Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TREND KAHWIN MUDA - ANTARA PASANGAN MALAYSIA YANG VIRAL

Sebagai seorang ibu kepada seorang remaja yang sedang berusia 15 tahun, daku rasa agak terpanggil untuk berbicara soal kahwin muda ini. Tambah-tambah semakin hari sudah semakin ramai remaja lelaki dan remaja perempuan yang telah mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan.

1st of all, jujur ku katakan dengan sepenuh hati bahawa artikel ini di tulis bukan kerana jeles dengan life anak muda sekarang sebabnya daku sendiri pernah muda juga. Daku sendiri pun pernah bergelar remaja dan isu kahwin muda ini telah lama wujud. Zaman daku di usia remaja dulu pun dah ada isu ni malah zaman nenek moyang kita lagilah ada isu ni. So hal ini bukanlah satu perkara pelik. Untungnya kahwin awal ni, nanti di usia 30an anak-anak dah besar panjang.

Makin hari semakin banyak pasangan berkahwin muda hinggakan ada yang viral. Pasangan di anggap berkahwin muda jika salah seorang daripadanya mahupun ke dua-duanya sekali masih bergelar belasan tahun yang masih harus meneruskan persekolahan. Jika memang tak boleh nak carry on itu hal lain. Berkahwin di usia muda ini tidak salah tetapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil tahu dengan jelas. Antara pasangan kahwin muda ini adalah Nadia dan Khai.


Ameera Nadia, 17 dan cinta hatinya, Muhammad Khaldun yang baru berusia 18 tahun ini telah memilih untuk menghalalkan perhubungan mereka setelah dua tahun berkenalan. Tarikh 30 Disember 2017. 



Daku percaya pasti ada sebab yang amat kuat sehinggakan si ibu ayah bagi pasangan muda berkahwin itu boleh beri kata setuju. Mak ayah mana tak fikirkan soal anak-anak? Ibu bapa bertanggungjawab mana mahu anak mereka susah? Antara pasangan lain yang turut pernah menjadi bualan Dhea (19 tahun) dan Zahero (18 tahun).



Namun, untuk pasangan muda yang telah berkahwin ini termasuk juga keluarga mereka, daku minta maaf ampun bagi pihak para nitizen yang tidak henti berceloteh menuduh itu menuduh ini kerana manusia ini tidak akan boleh tahu apa yang tersurat dan tersirat. Dek kerana itulah Islam mengajar untuk sentiasa berprasangka baik tetapi apakan daya manusia akhir zaman ini punya pelbagai 'pendapat yang extrem'... dan ini semua berlaku adalah disebabkan terlalu banyak point yang ke arah kurang elok daripada point yang elok.

ANTARA ALASAN BAGUS APABILA KAHWIN MUDA


  • Hati sudah sayang sayang sayang teramat amat sayang 
  • Untuk elakkan diri daripada zina
  • Keluarga berharta boleh bantu bila-bila masa
  • Mahu hidup susah senang bersama


ANTARA ALASAN TIDAK HARUS KAHWIN MUDA


  • Cinta tidak boleh kenyangkan perut
  • Zina boleh di elakkan jika punya iman yang kuat
  • Tanggungjawab selepas berkahwin teramatlah 'BESAR'!
  • Amanah ke atas cahayamata sangatlah mencabar
  • Keadaan fizikal perempuan muda mengandung agak kurang baik dari segi saintifik
  • Terlalu banyak isu penceraian
  • Masih belum matang sepenuhnya di dalam pelbagai aspek

Di atas itu hanyalah sebahagian point yang sering terlintas di hati dan fikiran orang ramai dan jika di tanya pendapat peribadiku sendiri sebagai ibu kepada seorang remaja, secara jujur dari hati daku tak izinkan dek kerana faktor perubahan kepada kehidupan selepas berkahwin yang agak mencabar. Bukan mudah untuk bina keluarga melainkan jika benar punya punca pendapatan sendiri. Kalau lepas kahwin nak harap mak ayah lagi, noooo sorry!!

Lagi pasangan berkahwin muda yang telah menjadi viral adalah Syasya dan Aqiff . Pasangan ini viral kerana mengambil keputusan untuk berkahwin dalam usia muda. Si suami berumur 21 manakala isterinya pula baru berumur 16 tahun. Pasangan ini menjadi viral apabila terlalu sering berkongsi pelbagai aksi di akaun istagram @Syasyaadira dengan memuat naik video Tik Tok semasa majlis perkahwinan dan berbulan madu. Pasangan ini antara yang mendapat banyak reaksi kerana memperlihatkan aksi yang terlajak romantis untuk tontonan ramai. 


Moga-moga selepas ini isteri-isteri muda yang cantik manis belaka ini akan mula upload lifestyle sebagai seorang isteri yang bahagia dalam menguruskan rumahtangga.. daku pun teringin juga nak tengok life pasangan muda uruskan kehidupan sebagai isteri dan rumahtangga sehari-hari di saat suami keluar berkerja mencari nafkah. 

Kalau nak tahu, daku dulu juga bernikah ketika umur masih muda. Saat itu daku baru berumur 20 tahun dan umur suami ketika itu adalah 23 tahun. Sekarang usia perkahwinan kami telah berusia hampir 17 tahun (boleh kira umur ku dan suami berapa) dan terus terang kehidupan selepas berkahwin ini memang ada pelbagai rasa.

Kadangkala manis, kadangkala pahit dan kadangkala masam. Alhamdulillah, walau dulu ramai mengatakan usia kami masih agak muda namun kami telah berjaya mempertahankan dengan cahayamat seramai 6 orang sekarang ini dengan hasil titik peluh sendiri kerana sejak hari pertama berkahwin lagi kami dah mula bina hidup sendiri dengan tinggal di negeri lain yang jauh dari ibu ayah ke dua-dua pihak.

Hendak berkahwin muda tidak salah asalkan faham yang dunia perkahwinan ini bukannya seperti main pondok-pondok. Berkahwin juga bukan seperti zaman hangat bercinta. Selepas berkahwin perlu duduk sebumbung dan serumah. Jika dulu emak dan ayah ada untuk sediakan segalanya, tetapi selepas berkahwin segalanya perlu dipersiapkan sendiri. 

Sebagai suami wajib beri nafkah zahir dalam bentuk duit ye... nafkah batin lain tau! Jangan hanya beri nafkah batin tapi abaikan nafkah zahir pula. Jangan juga beri nafkah zahir dengan duit mak ayah.

Sebagai isteri pula perlu masak, basuh dan ngemas. Melainkan jika suami berkemampuan untuk beri maid maka bolehlah lebih kepada duduk bersantai-santai dan berhias diri untuk melayani suami saja hari demi hari.

Cinta dan menyintailah kerana Allah SWT, tidak kerana nafsu dan kecantikkannya semata-mata. Berkahwinlah jika benar yakin pasangan itu adalah yang calon yang tepat selepas mendapat petunjuk melalui solat isthikharah. Kehidupan suami isteri bukan untuk sehari tetapi ingin kekalkan sehingga ke jannah.


Jika sebelum berkahwin rasa rindu yang teramat sangat sehinggakan boleh terasa kenyang selepas mendengar suara dan melihat muka yang tersayang namun selepas berkahwin perlu ada nasi dan lauk pauk. Itu belum lagi disenaraikan barangan lain seperti pakaian, makeup dan sebagainya.

Jika sebelum berkahwin boleh minta tolong emak ayah apabila ada masalah tetapi selepas berkahwin sudah tidak digalakkan untuk berbuat begitu lagi. Binalah hidup sendiri bersama-sama untuk menempuhi apa saja. Kerana itu beruntunglah mana-mana wanita jika berjaya menjadi suri yang halal si samping seorang lelaki yang bukan hanya menjadi ketua keluarga dan pelindung tetapi juga yang boleh menjadi 'imam' untuk solatnya.



Walaubagaimanapun, sebagai salah seorang daripada masyarakat yang melihat perkara ini, ku hormati keputusan yang telah mereka buat kerana daku yakin dan percaya apa yang terjadi ada sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri. 

Yang penting, sama-sama kita doakan perkara yang baik-baik meskipun kita kurang bersependapat kerana lain orang lain juga tahap ujian kehidupannya. Jangan terlalu berkat-kata yang tidak elok kerana takut nanti perkara itu akan terjadi semula pada kita ataupun kepada ahli keluarga kita mahupun anak-anak yang bakal hadir di dalam kehidupan kita nanti.






6 comments for "TREND KAHWIN MUDA - ANTARA PASANGAN MALAYSIA YANG VIRAL"

  1. betul. bila dah nak kawin ni banyak benda yang kita kena fikir.

    ReplyDelete
  2. semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  3. Sekarang nie memang dah jadi trend kawin muda, dan semoga mereka tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan dalam rumahtangga yang datang pelbagai cara samada baik atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  4. Tak dak masalah kalau kawin muda..sekurangnya terhindar dari perkara yang tak elok..janji mereka belajar dan faham tanggungjawab dalam alam perkahwinan..

    ReplyDelete