Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sesi Merasa Domino's Blueberry Cheesecake Lavacake - Memang Sedap Meleleh!!

Tiap kali bertemu kengkawan, acara kami yang paling utama adalah makan. Makan makan makan makan... ehhh berapa banyak makan daaaa.... tapi memang itulah selalunya rutin kami. Walaubagaimanapun di sebabkan kami ni punya ramai anak-anak maka selalunya kami akan tapau je untuk di makan bersama kat rumah singgahan tak kisahlah kat mana kami stay bila bersama tapi memang begitulah rutin kebiasaan.

Kali ini kami sempat berkumpul di bandar Kota Bharu Kelantan dan dalam masa yang sama ternampaklah iklan menu terbaru dari Domino's yang sedang hangat panas memikat iaitu Blueberry Cheesecake Lavacake.


Aku ni kalau korang nak tahu memang hantu dessert... pantang sungguh bab-bab pemanis mulut ni memang my favourite terutama yang melibatkan cheese!! Langkah tak pi bak kata orang utara. Selagi tak pekena selagi tu ku dok teringat siang malam tak boleh nak lena! Oooo parah parahhh..

Maka disebabkan itulah kami buat keputusan sebulat suara beramai-ramai untuk menikmati makanan barat daripada Domino's dan salah satu menu yang kami order pastinya Blueberry Cheesecake Lavacake.


Tanpa tunggu lama kami terus ke Domino's. Kebetulan masa kat sana bertemu pula dengan hakak sorang ni yang memang dah sangat sinonim dengan aku sebabnya aku ni boleh dikatakan antara pelanggan tetap kat situ. Secara tiba-tiba daripada nak order makanan dah jadi sesi bertemu kengkawan.

Patutlah ramai yang memilih Domino's sebagai salah satu lokasi untuk celebrate hari yang agak special seperti birthday dan sebagainya, memang best pun mood kat situ.


Seperkara lagi, bagi ualls yang tidak mahu pergi secara terus dan beratur untuk ambil pesanan, aku sarankan ualls terus buat tempahan secara online melalui applikasi milik Domino's terlebih dahulu. Setelah itu baru ualls pergi ke sana untuk pickup. Dengan cara ni takde lah ualls perlu tunggu lama. Kami sendiri pun lebih suka cara tu. Buat tempahan dulu melalui aplikasi Domino's secara online, settlekan bayaran dan hanya perlu pergi pickup je makanan yang telah di order tu. Kan senangggg.... 


Sampai je kat rumah, apalagi terus buka apa yang di order. Antara menu yang menjadi pilihan kami pada kali ini adalah pizza dengan pelbagai perasa, roti, minuman bergas dan yang paling penting semestinya adalah BLUEBERRY CHEESECAKE LAVACAKE!!


Tara..... inilah dia menu yang amat di dambakan oleh kami semua pada hari tersebut. Dah kecur airliur asyik terhidu bau aroma kek ni di dalam kereta tadi. Rasa bergendang haaa bunyi dalam perut dek kerana tak sabar nak merasa. 


Nampak tu, belum apa-apa lagi masing-masing dah start pegang sorang satu punyalah terlebih excited! Kalau beginilah gayanya emak akan makan berbanding anak.... nasib lah anak oiiii dapat mak-mak yang macam ni. Apa nak buat, semuanya hantu kek tambah-tambah cheesecake yang baunya saja dah penuh satu rumah hingga buatkan kami semua kecur air liur.


Tak nak tunggu lama-lama tibalah sesi untuk aku merasa. Bila lihat eh rasa sayang pula nak makan sampai habis kerana permukaan cheesecake tersebut yang sangat halus dan gebu. Terfikir juga kenapa agaknya kek ini di panggil lavacake. Di manakah lavanya tu? 



Aku pun teruslah start mencedok dengan sebatang sudu kecil yang sememangnya telahpun di sediakan di dalam kotak kek tersebut. Sebaik saja di cedok dengan sudu, ya ampuuuunnnnn meleleh terus cheesenya. Terhambur sekali blueberry yang sangat banyak ke permukaan kek. Ini rupanya yang di maksudkan dengan 'lava'..... memang betul-betul meleleh limpahan ni.


Akibatnya, bila sekali dah suap terus tak boleh nak stop. Kiri kanan memang tak pandang sama sekali, apa yang ada di mata dan hati ketika tu hanyalah Blueberry Cheesecake Lavacake daripada Domino's ni. Serius sedappppppp bebbbbbb....... rasanya masam manis lemak berkrim.... Memang berbaloi baloi....



Jom!!! Segera Dapatkannya Hari Ini !!!





- Ingat Cheesecake , Ingatlah Blueberry Cheesecake Lavacake only from Domino's -





8 comments for "Sesi Merasa Domino's Blueberry Cheesecake Lavacake - Memang Sedap Meleleh!!"

  1. yum yum sedapnya uols... hebattt geng admin nih... hehe

    ReplyDelete
  2. Wah, sedaaaapnya. Terliurnya tengok...

    ReplyDelete
  3. wehi benar dia ni sorang...cikma diet ni..jangan kejam sangat..ahahaha

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak makan kat domino ni.. Sedap pula tgk

    ReplyDelete
  5. haritu nak try jugak beli tapi takut hambar

    ReplyDelete
  6. kiri kanan tak toleh eh.. ok ok nanti nak pi cuba !!

    ReplyDelete
  7. sedapnye.. nak kene cuba nie..

    ReplyDelete