunyai kepekatan asid laktik yang memberikan kesan pembaikan untuk kulit bermasalah. Ia secara berkesan membersihkan pori-pori yang telah tersumbat. Di samping itu, ia juga turut mengandungi decandiol yang berfungsi sebagai anti-bakteria untuk mencegah pertumbuhan jerawat yang muncul di wajah. Serum ini ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Memberikan kulit keseluruhan yang lebih baik, sihat dan licin.

3. Wow Skin Serum ( Night and Day )
 
Agak sesuai untuk dipakai sebelum mengenakan make-up kerana ia mampu menjadikan make-up bertahan lebih lama serta kulit kekal lembab. Berkepekatan tinggi tapi diformulasi agar ringan pada wajah. Jadi kita tidak perlu risau wajah terasa berat, berminyak atau melekit jika ingin pakai sepanjang hari. Selamat untuk dipakai bagi ibu mengandung ataupun sedang menyusukan anak kecil.

4. AR Beauty by Divine Serum
Membantu menghidupkan,memulihkan dan meremajakan imun. Membantu membaiki pulih tekstur kulit. Menstimulasikan pembentukan kolagen dan struktur serat dalam pembaharuan kulit. Mengurangkan pembentukan garis halus dan mata sembap. Melembutkan dan melembapkan kulit.

5. Dr Beau 
DR BEAU yang paling terbaru ku cuba. Jika mengikut info yang diberikan, ia dapat
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
  • Membantu memulihkan masalah kulit melecur
  • Membantu memulihkan masalah kulit kusam
  • Membantu menghilangkan lebam yang teruk di kawasan bawah mata
  • Membantu menghilangkan jerawat
  • Membantu menghilangkan parut lama jerawat
  • Membantu mengecilkan kembali pori yang terbuka
  • Membantu mengatasi masalah white head dan black head
  • Membantu mereka yang ada masalah ekzima
  • Mengatasi masalah eye bag yang teruk




Antara Bahan Yang Digunakan

  • Wheatgerm Oil (sejenis gandum)
  • Almond Oil (sejenis kekacang)
  • Apricot Kernel (sejenis buah)
  • Evening Primrose (sejenis bunga)
  • Moroccan Argan Oil (sejenis kekacang dari pokok argan)
  • Rosehip Oil (sejenis buah)


Semua bahan terpilih itu telah di proses secara semulajadi untuk mendapatkan minyaknya tanpa melibatkan sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna tiruan dan lain-lain bahan berbahaya untuk mengelakkan sifat semulajadinya yang penuh dengan khasiat.

Menjadi Salah Seorang Pengguna Serum DR BEAU

Untuk daku sendiri, buat masa ini daku sedang menggunakan serum daripada Dr Beau kerana daku sukakan cara pembotolannya dalam bentuk kapsul yang bagi aku cukup senang dan mudah untuk di bawa ke mana-mana di dalam handbag. Seperkara lagi daku sukakan bahan-bahan yang telah di gunakannya tu. 





Pendapat Peribadi Mengenai Serum Dr Beau

Sejak menggunakan Dr Beau, alhamdulillah kulit wajah sekarang tampak lebih halus, lebih cerah, lebih tegang dan lebih anjal. 
Yang pasti, ada banyak jenis serum di luar sana dan tidak di senarai di sini tidak bermakna serum tersebut tidak bagus. Apa yang paling penting adalah pada si pemakainya. Tidak kisahlah jenama apa yang penting haruslah semulajadi dan sesuai untuk kulit wajah masing-masing.

Untuk mendapatkan DR Beau boleh ke :

LAMAN WEB : http://teja.com.my/



TELEFON : 016 963 3443


Ualls sendiri macamana?? Tengah pakai serum dari jenama apa tu? Best ke tidak? Berapa harga, beli kat mana?? Cer citer.....

7 comments for "Antara 5 Jenama Serum Muka Yang Disukai Ramai"

  1. tgh carik serum jugak ni...tq awa,membantu sangat info ni

    ReplyDelete
  2. Nice sharing sis awa.. Suka serum dr beau tu.. Menjadi dengan husniey.. 😍

    ReplyDelete
  3. Dulu memang tak tahu pun apa tu serum, kegunaan serum.. Ingatkan serum ni untuk mekap je hehe.. Rupanya serum ni penting dalam rutin penjagaan muka. Sekarang saya pakai serum jenama Sukin, beli kat Guardian :)

    ReplyDelete
  4. Serum sangat bagus kerana ia adalah partikel kecil yang boleh meresap jauh ke dalam kulit untuk merawat ya dari dalam. Kepekatannya yang tinggi be serta bahan aktif membezakan fungsi serum antara satu Sama lain.

    ReplyDelete
  5. Mne nk cri serum dr beau tu.. Blh bg info

    ReplyDelete