Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Bubur Jagung Bersama Durian

Alamak!! Teringin sangat nak makan durian tapi bila dah beli terkeras la pulak!! Aiyoyo.... apa nak buat ni? Tak kan nak terus di buang macam tu je? Rugilah..... 

Assalamualaikum ualls... ualls pernah alami situasi di atas tu tak? Jika ya, jangan risau jangan bimbang dan jangan susah hati kerana masih ada cara untuk ualls makan durian tu dengan sesedap rasa tanpa perlu di buang begitu jer. Tak usah nak membazir! Meh sini daku kongsikan tips bagaimana nak menyelamatkan durian ualls yang sudah 'tersilap beli' tu.

Cara terbaik dan paling best adalah dengan menjadikan sebagai bubur atau serawa. Daku sendiri dah buat dek kerana tersalah beli durian tempoh hari. Kikiki. Kebetulan pula masa tu ada beberapa tongkol jagung manis jadi daku gabungkan jagung dan durian yang keras tu di dalam periuk hingga menjadi BUBUR JAGUNG BERSAMA DURIAN.

Bahan-bahan yang di perlukan

Bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat bubur jagung dengan durian ni simple je sebenarnya. Bahan-bahan tersebut adalah..... 

- 7 ulas durian (letak je berapa banyak yang ualls suka)
- 3 batang jagung manis
- 1 helai daun pandan
- segenggam sagu 
- 1 kotak santan pekat / 2 bungkus santan segar
- 3 kerek gula melaka / nisan
- 1 sudu kecil garam 
- 4 sudu makan gula pasir
- 2 cawan air 



Cara untuk memasaknya


1. Rebus jagung hingga separuh empuk, buangkan dari tongkolnya dan masukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan pula 1/2 kotak santan @ 1 bungkus santan segar ke dalam periuk tadi. Di ikuti dengan sagu, gula melaka (nisan), daun pandan dan air.


3. Sentiasa di kacau dan apabila sagu dan jagung telah benar-benar masak. Masukkan pula durian, garam, gula dan baki lebihan santan tadi. Kacau lagi hingga isi durian menjadi hancur.


Apabila semuanya sudah sebati, terus tutupkan api dan bolehlah di makan bersama keluarga panas-panas. Tengok ni, nampak sedap je kan?

Alhamdulillah memang sedap pun dan siapa sangka durian yang ku gunakan untuk resepi ini sebenarnya keras hinggakan tak boleh di makan bersama pulut. Kikiki... Selamat mencuba! Jom makan durian..... =D

Bubur Jagung dan Durian oleh Sis Hawa


1 comment for "Resepi Bubur Jagung Bersama Durian "