Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BABY SADOO - Pembantu Utama Ibu Ayah Ketika Bercuti Dan Mengembara

Ini adalah kali ke dua daku travel dengan membawa BABY SADOO sebagai makanan untuk anak-anak ketika sedang bercuti. Kali yang pertama adalah pada bulan Mac yang lalu ketika sedang bercuti di Langkawi dan kali ini bersempena dengan family day untuk team Blogger Pantai Timur yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.



Baby Sadoo Baby & Toddler Foods mempunyai 23 jenis pilihan menu yang merupakan "complete meal" yang dicipta khas oleh Founder, Pn. Amirah. Ia sesuai di makan dari umur 6 bulan sehingga 3 tahun. Baby Sadoo merupakan makanan bayi yang sihat tanpa bahan pengawet, tanpa perasa tambahan, tanpa pewarna tiruan, tanpa MSG dan merupakan keluaran muslim. 

Antara produk makanan baby yg ada di @babysadoohq :-
💠 Fruits Puree & Yogurt
💠 Fine Porridge
💠 Porridge & Rice
💠 Pasta
💠 Serbuk Bilis
💠 Serbuk Ayam, Daging & Ikan
💠 Instant White & Brown Rice



Disebabkan ini adalah kali ke dua daku membawa Baby Sadoo semasa bercuti maka daku kongsikan sekali stok Baby Sadoo yang ada padaku bersama rakan-rakan team lain yang juga turut mempunyai baby. Sharing is caring kata orang so apa salahnya kan?

Untuk menjamin tahap kesegaran makanan, kita perlu membawa Baby Sadoo di dalam bekas cooler. Jika takde cooler bag sekalipun ualls boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara dan yang boleh di isikan dengan ais di dalamnya. Setelah tiba di hotel sila segera masukkan ke dalam peti sejuk.


Cara penyediaan untuk makanan bayi homemade daripada brand Baby Sadoo ini mudah saja. Sebelum ingin diberikan pada si manja, kita perlu panaskan dulu samada dengan cara rendamkan di dalam bekas yang berisi air panas mahupun terus di masukkan ke dalam microwave. Jangan risau kerana Baby Sadoo dibuat khas dalam botol kaca yang berkualiti tinggi dan ready to eat.

Disebabkan dalam bilik yang ku duduki ni takde microwave so cara senang adalah dengan merendamkannya ke dalam bekas yang berisi air panas. Ualls tak perlu buka dan tuang makanan ni ke dalam apa-apa bekas untuk di didihkan di atas api ye.. No! No! No! Makin tak boleh jangan sesekali di campur dengan apa-apa bahan perasa tambahan seperti gula, garam dan sebagainya. Ini kerana, produk Baby Sadoo ini adalah makanan dengan bahan organik bermutu, khas untuk penghadaman si manja yang sama sekali tidak patut di tambah dengan garam, gula bahkan pewarna dan perasa tambahan yang lain.


Pada mulanya daku risau juga kerana percutian kali ini lebih kepada aktiviti team building yang agak lasak. Bimbang juga kiranya aktiviti ini memakan masa lebih lama hinggakan boleh membuat Kasih berasa lapar tapi disebabkan sudah ada produk Baby Sadoo maka aku berasa lebih yakin dan bersedia. Daku turut berkongsi dengan si kecil yang lain. Masing-masing happyy sebab sedap!


Jika ualls perlu bawa baby travel ataupun berada di luar dalam jangka masa yang agak panjang, daku sarankan supaya ualls beri baby makan sebelum aktiviti bermula. Setelah itu, bawa sekali makanan tersebut sebagai bekalan untuk di suap padanya bila-bila masa jika baby ada tunjuk tanda-tanda lapar. Macam daku sendiri, sebelum keluar dari bilik hotel untuk melakukan aktiviti, daku suapkan dulu Kasih sehingga kenyang. Happyyy tengok Kasih sukahati dengan menu yang benar-benar kena dengan seleranya.



Alhamdulillah, sepanjang membawa Kasih seharian kami dapat melakukan aktiviti team building dengan aman tanpa perlu mendengar rengekan Kasih. Daku sendiri dapat turut serta di dalam semua aktiviti seperti memanah, flying fox dan lain-lain lagi. Bahkan, walau keluar dari bilik dari pagi sehingga ke malam namun Kasih tetap juga cool dan steady. Bak kata orang, makan tidur sambil ambil angin tanpa sebarang masalah walaupun hakikatnya tak berada di atas tilam yang empuk.

Ualls boleh lihat sendiri gelagat Kasih di sepanjang percutian kami kat sana.

Kasih bersama team Blogger Pantai Timur yang akan memulakan pengembaraan

Kasih sedang asyik melihat pertunjukan harimau
Kasih sedang melihat singa putih yang sangat unik!!

Kasih yang sedang di dukung oleh salah seorang warga BGRC di bahagian flying fox.

Bila tiba time makan, ehhhh bukan main suka lagi Kasih. Nampak je makanan Baby Sadoo terus dipegangnya. Macam dah tahu pulak yang itu adalah makanan khas untuknya. Yelah, sedap kot! Seronok juga begini, sambil makan sambil bercuti. Tak ubah seperti sebuah perkelahan bersama si comel yang dapat kita nikmati situasi ini dengan penuh rasa happy.


Tak perlu nak susah-susahkan diri lagi. Buka je dari botol dan boleh terus suap. Yang penting ianya sama sekali homemade hanya dengan menggunakan bahan segar dan semulajadi. Makanan Baby Sadoo ini tak ubah seperti makanan yang di masak oleh air tangan ibu sendiri untuk si manja tersayang cuma apa yang membezakan ianya telah siap di botolkan untuk memudahkan tugasan si ibu dan ayah.


Kejap je dah habis sebotol tapi masih nak lagi? Oh Kasihhhh..... Sabar ye sayang, nanti kita makan lagi.



Tengok dulu, Kasih belum puas makan. Sedap sangat apa nak buat!



Pendapat peribadiku sendiri, produk Baby Sadoo ini memang amat membantu terutama ketika sedang bercuti sebegini. Kita sebagai orang yang telah dewasa mungkin tidak akan mengalami apa-apa masalah untuk makan kerana menu yang ada di jual semuanya amat sesuai untuk usia kita tetapi bagaimana dengan si manja?

Bagi daku untuk Kasih berusia 7 bulan dan masih baru dengan 'dunia makanan' ini, daku amat-amat berterima kasih dengan adanya produk makanan bayi masak sendiri tanpa gula garam dan bahan pewarna tiruan sebegini. Rasa puashati kerana dapat beri baby makan makanan yang sangat tulen seakan yang di masak sendiri di rumah.

KASIH SUFI - ahli yang paling kecil di dalam team kami

Pada ualls di luar sana yang masih tercari-cari apakah makanan baby yang bagus, berkhasiat dan elok untuk si manja tersayang, apakata ualls cuba produk Baby Sadoo ni. Daku sendiri masih setia dengan jenama ini setiap kali pergi travel tau.

Untuk ibu yang berkerja sekalipun, jika ualls tak punya masa untuk sediakan makanan bayi dari tangan sendiri, gunalah produk Baby Sadoo ini kerana ianya benar-benar dapat mengantikan peranan ualls sebagai seorang ibu di dalam proses penyediaan makanan yang asli dan sihat untuk pertumbuhan tubuh badan si manja yang amat kita sayangi ini.



Untuk info lanjut berkaitan produk, lokasi untuk pembelian dan lain-lain, sila layari :

website : www.babysadoo.com
facebook : Baby Sadoo HQ
Whatsapp : 019-6649388 (Pn.Amira)


5 comments for "BABY SADOO - Pembantu Utama Ibu Ayah Ketika Bercuti Dan Mengembara"

  1. makanan yang membantu ibubapa kala travel. Senang, bawa je baby sadoo time perjalanan panjang, nanti anak-anak takdelah meragam lapar

    ReplyDelete
  2. Wah, bagusnya ada produk makanan camni, cepat dan efisyen...

    ReplyDelete
  3. senangkan kalau ada babyfood macam ni. mak mak tak risau nak makan sbb baby dah ad makannan mereka.

    ReplyDelete
  4. Memang senang kerja mak-mak kalau nk pulang ke kampung dan travelling..

    ReplyDelete