Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Seronokkah Kerja Menulis Blog?

Jika di tanya, seronokkah kerja menulis blog? Jawapan aku kerja menulis artikel blog ini adalah satu perkara yang agak susah. Kenapa? 

Ini kerana sebagai penulis blog ini daku sebenarnya hanya ada masa beberapa saat sahaja untuk menawan dan menculik perhatian pembaca seperti ualls. Tambahan pula, majoriti pembaca blog ini bermula sebagai scanners. Mereka scan (lompat) dahulu ke hujung artikel. Kemudian baru mereka akan buat keputusan samada mahu terus melekat untuk membaca blog tersebut atau terus saja 'melompat' ke blog yang lain.



Daku sendiri terasa bagaikan mimpi apabila telah selesai membuat renew ke atas domain SIS HAWA DOT COM. Ini bermakna telah setahun usia domain untuk blog ini dan jika di hitung secara keseluruhan usia blog ini telahpun berumur 18 bulan. Daku decide untuk gunakan domain setelah 6 bulan menulis hanya dengan menggunakan blogspot. Itupun dek kerana pemerhatian aku yang mendapati rata-rata blogger lebih mendapat tawaran menulis artikel berbayar apabila telah mempunyai domain mereka sendiri.

Tak dinafikan  usia blog aku ini masih muda berbanding dengan sesetengah rakan blogger lain yang telah menulis sudah bertahun-tahun. Malah ada di dalam kalangan rakan sahabat blogger yang agak rapat denganku telah menulis sejak 10 tahun yang lalu. Apabila berbicara dengan mereka tentang blog terasa amat kerdil diri aku yang tak seberapa ni.


Mungkin ada yang masih ingat aku pernah memaklumkan yang aku ini pernah menulis sebelum ini akan tetapi blog itu telahpun berkubur tanpa batu nisan dan memang telah lama aku lupakan dalam ingatan. Apa tidaknya, blog lama tersebut aku menulis ala kadar mengikut apa aku mahu je.

Waktu itu, aku sama sekali tak kisah pendapat dan pandangan orang lain. Pada pendapat aku ketika itu, yang penting aku menulis untuk blog lama tersebut demi untuk memenuhi kehendak aku sendiri atau dengan kata kasarnya, ' blog aku so ikut suka hati akulah nak tulis apa pun! '... hmmm nampak sangat tahap syok sendiri yang terlampau ketika itu kan? Kalau nak tahu, daku sendiri tak sanggup nak baca tulisan lama-lama yang entah apa apa entah tu. Ya Allah, maluuuuuu!!!! Hahaha....


Namun akhirnya blog kembali di hati kerana daku sendiri blur tidak tahu ingin penuhkan masa dengan apa. Setelah kembali menjadi blogger, aku sudah niat dengan nekad untuk tidak memalukan diri sendiri dengan menjadi blog ala-ala syok sendiri lagi. Dek kerana itu aku cuba sedaya upaya untuk memahami apakah kehendak dunia blogger pada hari ini berbanding dengan zaman aku menulis dengan rasa syok sendiri itu dulu. Maka bermulalah cabaran untuk diri aku sendiri bagi menaikkan nama blog aku ini.

MISI UTAMA YANG TELAH KU TETAPKAN




Misi utama yang telah daku tetapkan dari dulu hingga sekarang adalah :

1. Tidak mahu menjadi seperti blogger yang lain sebaliknya ingin bina 'keperibadian' blog sendiri. 
maksud : Tak perlu nak tiru orang. Tak payah nak ikut orang. Cuba bina blog dengan mempelihatkan karakter diri sendiri pada para pembaca di luar sana.

2. Ingin menulis dengan niat untuk memberi info bukan untuk mengejar glamour
maksud : tulis untuk beri faedah pada orang lain bukan tulis semata-mata untuk berbangga dengan jumlah followers yang ramai

3. Mahu terus meningkatkan prestasi blog untuk kepuasan diri sendiri
maksud : berusaha untuk tingkatkan kedudukan blog bukan untuk berlagak bagus tapi untuk berasa berbangga dengan kemampuan dan kejayaan diri sendiri.

4. Mahu terus mendalami ilmu berkaitan blog dan SEO
maksud : Ilmu SEO ini luas dan sebagai blogger harus sentiasa belajar ilmu SEO ini supaya hasil penulisan boleh mendapat perhatian termasuk daripada pihak Google

5. Ingin terus mencuba untuk berada di ranking terbaik
maksud : Ingin berada di antara blog terbaik di dalam senarai Alexa dan sebagainya



Lain orang lain blognya dan lain juga tahap pencapaian yang telah di tetapkan untuk di capai, begitu juga dengan diriku. Mungkin ada yang menganggap untuk apalah di fikirkan semua ini tetapi sedar atau tidak perkara-perkara inilah yang menjadi inspirasi dan semangat untuk daku terus berusaha.

Antara perkara yang boleh membuatkan daku berasa happy serta bersemangat untuk terus memperbaiki kelemahan diri sebagai blogger ini adalah :

#1. Apabila medapat tahu entry yang di tulis telah berjaya menembusi Google Search




#2. Apabila entry yang di tulis dapat di terima baik oleh ramai pembaca





#3. Apabila jumlah Pageviews pembaca berada pada tahap yang agak memberangsangkan



#4. Apabila kedudukan di Alexa semakin meningkat dari hari ke hari, alhamdulillah.



#5. Apabila jumlah Followers semakin meningkat dari masa ke semasa.
( Walau belum capai 1,000 namun dah agak berpuashati untuk blog yang masih baru dan masih belajar ini. Syukur )


SYUKUR SEMAKIN HARI SEMAKIN DITERIMA


Berkat para pembaca yang sudi menerima blog ini, syukur alhamdulillah semakin hari semakin banyak artikel berjaya menembusi carian Google untuk berada di carian pertama. Ini semua adalah hasil bantuan para pembaca yang sudi follow membaca blog ini dari masa ke semasa.





HAJAT HATI INGIN TERUS MENJANA INCOME MELALUI PENULISAN BLOG


Ya! Daku sememangnya sangat berhajat untuk terus cuba menjana pendapatan melalui bidang penulisan blog ini kerana secara tidak langsung ia dapat membantu daku untuk belajar menjadi penulisan dengan gaya penyampaian sendiri.

Buat masa ini alhamdulillah, blog ini telah berjaya memberi pendapatan sekitar 4 angka sebulan sejak setahun yan lalu. Meskipun jumlah itu masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger yang lain namun daku berasa amat bersyukur untuk seorang blogger yang masih di tahap baru seperti daku ini.


Bagi ualls yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger atau sudah lama menulis blog namun berasa semakin lemah semangat, jom!! Jom terus menulis kerana hakikatnya blog ini semakin hari semakin di terima dan janganlah jadikan alasan yang bukan-bukan kerana hakikatnya rezeki itu Allah  SWT yang mengaturkannya.

Jika di tanya sekali lagi, seronokkah kerja menulis blog? Hmmm... sukar untuk daku beritahu dengan ayat ringkas dan mudah namun yang pasti, ku doakan semoga blogger ini akan terus boleh memberi info kepada ramai orang di luar sana dan kepada para pembaca rakan blogger yang sudi menyokong blog ini, terima kasih.... terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima SIS HAWA DOT COM.

Semoga kita semua akan sentiasa beroleh kejayaan... ameen....


9 comments for "Seronokkah Kerja Menulis Blog? "

  1. Memang terasa susah juga tapi disebabkan nak juga up entri. Kita tolak ketepi dulu kesusahan itu

    ReplyDelete
  2. seronok dapat ramai kawan dari seluruh negeri.. dapat menjana pendapatan juga..

    ReplyDelete
  3. nak kekalkan konsistensi bagi orang minat nak baca hasil penulisan kita memang cabaran. as for me.. CT buat sekadar hobi isi masa lapang. ada entry dapat sambutan ada yang tidak. hehe..

    ReplyDelete
  4. tahniah2 untuk segala peningkatan dan pencapaian. keep up the good work =D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak awa..banyak informasi dalam blog kak awa ni.semoga kak awa sukses dalam dunia berblogging ye.

    ReplyDelete
  6. Baru lama semua atas kehendak kendiri sebenarnya --' Tahniah kak awa, moga terus berjaya dan berjaya dan berjaya. Untuk kejayaan team BPT juga :P

    ReplyDelete
  7. seronok kalau lagi semangat

    ReplyDelete
  8. Walaupun susah sikit tapi memang suka jadi blogger...tak expect follower ramai and tak expect untuk jadi famous just menulis untuk kepuasan diri sendiri, kalau bab SEO tu memang tak reti la

    ReplyDelete