Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PATUTKAH ISTERI BERSIFAT KEDEKUT DENGAN SUAMI?

Patutkah Isteri Bersifat Kedekut Dengan Suami? | Okay kali ni daku nak berkongsi sedikit isu yang berkaitan dengan para suami pula. Bukan berkongsi dek kerana nak menangkan siapa-siapa tetapi supaya dapat memberi sedikit info supaya dapat membuka mata para suami dan isteri di luar sana. Topik yang ingin aku kupaskan di sini adalah soal kedekut.

Bagi seorang isteri yang juga mungkin telah bergelar ibu seperti daku ini, tidak dinafikan wanita di tahap sebegini masih ada yang mengamalkan sifat kedekut terutama dengan suami sendiri. Apabila di tanya katanya, sang suamilah yang perlu berikan nafkah dan selesaikan segala keperluan rumahtangga kerana itu adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.




Ya, memang benar sebenar benarnya di mana seorang suami itu wajib untuk memberi nafkah kepada sang isteri yang telah dinikahinya mengikut kemampuannya sendiri tanpa boleh culas meskipun sang isteri itu turut berkerja dengan gaji yang jauh lebih besar daripada sang suami tetapi jangan pula isteri hanya tahu menerima tanpa ingin memberi.

Tujuan untuk keluar berkerja itu sebenarnya atas dasar apa? Adakah kerana pangkat? Kerana nama? Kerana kedudukan? Atu kerana ingin mempunyai duit sendiri untuk meringankan beban suami? Kita sebagai isteri harus ingat yang kita tidak boleh sewenang-wenangnya keluar tanpa izin dari suami apalah lagi untuk keluar berkerja dari pagi hingga ke petang.



Kita harus faham sefaham fahamnya di mana seorang isteri itu tidak boleh keluar daripada rumah tanpa izin daripada suaminya bahkan seorang isteri itu juga tidak boleh keluar berkerja mencari rezeki tanpa izin daripada suaminya! Dalam erti kata lain jika suami tak izinkan si isteri itu berkerja maka si isteri tidak boleh berbuat demikian so secara tidak langsung alang-alang suami dah izinkan tu apalah salahnya jika gunakan hasil gaji tu sedikit untuk membebankan galasan di bahu suami.

Suka untuk diulangkan sekali lagi di mana jika si isteri ingin berkerja sedangkan si suami tidak mengizinkan si isteri itu keluar berkerja maka si isteri itu TIDAK BOLEH SAMA SEKALI untuk keluar berkerja. Jangan juga di lupa yang sedekah paling afdal itu adalah pada suami sendiri yang sedang susah melebihi memberikan sedekah kepada orang lain.


Sebenarnya, seandainya si isteri punya pangkat dan gaji yang jauh lebih besar daripada suami maka itu adalah ujian pada sang isteri samada isteri itu seorang yang dapat membantu suaminya ataupun tidak.

Soal punya wang gaji sendiri itu adalah tambahan dan apalah salahnya jika digunakan wang gaji sendiri itu demi untuk membantu ringankan beban suami untuk memastikan rumahtangga menjadi lebih lancar sebagai contoh membantu suami membeli barangan keperluan rumah dan sebagainya. Jika ketika itu barang rumah telah habis sedangkan gaji suami masih lambat lagi dahulukanlah duit sendiri kerana yang akan menikmati semua makanan tersebut tidaklah orang lain melainkan diri sendiri, suami dan anak-anak.




Walaubagaimanapun, awas ya suami! Jika sudah punya Isteri yang sanggup keluar bekerja demi untuk membantu meringankan beban maka janganlah sengaja mengambil kesempatan dengan menjadikan si isteri seperti sebuah bank mini bergerak. Jangan juga di minta pinjam duit tunai dari si isteri tu kerana hutang adalah tetap hutang walaupun terhadap isteri sendiri.

Memang ramai isteri di luar sana yang pandai menjana income sendiri baik dari rumah mahupun sebaliknya dan majoriti memang hasil pendapatan akan digunakan untuk bantu suami sebagai contoh membeli barangan keperluan dapur, barangan keperluan anak dan sebagainya maka janganlah pula si suami nak letak tugasan bayar bil-bil dan sewa rumah di tangan isteri.

Para suami perlu tahu yang duit isteri itu adalah duitnya dan para suami wajib beri nafkah pada si isteri bukannya menganggap yang si isteri wajib bantu hanya dek kerana suami telah memberi keizinan untuk isteri itu keluar bekerja. Isteri dah sanggup beli barang dapur guna duitnya itu sudah cukup bagus tetapi nafkah tiap bulan untuk isteri tetap kena beri dalam jumlah yang sepatutnya okay.... Janganlah sampai ke tahap nak pijak kepala ye!! Isteri bukan ceti untuk para suami!!



Seperkara lagi, apabila ke dua-duanya berkerja adalah lebih afdal jika tugasan rumahtangga seperti urusan kemas rumah, memasak dan membasuh dilakukan bersama.  Seronok tau jika dapat membuat kerja-kerja rumah berdua. Sebagai contoh :

  • Isteri membasuh pakaian, suami boleh tolong sidaikan. 
  • Pakaian yang telah kering lipat bersama sambil nonton TV
  • Isteri membasuh pinggan mangkuk, suami tolong lapkan
  • Isteri sedang memasak, suami tolong suapkan anak makan 
  • Isteri mahu mandi, suami tolong sabunkan... ehhhh... 


Jika dulu zaman bercinta boleh borak kat telefon hingga berjam-jam maka apalah salah kiranya sekarang setelah punya ikatan halal ini jika digunakan untuk membuat kerja rumah bersama bagaikan tengah dating sambil bergurau senda berdua. Bagus bukan?

Rumahtangga bahagia... anak-anak juga akan gembira... kerja yang tampak banyak bila di buat bersama juga akan menjadi lebih ringan dan cepat siap. Ini tidak, sudahlah isteri keluar berkerja pagi pulang petang sama seperti suami. Alih-alih apabila tiba di rumah perlu pula membuat semua kerja rumah seorang diri. Kan tak adil tu?



Kesimpulannya, adalah bagus apabila seorang isteri itu dapat membantu meringankan beban suami dan si suami juga silalah hargai bantuan yang di hulur isteri. Saling beri memberikan dan salinglah bantu membantu kerana asas untuk sesebuah rumahtangga yang di bina itu adalah daripada pasangan suami isteri itu sendiri.

Si isteri tolonglah jangan terlalu kedekut sehingga menganggap yang urusan perbelanjaan rumahtangga sepenuhnya harus dengan menggunakan duit dari hasil titik peluh suami dan para suami juga janganlah pula menganggap yang tugas mengurus rumahtangga itu haruslah dilakukan oleh isteri semata-mata. Geraklah bersama, apa salahnya?

Patutkah Isteri Kedekut Dengan Suami? Jika ada pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah dan jangan lupa untuk FOLLOW BLOG INI andainya suka dengan cara penulisan yang disampaikan Terima kasih.




6 comments for "PATUTKAH ISTERI BERSIFAT KEDEKUT DENGAN SUAMI?"

  1. Kedekut itu berpada pada. Kalau kedekut dlm soal anak, itu tidak patot. Kalau kedekut untuk beli barangan peribadi, itu ptot sbb dlm islam ajar suami wajib sediakan sekurang kurangnya dua pasang baju pada isteri setiap tahun. Begitu juga untuk anak. Kalau boleh tampung beli bedak atau lipstick pun dah memadai. Isteri bekerja sebab nak bantu ringan perbelnjaan keluarga. Jadi kena tahu niat asal kenapa isteri dibenarkan bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Isteri ni bukan ap... Kesian dgn suami cuma tak. Nak ajar suami lepas tgn..tkt suami branggapan isteri bekerja dan dia bole goyang kaki.

      Delete
  2. Betul... Saling membantu tuh kan bagus untuk lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan

    ReplyDelete
  3. kalau wife redha nak tolong and kongsi rezeki apa salahnya tapi jangan sampai suami lupa tanggungjawab yang dipikul. kebanyakan cemtu sebab da selesa wife berdikari orang boleh hulur bantu tong tong.. no no !! jangan jadikan habit not good.

    ReplyDelete
  4. Ikut keadaan..ada yg ok ada yang tak.. ada juga pasangan yang tak kisah..pakat berbelanja..

    ReplyDelete
  5. memang kena saling tolong-menolong..

    ReplyDelete