Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Makan Steamboat Di - Royal Guest House Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum ualls.... baru-baru ni kan daku sempatlah singgah ke Royal Guest House kat Kota Bharu Kelantan. Singgah-singgah bersama kengkawan untuk nikmati makan malam dalam bentuk steamboat sebabnya dah geram sangat tengok harga terlajak murah yang sedang ditawarkan oleh pihak Royal Guset House ni.

Seperkara lagi yang membuatkan kami berkunjung ke situ bukan semata kerana harga tetapi dek kerana aneka pilihan makanan yang di sediakan sebanyak 80 JENIS!! Supnya pula ada 4 JENIS dan memang puas makan sangat-sangatlah dengan harga yang dikenakan.

Habiss kami kerjakan... maksudnya apa tu? Hehe

Nak tahu berapa harganya dan apakah menu best yang ada kat situ? Jom baca info lanjut yang berikutnya kat bawah tu....



Perkara pertama setiap kali masuk ke mana-mana tempat makan semestinya mengintai keadaan persekitaran. Steamboat ini diadakan di kawasan yang agak terbuka berhadapan dengan hotel Royal Guest House terbabit dan situasinya tidaklah terlalu bising dengan kenderaan malahan parking juga agak banyak.

Pekerjanya yang ramai agak memudahkan untuk kita duduk dengan tenang untuk menikmati segala jenis macam makanan yang ada terhidang. Inilah yang best jika makan steamboat, bayar sekali tapi makan sekenyang-kenyangnya sepuas hati!!


Apabila melangkah ke tempat pemilihan makanan, hmmmm terbeliak biji mata ni!! Banyak sangat!! Ada sayur-sayuran, daging perap, ayam perap, lala, sotong, udang dan pelbagai jenis makanan lain yang semestinya sangat best di makan dengan gaya steamboat ini.

Apa yang menariknya lagi, terdapat empat jenis sup untuk di pilih dan juga beberapa jenis sos untuk di makan sebagai cicahan. Memang terangkatlah!


Mee, meehoon dan mee kering turut ada dan tidak lupa juga nasi goreng sebagai pelengkap menu. So, jika ualls ingat makan steamboat ini tidak akan kenyang sememangnya ualls salah sama sekali.



Setelah puas di intai, di renung, di fikir... akhirnya inilah dia yang akan bakal daku nikmati pada malam itu. Berdasarkan apa yang ku perhatikan alhamdulillah semua makanan bersih dan sangat segar. Ualls boleh pilih apa saja yang ualls suka dan hidangkanlah di atas meja untuk dinikmati.




Ini antara yang di pilih dan setelah semuanya siap terhidang... tunggu apa tunggu lagi tu, masa untuk makannnn.... 


Untuk kali ni, akan cuba dua jenis sup iaitu white curry dan juga buttermilk. Lain macam kan? Inilah dia salah satu speciality jika makan steamboat di Royal Guest House ni. Supnya memang lain daripada yang lain. Special and rare kata orang. Barulah best!


Adat apabila makan steamboat, mula-mula semestinya ualls kena masukakn dulu ke dalam sup yang telah di sediakan. Biarkan seketika sehingga masak dan angkatlah masuk ke dalam mangkuk masing-masing.


Apabila bercampur segala jenis macam, inilah dia kejadiannya yang sedang menari-nari di depan mata tunggu masa untuk di santap. Daku yang sememangnya sangat-sangat sukakan seafood sangat berpuashati dengan udangnya. Agak besar dan sangat-sangat fresh! Bila makan tu rasa manissssss jer.


Nak lagi best, selepas kopek kulit udang tu jangan terus di masukkan ke dalam mulut sebaliknya cicah sekejap ke dalam pelbagai jenis sos yang ada. Di steamboat Royal Guset House ini bukan hanya sosnya saja unik malahan sosnya juga. 

Ada bermacam-macam jenis sos dan dua daripadanya adalah peanut butter dan juga lime. Paling daku suka lime sebabnya ia manis masam pedas secukuppppp rasa.. sos tersebut paling win di hati! Sekali makan terus tersengih.. haha...

sos lime dan peanut butter

Soal minuman ualls jangan susah hati kerana kat sana ada pelbagai jenis minuman yang ditawarkan denngan pelbagai versi. Tetapi, daku sarankan supaya ualls cuba minuman di dalam botol yang sememangnya bagi aku sangat unik kerana ia hanya ada di Kelantan sahaja!

Yes, minuman ini di buat dan di botolkan di dalam Kelantan sepenuhnya malah ia telah lama ada di Kelantan sejak awal tahun 90an lagi. Minuman ini sememangnya sangat terkenal di kalangan rakyat Kelantan bahkan turut menjadi buah mulut orang ramai yang berkunjung ke negeri cik siti wan kembang ini. Antara perasa yang ada adalah sarsi dan ais krim soda.


Kenyang perut sukahati, betul ke? Rasanya betul sebab memang kenyang sangat bahkan rata-rata pelanggan semuanya tampak happy dengan wajah penuh senyuman. Kalau ualls tak caya, cer skodeng ke wajah pelanggan di meja sekeliling kami tu. Senyummmm dan santai je diaorang. 



Kami semua makan sampai licin beb!! Memang puashati sangat-sangat !!

Inilah wajah-wajah 'orang kuat' daripada Royal Guest House yang telah dipertanggungjawabkan untuk bertungkus lumus demi steamboat yang awesome ni. Secara peribadi daku puashati dan rasanya daku tak nyesal untuk kembali semula makan-makan kat situ. Tambahan pula harga yang dikenakan bagi daku sangat-sangat berbaloi dengan apa yang daku telah makan.



So, pada ualls yang berminat dengan menu steamboat sebegini, silalah berkunjung ke Royal Guest House untuk menikmati buffet steamboat yang lain daripada yang lain ini.

Jika ada sebarang pertanyaan, tempahan awal dan lain-lain, boleh terus hubungi pihak Royal Guest House di talian : +609-7430008



6 comments for "Pengalaman Makan Steamboat Di - Royal Guest House Kota Bharu Kelantan "

  1. bestnya sampai 4 sup! Selalunya ada dua jenis je, dah lah pilihan makanan pun banyak, harga murah pulak tu. Eiii jeles!

    ReplyDelete
  2. kita suka steamboat...murahnyaa

    ReplyDelete
  3. Wahh teringin nak makan steamboat.seriously,rabia tak pernah makan steamboat tau kak.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan steambot.. sedapnya

    ReplyDelete