Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Makan Sedap Sambil Sihat Dengan ZERRO Zero Calorie - JoyMix

Salam ualls.. untuk pengetahuan ualls, baru-baru ni daku dah punya satu azam untuk sedaya upaya menjalani kehidupan yang lebih sihat jika hendak di bandingkan dengan dulu. Almaklumlah umur sudah semakin meningkat dan di tambah dengan ibuku yang merupakan seorang bekas pesakit diabetes membuatkan aku perlu lebih berhati-hati dalam isu pemakanan.

Masalahnya daku ni seorang peminat tegar dessert! Alamak! Macamana nak elak penyakit diabetes kalau diri sendiri seorang yang suka makan makanan segera dan juga pencuci mulut yang manis-manis? Namun aku amat bersyukur kerana kehendak aku nampaknya sudah semakin dimudahkan apabila terlihat sejenis produk yang di beri nama ZERRO, sejenis pemanis zero calorie yang sedang hangat diedarkan oleh pihak JoyMix.



Pemanis atau gula ini sebenarnya ada dua kategori. Pertama gula yang mempunyai kalori dan yang ke dua adalah gula tanpa sebarang kalori sama sekali. Tubuh badan kita ini memerlukan glukosa bukannya gula dan sumber glukosa ini pula tidak semestinya hanya daripada gula. 



Nasi dan makanan lain yang di makan juga boleh menjadi sumber glukosa. Untuk mendapatkan rasa manis dalam makanan ataupun minuman, kita tidak sepatutnya mengambil gula putih kerana ianya hanya akan membawa mudarat yang tidak elok untuk kesihatan. 

Setakat menukar daripada pemanis tiruan kepada pemanis asli tidak harus dilakukan begitu saja sebaliknya kita perlu juga ambil tau akan kandungan kalorinya. Jika ia berkalori tinggi maka kita perlu mengawal kuantiti pengambilannya dan antara alternatif terbaik pastinya dengan memilih pemanis yang sama sekali tida kalori di dalamnya sebagaimana yang ditawarkan oleh Zerro Zero Calorie ini. 



Terus terang, daku berasa sangat-sangat teruja kat hati ni sebaik saja pertama kali melihat Zerro. Bersesuaian dengan status aku sendiri sebagai seorang ibu dan surirumah, aku telah berjaya mencuba produk Zerro Zero Calorie ini sendiri dengan meletakkannya di dalam beberapa jenis masakan. Antara menu yang ku cuba dengan menggunakan produk ini adalah ayam masak pedas bersantan dan juga kuih cik mek molek.

ayam masak pedas bersantan

Kuih cik mek molek


Keistimewaan Zerro Zero Calorie - JoyMix

1) Mengurangkan paras gula untuk pesakit diabetes hingga ke tahap Zero

ZERRO akan diserap ke dalam usus kita tetapi tidak akan dimetabolisme oleh badan kita sebaliknya ia akan keluar sebagai air kencing. Dengan Zerro Zero Calorie ini ianya tidak akan meningkatkan paras gula darah pesakit diabetes kerana ia benar-benar ZERO CALORIE.



Kebanyakan pesakit diabetes akan tetap mempunyai keinginan untuk makan makanan manis seperti minuman ringan, pencuci mulut, kopi atau teh manis. Mereka tidak boleh menerima jika doktor atau pakar diet meminta mereka untuk berhenti mengambil gula. Untuk itu eloklah jika mengesyorkan pesakit kencing manis atau pesakit diabetesini  untuk menggantikan gula dengan ZERRO. Ia juga boleh menahan suhu tinggi supaya hingga sesuai untuk diletakkan di dalam mana-mana menu masakan dan minuman.



2. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan

Kebanyakan orang tahu bahawa makanan kalori yang berlebihan akan berubah menjadi lemak. Selain itu, fakor terlalu sibuk dengan kerja hakiki dan tidak mempunyai latihan fizikal turut menjadi isu utama kenapa ramai tidak mampu untuk kekal langsing. 


Faktor menggemari makanan sedap-sedap terutama pencuci mulut  turut boleh memberi masalah meskipun di ambil setelah puas bersenam. Tidak mengapa kerana kini golongan ini sudah boleh menambah ZERRO ke dalam minuman atau makanan mereka seperti kopi, teh dan makanan penaik. Berita baik untuk mereka yang ingin tetap menikmati makanan manis tetapi ingin kekal menjalani hidup sihat sentiasa saban hari.

Praktikal - Mudah Guna, Senang Simpan!

Didatangkan di dalam bentuk pembungkusan yang kedap udara, kita tidak perlu lagi bersusah payah memasukkannya ke dalam bekas yang lain. Bahkan bentuk pembungkusan seperti ini juga boleh memudahkan tugas kita untuk membawa ZERRO ini ke mana-mana saja samada ketika ingin pergi bercuti, berkelah dan balik kampung tanpa ada sebarang masalah.


Cuba Dan Rasailah Sendiri !!!

Cuba dulu baru tahu! Jangan risau kerana rasanya sama dan saling tidak tumpah seperti pemanis yang lain. Apa yang membezakan adalah ianya berada di tahap kosong kalori dan dengan itu kita boleh menikmatinya tanpa sebarang rasa was-was. 


Harga : RM28 sahaja!

Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%, boleh masukkan code  ZERRO10


NANTI!!! TUNGGU DULU...... 

Jika ualls berminat untuk mendapatkan produk Zerro Zero Calorie ini secara PERCUMA, ualls boleh share artikel ini ke Facebook dan 5 pengongsi yang berjaya mendapatkan 'Like' terbanyak untuk status tersebut akan di hadiahkan dengan satu pek Zerro Zero Calorie tiap seorang.
Haa amacam? Best kan? Apa tunggu lagi share sekarang sebelum terlepas peluang.

Untuk info lanjut boleh ke:




3 comments for "Makan Sedap Sambil Sihat Dengan ZERRO Zero Calorie - JoyMix"

  1. wow... menariknya zero calorie ni.... berminat sgt la umo dh meningkat ni

    ReplyDelete
  2. Produk bagus ni nak kena try gak la nati

    ReplyDelete