Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Didik Anak Untuk Dengar Kata Ibu Sejak Kecil

Semua orang tahu, bukan senang nak bagi anak dengar kata dan tugas ibu bapa untuk mendidik anak ni adalah salah satu tugasan yang amat mencabar dalam hidup. Ibubapa mana tak suka jika anaknya behave, anaknya baik, anaknya tak meragam, anaknya tak menangis dan buat perangai... semua ibubapa suka jika dikurniakan anak yang baik perangai dan boleh duduk diam terutama jika sedang berada di rumah orang dan juga menghadiri majlis.

Daku sendiri begitu juga tetapi dulu daku hanya berusaha supaya behave jika berada di rumah orang... namun apakan daya kadangkala tidak dengar cakap juga teruatama untuk kanak-kanak yang sememangnya seorang yang sangat lasak dan aktif. Yang penting kita dah cuba yang sehabis baik dan sekarang daku sedang bertungkus lumus untuk mendidik Kasih.



Sejak kecil daku sudah start berusaha untuk mendidik Kasih Sufi untuk behave di tambah lagi dengan sikap Kasih Sufi ni yang sangat manja denganku tanpa boleh di jaga oleh orang lain. Jangan kata kat luar rumah, di dalam rumah pun mesti perlu dengan aku saja.

Kelibat 'mama'nya hilang dari pandangan mata mulalah dia meraung satu rumah. Ada mamanya depan mata, terus senyap menangis, senyum dan bermain seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.



Allah SWT Maha Mendengar, daku idamkan seorang anak perempuan yang boleh menjadi sahabat baik teruatama di kala suka dan duka, akhirnya benarlah daku dapat seorang anak perempuan yang sama sekali tidak boleh berenggang denganku langsung sejak dari mula dilahirkan hinggalah kini.

Guna 'Kuasa Jari' Untuk Cuba Didik Anak


Antara perkara yang ku praktikan adalah dengan menggunakan kuasa 'JARI'. Bukan bermakna pukul ye tetapi sebagai tanda amaran jika ada sesuatu yang dibuatnya tu tidak elok dan boleh membahayakan. Boleh juga beri arahan untuk perangai yang tidak patut untuk dibiarkan takut nanti boleh bawa masalah di depan hari.

Masa mula-mula praktikkan cara ni kesian juga lihat wajah Kasih yang masam mencuka tu... rasa nak ciummmmm jer tapi apakan daya masa tengah beri amaran terpaksa juga buat muka serius sekejap. Tak lama, hanya sehingga dia faham maksud amaran yang ingin di sampaikan jer.


Kemudian terus hulur tangan yang memberi amaran tadi untuk di sentuhnya. Ini bagi memberitahu yang tangan ibu bukannya untuk memarahi semata-mata tetapi tangan ibu juga penuh dengan kasih sayang yang boleh melindunginya.


Semakin hari Alhamdulillah, nampaknya Kasih sudah mula faham konsep amaran ni. Bukan niat nak beri Kasih bad mood atau mahu dia membesar dalam keadaan penuh stress cumanya untuk dia tahu ada perkara yang boleh dilakukan dan ada juga perkara yang tak boleh di buat.


Langkah Untuk Mendidik Dengan Kuasa Jari


1. Angkat jari telunjuk tanpa di halakan ke muka anak

2. Sebut perkataan 'No.....' sambil gelengkan kepala ke kiri dan kanan untuk sampaikan maksud 'JANGAN'

3. Ulangi sekejap sehingga anak memberi reaksi

4. Setelah itu terus kembalikan mood kepada suasana riang dan seronok semula



Lain orang lain caranya dan ini adalah caraku dalam mendidik Kasih Sufi. Terus terang daku tak punya pengalaman dalam mendidik seorang anak perempuan kerana Kasih adalah anak perempuanku yang pertama cuma yang pasti daku takut sekiranya nanti dia membesar tanpa ada had halangan.

Almaklumlah, mentang-mentang dia je sorang anak perempuan semua kehendak mahu orang lain turutkan!! No!! Meskipun semua kasih sayang tertumpah padanya tetapi dalam masa yang sama tetap ada had batasan yang perlu di ikut.


Boleh lihat video di bawah ini untuk lebih faham cara yang ku praktikkan ke atas Kasih Sufi.


Syukur alhamdulillah, so far Kasih okay ketika di bawa ke majlis. Bukanlah dia tak meragam langsung tetapi orang kata takde la di tahap mengacau ketenteraman orang lain. Tiap kali di bawa ke mana-mana majlis aku akan make sure Kasih selesa dan jika dia start nak merengek daku akan cepat-cepat check apa yang tak kena samaada dia lapar, pampers basah dan sebagainya.


Semoga tips ini memberi sedikit manfaat pada ualls di luar sana. Walau apapun, daku bukanlah seorang expert kanak-kanak, apa yang ku kongsi berdasarkan apa yang ku praktikkan dan jika ualls rasa cara ini tidak elok maka boleh diabaikan saja.

Apa pendapat ualls dan ada juga tips dalam mendidik anak tak? Jika ada sharelah kat ruangan komen tu... boleh kita saling berkongsi cara =D



8 comments for "Tips Didik Anak Untuk Dengar Kata Ibu Sejak Kecil"

  1. ada mama mesti la manja kan kasih...

    ReplyDelete
  2. Kami pun guna kaedah yang sama.. No its big no... Never yes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!! NO akan tetap NO! Pujuk la camana pun..

      Delete
  3. tips yang bagus ni. leh applykan bila CR dah kawen n ada anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa tahun lagi la agaknya tu kan CR.. cepat-cepat la naik pelamin jemput sis ni

      Delete