Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

QAS HOMESTAY - PENGINAPAN SIMPLE TAPI SELESA DI BANDAR KOTA BHARU

Apabila tiba hari cuti antara aktiviti yang paling famous di kalangan masyarakat kita semestinya adalah bercuti bersama keluarga mahupun teman-teman. Tidak kira di mana destinasi yang ingin di tuju antara perkara utama yang perlu di beri penekanan semestinya adalah isu tempat tinggal dan itu jugalah yang daku tekankan terutama kerana mempunyai anak-ranak yang seramai setengah dozen ni. 

Bercuti ni tak semestinya perlu ke luar negara ataupun ke negeri-negeri yang agak jauh dan belum pernah di lawati. Jika niat hendak bercuti tu muncul, daku sendiri adakalanya bercuti hanya di dalam negeri semata-mata. Well, tak salahkan just pergi checkin kat mana-mana hotel untuk ubah angin!


Walaubagaimanapun, baru-baru ni daku ubah sedikit rancangan untuk bercuti tu daripada tidur di hotel kepada tidur di homestay. Ini disebabkan ingin meluangkan lebih masa dengan dua lagi rakan bloggerku iaitu Sis Gee dan juga Mek Yunie. Kami bertiga dengan keluarga masing-masing sebenarnya dah beberapa kali bercuti bersama cuma sebelum ini kami checkin dengan stay di dalam bilik masing-masing dan kali ini kami dapat stay bersama-sama di dalam sebuah rumah yang berfungsi sebagai homestay tu.

Kat mana kami tinggal?? Kali ni kami stay selama 2 hari 1 malam di sebuah homestay bergaya moden di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Homestay tersebut adalah sebuah kediaman berbentuk kondo yang bernama QAS HOMESTAY yang terletak di Blok C, di bangunan PELANGI KONDOMINIUM.


1st of all, jika menetap di homestay ini kita perlu parking kereta di mana-mana ruangan letak kereta awam yang ada ini kerana bangunan kondo terbabit tak punya parkingnya yang khusus. Kena siapkan tiket parking la jawabnya tetapi soal keselamatan daku rasa sedikit lega kerana terdapat sebuah pondok polis yang sangat berdekatan.


Setibanya kami semua di sana, anak-anak dah mula berasa happy. Excited betul diaorang ni bila dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Riuh jugalah suara kami semua larang itu ini takut kalau-kalau jatuh dan sebagainya. Keistimewaan utama Qas Homestay ini adalah pada lokasinya yang berada betul-betul di tengah bandar Kota Bahru yang sememangnya sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan syurga membeli belah.


 Jika malas nak drive, kita boleh menapak jalan kaki je untuk teroka bandar Kota Bharu tu. Tapi jika ualls rasa malas nak kuar jenjalan, just nak stay lepak-lepak lepaskan lelah dan ambil angin, ualls boleh duduk relax kat ruangan depan bangunan kondo terbabit yang cantik menghijau. Ataupun, ualls boleh duduk di balkoni sambil melihat pemandangan sekitar bandar Kota Bharu kerana Qas Homestay ini terletak di tingkat 11!


Tidak semua orang boleh masuk ke kondo terbabit kerana ia telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang agak ketat. Hanya pemegang kunci yakni bakal penghuni saja dibenarkan masuk so ualls tidak perlu terlalu khuatir tentang soal keselamatan.


Pintu kondo Qas Homestay turut di pasang grill untuk menambahkan lagi aspek keselamatan pada para penghuninya. At least, anak-anak pun takde lah sibuk nak keluar masuk. Kunci terus grill haaaa senang citer!


Inilah pemandangan yang terbentang dari tingkat 11 bangunan Pelangi Kondominium ini. Pemandangan ini betul-betul dari balkoni Qas Homestay dan apa yang lebih bestnya lagi, kolam renang utama yang ada di kondo ini terletak hanya di tingkat 10, just 1 level je di bawah.

Sangat-sangat senang dan sangat-sangat mudah untuk pantau keadaan cuaca di kolam renang sebelum terjun berendam. Jika ualls perasan kat gambar di bawah keadaan agak basah ini kerana pada hari tersebut telah turun hujan yang agak lebat tetapi disebabkan kami boleh lihat keadaan kolam dengan mudah maka senanglah untuk kami decide samada sesuai untuk turun mandi di kolam ataupun tidak pada masa tersebut.


Stop kejap soal kolam renang, ni haa nak share tentang rupa bentuk dalaman untuk Qas Homestay. Seriously, memang lawa! Gayanya yang moden dan agak minimalis membuatkan suasana di dalamnya tidaklah terlalu crowded dan agak senang untuk kami semua bergerak termasuk kanak-kanak. Di ruang tamu telah disediakan sebuah flat TV yang agak besar berserta dengan set sofa untuk berehat. 


Tidak lupa pihak tuan rumah turut menyediakan sebuah baby court bed yang turut diletakkan di ruang tamu terbabit. Kiranya, tuan rumah memang dah fikirkan soal baby untuk pihak penyewanya. Pucuk di cita ulam mendatang kata orang, dapatlah daku gunakan baby court ni untuk letakkan Kasih di dalamnya. At least, apabila daku dan suami kat ruang tamu bolehlah tidurkan Kasih kat ruangan yang sama. Selain dari itu dengan adanya kanak-kanak yang lain sekalipun, baby tetap boleh tidur dengan selamat tanpa gangguan.



Ruangan dapur juga sangat luas dengan telah dibahagikan kepada dua ruangan utama iaitu dapur kering dan juga dapur basah. Kat sini kita bukan hanya setakat boleh masak maggi tetapi nak masak nasi dan lauk pauk pun takde masalah kerana tuan rumah telah turut menyediakan dapur memasak berserta dengan tong gasnya sekali. Ohya, pinggan mangkuk dan lain-lain juga turut ada tau! 


Kalau ualls nak lebih jimat, ualls beli siap-siap bahan basah then boleh masak kat situ beramai-ramai terutama untuk sarapan pagi. Lunch and dinner kalau ualls nak keluar untuk mencari makanan tulen negeri Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang no problem! But, untuk kami semua pada hari tersebut masing-masing memilih untuk makan Domino's Pizza dan juga order dari pihak delivery jer. Malas punya pasal nak keluar makan beramai-ramai sebabnya masa yang kami ada agak suntuk so masing-masing bersetuju untuk duduk memerap dalam kondo je dari keluar jenjalan.... hehe.


Di Qas Homestay ini ada 3 buah bilik kesemuanya. 
  1. Bilik pertama ( bilik utama ) dengan 1 katil size Queen + 1 bilik air
  2. Bilik ke dua dengan 1 katil size Queen + 1 katil size Single
  3. Bilik ke tiga dengan 1 katil size Single


untuk bilik ke dua dan ke tiga ada sebuah bilik air berserta shower yang terletak di luar bilik dan ke semua bilik ini mempunyai almari pakaian berserta dengan cermin untuk bersolek. Seterika dan iron board turut ada di sediakan oleh tuan rumah. Ampaian pakaian basah juga ada di luar kondo so mudahlah untuk sidai pakaian mandi supaya kering.



Berbalik pada topik kolam renang. Tengok tu anak-anak kami semua dah excited sangat nak terjun hinggakan asyik mengintai je dari tingkap kondo. Kolam renang ni di bahagikan kepada dua untuk dewasa dan juga kanak-kanak so kita memang tak perlu risaulah. Tandas dan bilik persalinan juga ada malah terdapat juga taman permainan mini dan juga gym. Pendekata memang complete dan agak menyeronokkan bagi ualls yang ingin lari sekejap dari rutin harian bersama suami dan anak-anak.


Pelampung kena bawa sendiri la ye.... daku sendiri pun tak bawa sebenarnya mujurlah dapat pinjam dari Sis Gee. Kikiki.... 


Terus-terang, tips untuk memilih mana-mana tempat penginapan seharusnya perlu di teliti dahulu apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan tidak hanya sekadar bergantung pada harga bilik mahupun homestay semata-mata dan kolam renang atau pool ini adalah salah satu ciri-ciri yang kami ambil peduli untuk memberikan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati anak-anak. Daku percaya ualls pun esti macam tu jugak kan?


So far alhamdulillah, daku puashati dengan Qas Homestay ni cuma...... suka untuk daku ingatkan supaya berhati-hati dengan kunci homestay tersebut. Jika bercuti secara beramai-ramai seperti kami sila pastikan ualls beri kunci homestay kepada seorang saja sebagai pemegang amanah. Kunci tersebut juga letakkan di satu tempat yang tidak mudah untuk di jangkau oleh anak-anak. Ini kerana sekiranya kunci tersebut hilang maka ualls perlu bayar gantirugi sebanyak RM200. Haaa takde faedah pulak nak kena bayar kunci kalau dah hilang. Tak pasal-pasal perkara happy boleh bertukar menjadi kejadian misteri kehilangan kunci. =D


Yang pasti, harga untuk menyewa di homestay yang selesa ini dengan 3 buah bilik berserta dengan pool hanyalah RM250 semalam. Boleh menempatkan 3 keluarga so kalau di hitung dengan baik, lebih menjimatkan daripada menyewa hotel tetapi..... semestinya hotel ada tarikan yang lain pulak, pendekata sesuai dengan harga cuma atas kita untuk tentukan sendiri mana satu yang sesuai untuk kehendak percutian kita pada masa tersebut.

Jika ada yang berminat untuk stay di QAS HOMESTAY, ualls boleh hubungi melalui :
Facebook :  NURUL HAKIMAH 
Whatsapp / call : 0145067552 


- SELAMAT BERCUTI -



3 comments for "QAS HOMESTAY - PENGINAPAN SIMPLE TAPI SELESA DI BANDAR KOTA BHARU"

  1. Wah dah lama x ke kota bharu..Insya Allah ader rezeki nak pergi dgn family

    ReplyDelete
  2. Kalau bercuti ramai2 mcam ni mmg lagi prefer homestay dari hotel kan. sng nak luangkan masa sama. kena bookmark entri ni,kot2 nti g jln KB leh stay sini

    ReplyDelete
  3. Qas homestay ni atas pelangi mall ke sis awa.. sebab dulu masa bangunan dalam prose persiapan sempat tender keselamatan dekat sana naik gak atas tu tengok kolam mandi dengan kondominium bertingkat2 hahahah.. loni dah siap sepenuh depa guna khidmat polis dah

    ReplyDelete