Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menjejak Cinta Lama Bersama Bumbblebee dan Prime di IKM Beseri, Perlis

Dulu suamiku, Mr.Qamar pernah menjadi sebagai salah seorang bekas pelajar di IKM Beseri , Perlis pada sekitar tahun 1997 dan 1998. Ketika dia berada di sanalah daku dapat kenal dengannya. Masa tu daku masih lagi di dalam era sekolah menengah.

Itupun daku tak kenal dia sebagaimana dia kenal aku sebabnya dia hanyalah 'secret admire' dari jauh selaku si pendengar setia untuk segala masalah. Yang pasti tahap caringnya itulah yang telah membuatkan daku sudi terimanya sebagai seseorang yang sangat istimewa dalam hidup walaupun ketika itu daku sama sekali tak pernah bertentang mata dengan dia.


Kerana itu, IKM Beseri ini memberi sejuta kenangan di dalam hidup aku dan suami. Dek kerana datang dari Pantai Timur ke IKM ini untuk melanjutkan pelajarannya dulu maka Mr.Qamar dapat terlihat aku. Maka dikesempatan ini kami ambil keputusan untuk bawa anak-anak yang telah seramai 6 orang ini ke situ demi untuk menjejak kembali saat perkenalan antara daku dan suami serta secara tidak langsung untuk berkongsi cerita kisah lama itu dengan anak-anak.



Tibanya kami di sana, anak-anak terus teruja. Rupanya kehadiran kami pada petang itu telah di sambut oleh dua pahlawan era moden yang terkenal di seluruh dunia di alam fantasi. Ke dua-dua karakter tersebut sudah sangat dikenali oleh anak-anak iaitu Bumbblebee dan juga Optimos Prime dari filem Transformers.


Kami sempat juga berbual dengan akak guard yang comey dan peramah kat situ. Jika diikutkan hati teringin nak masuk terus tapi sayangnya ketika kami ke sana tu adalah sewaktu hari cuti beraya. Tak apalah, dapat lihat dari jauh pun dah okay. Nanti ada masa boleh datang semula lagi untuk tinjau secara lebih dekat untuk imbas kenangan-kenangan bekas tapak kaki lama yang ada di situ.

Teruja jugalah kakak guard tu dengar cerita kisah cinta kami berdua hinggakan ditawarnya kami makan kuih raya. Bukan setakat tu malah di kasinya juga sampul raya untuk ke enam-enam anak kami sorang satu. Secara tidak langsung dah tercatat satu lagi kenangan indah untuk kami simpan dalam lipatan sejarah peribadi keluarga kami ini.


Sebelum balik semestinya kami tinjau sekejap ke dua-dua penjaga yang tegak berdiri di hadapan pagar IKM Beseri tersebut. Memang agak besar dan kreatif. Anak-anak semuanya tak habis-habis nak pegang malah nak cuba panjat. Mujurlah si Awwal tu tak mengamuk minta untuk di bawa balik jika tidak tak pasal ada yang kena balik jalan kaki kejap lagi.


Nampak tu? Excited bukan main. Apapun syabas ku ucapkan pada para pelatih di IKM Beseri ini kerna berjaya menyiapkan dua karakter ini dalam bentuk yang agak besar dan tinggi sebegini.



Percaya atau tidak ke dua-dua pembinaan 'robot' ini hanya memakan masa selama 20 minggu saja dengan hasil tenaga dan titik peluh seramai 23 orang pelajar. Sementara kos yang telah dibelanjakan untuk ke dua-dua robot ini hanyalah sebanyak RM1,195 sahaja!



Melihat pada kawasan IKM Beseri sekarang, suamiku cakap yang ianya sudah sangat berubah jika hendak dibandingkan ketika sewaktu dia sedang belajar di situ dulu. Apa taknya, sedar tak sedar sudah 20 tahun berlalu. Jika dulu sewaktu masing-masing masih belasan tahun tetapi kini sudah pun 30 series. Jika dulu masih bujang belaka tapi kini bersama enam anak. Haha.. 


Akhirkata, jika ualls berkesempatan untuk ke Perlis dan ternampak ada dua 'robot' dengan warna kuning dan biru ini di situ maka ingatlah yang IKM itulah asbab untuk daku dan suami bertemu.

Ualls pulak macamana? Dimanakah tempat yang ada nostalgia hingga kini masih kalian tak boleh nak lupa.. =)


5 comments for "Menjejak Cinta Lama Bersama Bumbblebee dan Prime di IKM Beseri, Perlis"

  1. tempat jatuh lagikan dikenang. ini pula tempat yang ada banyak kenangan =)

    ReplyDelete
  2. Aduhh comel sangat throwback cerita zaman bercinta dengan anak-anak ye kak. Sweeeet angat! Moga terus bahagia dunia akhirat kak <3

    ReplyDelete
  3. amboiii...mengamit kenangan dengan si cinta hati tuuu...cikma pun ada tempt bertemu juga,,hihi

    ReplyDelete
  4. waaaa.. terbaek.. KLMJ.. hehe

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete