Indahnya Pemandangan Semulajadi Di Bumi New Zealand
NEW ZEALAND is one of the countries that still maintains with lot of nature. Blue sea, high mountains, beautiful waterfalls, everything is here in one place. Kerana itu ku rasakan yang negara ini memang
awesome, sempoi dan unik untuk keindahan pemandangan semulajadinya. Kalau tak unik masakan negara tu di pilih
untuk pengambaran pelbagai filem hebat. Kalau nak tahu antara filem yang
telah menjadikan New Zealand sebagai tempat pengambaran ini adalah filem The Hobbit dan Lord
Of The Ring.
Sejarah ringkas New Zealand
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke New Zealand, penduduk asal negara tersebut dikenali sebagai suku Maori dan orang Eropah pertama yang telah berjaya menemui tempat itu bernama Abel Tasman yang merupakan seorang pelaut Belanda.
Abel Tasman menemui daratan tersebut pada tahun 1642. Walaubagaimanapun
Abel Tasman telah meninggalkan daratan tersebut dan New Zealand mula di
ketahui lokasinya dengan nyata selepas menerima ketibaan Kapten James
Cook pada sekitar tahun 1769. Kapten James Cook lah yang telah membuat
peta untuk daratan tersebut untuk mula di ketahui ramai akan
kewujudannya.
Cara penduduk asal bersalaman
Nama New Zealand dalam bahasa Māori adalah Aoetaroa,
yang artinya “daratan dengan awan putih yang panjang”. Orang New
Zealand menyebut dirinya dengan nama Kiwi. Nama ini sudah mula digunakan
sejak Perang Dunia Pertama dimana tentera dari New Zealand ini
menggunakan
panggilan nama tersebut untuk kumpulan diri mereka. Cara kaum Māori ini 'bersalam' adalah dengan cara menyentuh antara hidung dengan hidung.
Keluasan
negara New Zealand ini adalah seluas 268,021km persegi. Namun begitu
hanya 1/3 saja yang di duduki oleh manusia manakala 2/3
lagi dijadikan sebagai hutan simpan dan taman semulajadi negara. Maka tidak hairanlah kenapa New
Zealand sangat terkenal dengan pemandangan yang cantik dan tanpa
pencemaran.
Berapa jauh New Zealand dari Malaysia?
Jarak antara New Zealand dengan Malaysia adalah sejauh lebih kurang 8,894km yang akan mengambil masa sekitar 9 hingga 10 jam dengan menaiki kapalterbang.
Matawang rasmi NZD
Wang
rasmi untuk New Zealand di kenali sebagai Dolar New Zealand (NZD) dan
perbezaan nilai matawang mereka dengan duit negara kita adalah bersamaan
1 Dolar = RM2.75.Wang mereka turut di panggil dengan nama Kiwi oleh
penduduk tempatan. Nilai mata wang terendah untuk New Zealand adalah pecahan
10 sen.
New Zealand mempunyai tiga bahasa rasmi, iaitu
Maori, bahasa isyarat New Zealand dan juga bahasa Inggeris. Jadi kalau
korang ke sana tak payah risau kerana boleh guna bahasa Inggeris untuk
sebarang urusan kat sana. Senanglah sikit kan?
Keindahan bumi New Zealand
Berbalik pada pemandangan indah di bumi New Zealand, bagi daku ianya sangat-sangat awesome. Cantik betul ciptaan ilahi dengan warna hijau dan biru yang menakjubkan. Jika punya kesempatan ke sana, antara tempat-tempat yang akan ku lawati ketika berada di sana nanti adalah :
1. THE HOBBITON (Lembah Hobbit)
Lembah The Hobbit terletak di Ladang Biri-Biri Alexander dalam daerah Matamata dalam perjalanan dari Auckland ke Rotorua. Pengarah filem Lord of The Ring dan The Hobbit yang bernama Peter Jackson telah memilih kawasan tersebut kerana terpukau dengan pemandangan indah yang dikelilingi bukit bukau yang sangat cantik dan unik.
Lembah The Hobbit terletak di Ladang Biri-Biri Alexander dalam daerah Matamata dalam perjalanan dari Auckland ke Rotorua. Pengarah filem Lord of The Ring dan The Hobbit yang bernama Peter Jackson telah memilih kawasan tersebut kerana terpukau dengan pemandangan indah yang dikelilingi bukit bukau yang sangat cantik dan unik.
2. SKY TOWER
Meskipun daku ni seorang yang gajat tapi teringin la juga nak jejak kaki ke Sky Tower ini untuk melihat dengan perasaan berani berani takut akan pemandangan seluruh bandarayanya yang cantik berhampiran laut tu. Di Sky Tower ini sangat terkenal dengan aktiviti sky jump, dan sky walk. Kalau ualls tak gayat boleh try tapi bagi diriku yang lemah lutut ni rasanya cukuplah sekadar snap gambar acah acah berani dari atas. Hehe
3. SKYLINE
Dah tahu gayat masih nak naik skyline? Apa nak buat sebabnya daku agak teringin nak cuba permainan Luge yang ada kat Skyline Rotorua tu. Dalam permainan ini, kita boleh mengawal sendiri arah dan tahap kelajuan kereta luncur yang seakan gokart tu dengan meluncur turun dari atas bukit. Terdapat 3 jenis trek yang berbeza boleh di pilih samada amatur, profesional dan extrem. Alang-alang baik terus pilih trek yang extrem. Baru betul-betul puashati.
4. LAKE TAPOU
Lake Tapou yang merupakan tasik luas ini dikatakan sudah terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu lagi dek kerana akibat kesan letupan gunung berapi yang maha amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou ini sama luas jika hendak dibandingkan dengan seluruh negara Singapura. Memang besar.
5. LAVENDER FARM
Ladang Lavender di New Zealand terletak di pertengahan jalan menuju ke Gunung Cook. Kawasan sekelilingnya yang nyaman di tambah dengan pemandangan yang sangat cantik semestinya boleh membuatkan kita rasa lega dan lapang daripada pelbagai tekanan kerja. Ini barulah di panggil sebuah percutian kerana dapat melihat pemandangan cantik sambil menghirup bauan aroma lavender yang sangat terkenal dengan sifat sebagai salah satu aromaterapi terbaik itu.
Itulah serba sedikit perihal New Zealand. Bagi yang berminat untuk ke sana bolehlah intai-intai harga terbaik dari mana-mana agent pelancongan yang ada di Malaysia ni.
Apa pendapat ualls tentang New Zealand ni? Okay ke tidak?
dari dulu lagi mama tingin nak pergi nz.. cantiknya pemandangan kat sana
ReplyDeleteSubhanallah... cantik sangat new zealand ni kan sis hawa.. teringin nak ke sana..
ReplyDeleteand makes breathing or coughing difficult, but not impossible. Choking is the result of a complete obstruction to the airway. double jogging stroller review
ReplyDeleteTarot pon teringin nak ke NZ, ada rezeki sampailah
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.com/2018/06/syawalgiveaway-my-first-giveaway.html