Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Assalamualaikum ualls... eh ualls mesti perasan yang sekarang ni pihak SPA yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang giat membuka peluang-peluang baru demi untuk mencari para penjawat awam di dalam sektor kerajaan terutama untuk bidang perubatan. Daku sendiri berasa teruja cuma masih belum boleh memohon untuk si teruna sulung kerana peluang ini di buka hanya untuk lepasan SPM dari usia 17 hingga 25 tahun bagi seluruh semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.



Makluman ini sebagaimana yang telah dikongsikan melalui laman facebook utama milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), ia adalah sebuah peperiksaan secara atas talian pada 25 SEPTEMBER 2018 (Selasa) bagi memilih calon yang terbaik untuk menjalani Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.



Secara jujurnya pada pendapat aku, peluang ini memang patut digunakan oleh semua kerana berkerja di dalam bidang perubatan ini sememangnya sangat menjami masa depan dan secara tidak langsung dapat juga membuat amal jariah kepada mereka-mereka yang memerlukan. Jangan kata orang lain, daku sendiri perlukan perkhidmatan daripada mereka yang bertugas di dalam bidang perubatan di seluruh Malaysia ni. 

Walau daku dah terlajak umur tapi teringinlah juga nak tahu apakah sebenarnya peperiksaan online Latihan Separa Perubatan ni dan soalan bagaimana agaknya yang akan di tanya. At least, jika ada para sedara, kenalan terutamanya pembaca di blog ini yang berminat untuk menjawat jawatan dalam bidang perubatan telahpun dapat tahu bagaimanakah sebenarnya gambaran peperiksaan online untuk Latihan Separa Perubatan ni.





Gambaran Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Pertama sekali ualls perlu tahu yang Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan ini akan dibahagikan kepada 2 (DUA) SEKSYEN iaitu Seksyen A dan juga Seksyen B. Seksyen A di kenali sebagai Ujian Psikometrik dan Seksyen B pula dikenali sebagai Ujian Pengetahuan Am.

Kedua-dua seksyen ini merangkumi soalan dari kategori yang berbeza namun ianya tidaklah sesusah mana cuma soalan-soalan tersebut boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dapat difahami dengan betul terutama untuk soalan-soalan daripada Seksyen A.




Walaubagaimanapun, ualls jangan risau kerana daku akan kongsikan beberapa contoh soalan bukan hanya untuk Seksyen A ini malahan contoh soalan untuk Seksyen B juga supaya ualls dapat faham dengan lebih jelas apakah sebenarnya bentuk soalan yang akan diajukan melalui sesi peperiksaan secara atas talian itu nanti.


SEKSYEN A : UJIAN PSIKOMETRIK 

Sudah nama pun 'psiko'metrik maka sudah semestinya soalan untuk bahagian A ini akan cuba membuatkan ualls keliru dengan soalan dan pilihan jawapan yang agak memeningkan. Dalam erti kata lain soalan untuk seksyen A (ujian psikometrik) ini boleh menjerut leher si penjawab soalan sekiranya tidak cuba difahami apakah maksud sebenarnya dengan tepat. 

Ujian psikometrik ini boleh dianggap sebagai senjata rahsia yang telah disediakan oleh pihak SPA demi untuk membuat saringan awal demi untuk memilih calon-calon yang terbaik saja. Mesti ualls nak tahu apakah sebenarnya bentuk soalan untuk bahagian ujian psikometrik ini kan? Jom lihat 20 contoh soalan daripada bahagian Seksyen A ini.



20 Contoh Soalan Seksyen A : Ujian Psikometrik 2018

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak


10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak


12.Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.

A. Ya

B.Tidak

C. Tidak Pasti


13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti


15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


16. Apabila dimarahi, saya akan melenting

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak


17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.

A. Ya

B.Tidak

C. Tidak Pasti


18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi

A. Ya

B.Tidak

C. Tidak Pasti


19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


20. Masa tidur saya tidak teratur

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti


SEKSYEN B : PENGETAHUAN AM

Pengetahuan Am ini merangkumi pelbagai aspek seperti sains, masyarakat, sejarah dan apa saja yang bersesuai demi untuk tahu setahap mana kepekaan dan ilmu yang ada kat diri masing-masing. Bagi aku soalan untuk pengetahuan am ni memang patut kerana bakal pengisi jawatan di dalam bidang perubatan itu nanti sewajibnya harus tahu pelbagai kategori terutama yang berkaitan dengan negara sendiri dan juga masyarakat setempat pada negeri yang akan mereka laksanakan tugas nanti. Jika tadi dah lihat contoh soalan untuk seksyen A, kali ini daku kongsikan pula 20 contoh soalan untuk seksyen B.





20 Contoh Soalan Seksyen B : Pengetahuan Am 2018

1. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan : B


2. Pernyataan diatas adalah benar mengenai Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS) KECUALI

A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan : D


3. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah

A. 1976
B. 1977
C. 1987
D. 1992

Jawapan : B


4. Senarai di bawah adalah kuasa yang terdapat dalam Majlis Raja-Raja kecuali

A. Mempertimbangkan hal berkaitan dasar negara
B. Mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang
C. Menyuarakan pendapat berkaitan agama islam
D. Menyemai hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Jawapan : B


5. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.

II.Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.

III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.

IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: D


6. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

Jawapan: C


7. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

Jawapan: D


8.Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

Jawapan: A


9. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

Jawapan: C


10. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai piramid makanan

A. Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama

B. Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.

C. Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.

D. 1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

Jawapan: D


11. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV

Jawapan: C


12. Bagaimanakah kencing tikus boleh berjangkit pada manusia?

I. Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II. Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III. Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV. Menerusi air kencing binatang secara langsung.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: A


13. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada

A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Jawapan: D


14. Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?

A. Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B. Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C. Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D. Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma

Jawapan: D


15. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah

I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. Tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: C


16. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?

A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.

B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.

C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.

D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa

Jawapan: B


17. Sawan demam berlaku akibat daripada

A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39?C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

Jawapan: B


18. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

Jawapan: C


19. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?

A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta

Jawapan: C


20. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease

Jawapan: D


Usaha Itu Wajib, Bertindak Itu Perlu! InshaAllah Akan Lulus

Itulah dia gambaran berserta soalan-soalan contoh untuk ke dua-dua bahagian (Seksyen A dan Seksyen B) yang perlu dilalui untuk meluluskan diri menjalani Latihan Separa Perubatan. Pada yang kurang berminat dengan bidang perubatan ini mungkin soalan-soalan di atas dirasakan sangat susah namun pada yang berminat dengan bidang perubatan daku yakin dan percaya soalan-soalan tadi dapat dijawab dengan tepat cuma sila pastikan jangan terlebih yakin dan haruslah sentiasa fokus dan bersedia terutama untuk menjawab soalan di Seksyen A yang boleh 'menjerat' itu.

Jika ualls mahukan bimbingan, info, tips dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan  yang lebih banyak dari ini, daku sarankan supaya ualls menghubungi PROF HARIZ kerana beliau sangat terkenal kerana dapat membantu dalam memberi panduan yang tepat dan berkesan bagaimana untuk menghadapi Peperiksaan Online Separa Perubatan ini sehingga boleh mendapat kelulusan seperti yang diidam-idamkan.




Prof Hariz Boleh Membantu Untuk Lulus Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan!

Kenapa daku sarankan ualls dapat bantuan daripada Prof Hariz? Ini kerana kebanyakan info yang daku telah kongsikan di sini adalah setelah membaca lamanweb beliau. Bantuan dalam bentuk tips, info dan contoh soalan dari Prof Hariz dah digunakan oleh mereka yang lain dan rata-ratanya memang dapat lulus dengan jayanya.... kalau masih tak percaya, boleh lihat sebahagian daripada testimoni seperti di bawah ni.







Malah daku juga telah tahu tips untuk menjawab soalan-soalan di Seksyen A yang tampak seperti susah itu dengan senang. Rupa-rupanya, tips ampuh untuk menjawab soalan tersebut adalah dengan cara membezakan antara positif dan juga negatif untuk soalan dan juga jawapan. Laaa mudah je rupanya! Mujur ada Prof Hariz yang sudi kongsikan 'trick' ni kalau tidak daku pun tak tahu... hahaha... 

Mahu Lulus Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan? Dapatkan Bantuan Prof Hariz Sekarang!


Jika benar-benar mahu lulus, caranya mudah saja, ualls hanya perlu DAFTAR SECARA PERCUMA di >> https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/ dan ikutlah segala info dan tips yang bakal dikongsikan oleh Prof Hariz melalui email ualls itu dengan sepenuhnya. Takde apa nak dirugikan, ualls daftar ualls juga yang untung. Ilmu percuma kot!



Dan pada yang rasa artikel ini bermanfaat, apalah salahnya bantu share ke FB , IG dan sebagainya demi untuk memberi info kepada mereka lain di luar sana demi untuk mereka mencuba mencapai cita-cita di dalam bidang perubatan yang boleh menjamin masa hadapan ini. 



4 comments for "CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN"

  1. Tgk soalan terkenang zaman2 study dulu..

    ReplyDelete
  2. berguna ni kalauorang tengah cari. good!

    ReplyDelete
  3. Pernah jawab soalan SPA, yg bahagian B tu agak sukar sikit bagi saya. Huhuhu.. Thanks sis for sharing this

    ReplyDelete
  4. hahaha soalan psikometrik ni bikin stress..!! jawapan semua saja jeee nak kasi sama putar belit sikit2 hehe..

    ReplyDelete