Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BOLEHKAH SEORANG ISTERI CURI DUIT DARI POKET SUAMI?

Seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami seharusnya perlu melakukan tugasnya sebagai seorang isteri dengan berpandukan hukum agama Islam itu sendiri. Namun kehidupan sebagai suami isteri ini tidaklah semuanya indah terutama jika melibatkan suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawabnya terutama yang berkaitan dengan nafkah.

Nafkah yang tidak mencukupi akan menyebabkan isteri dan anak-anak menanggung kesusahan kerana tidak mempunyai makan pakai yang cukup dan sekiranya perkara ini berlaku, apakah boleh jika seorang isteri itu mengambil duit dari poket dan dompet suaminya sendiri secara diam sedangkan mencuri itu adalah perbuatan yang akan melibatkan dosa kerana mengambil barangan orang lain tanpa izin.




Bolehkah seorang isteri curi duit dari poket suami

Dalam erti kata lain, bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu?

Jawapannya adalah YA!

Islam membolehkan seorang isteri itu untuk mengambil duit daripada kocek atau dompet suaminya tetapi haruslah dengan mengikut landasan yang telah ditetapkan. Islam membenarkan si isteri mencuri hanya daripada seorang suami yang 'dayus' tanpa reti erti tanggungjawab tanpa mahu memberi si isterinya nafkah. Nafkah batin mahu di beri tetapi nafkah zahir isteri boleh pula sengaja di abaikan. Itu sangat-sangat tidak adil.

Harus di ingat ya para suami yang isteri kalian itu dibenarkan mencuri dari kocek dan dompet kalian seandainya kalian bersifat kedekut dengan sanggup untuk mengabaikan pemberian nafkah zahir pada si isteri ini. Gaji besar atau kecil bukannya persoalan kerana jika sudah beristeri maka sebagai suami kalian hendaklah berusaha mencari sumber pendapatan halal bagi menampung kehidupan untuk hidup bersama isteri itu.


5 PERKARA YANG MESTI GUNA DUIT SUAMI !!

1. Makanan yang mengenyangkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan petang)
2. Pakaian baru sekurang-kurangnya 2 pasang setahun (termasuk coli, seluar dalam, tudung, stokin)
3. Tempat tinggal yang sesuai dan sempurna untuk seorang wanita tinggal di dalamnya
4. Barangan menyucikan diri untuk kebersihan (peralatan mandian)
5. Perubatan ( ubat-ubatan bila tidak sihat )


Seandainya si suami itu terlajak mampu untuk memberi nafkah dek kerana gaji yang agak besar ataupun suami itu ada duit hasilnya berkerja tetapi sengaja mengurangkan pemberian nafkah dalam bentuk duit ini hingga dengan sahih pemberian itu sangat tidak releven dengan harga barangan keperluan sekarang ini, maka.... si isteri boleh mengambil duit suami secara diam itu sekadar mana  cukup sekadar untuk membeli barangan keperluan tersebut sahaja.


Isteri Dibenarkan Mencuri Duit Dari Suami Yang Kedekut

Suka di ingatkan sekali lagi yang isteri hanya boleh mencuri daripada seorang suami yang bersifat kedekut di mana suami itu tetap tidak mahu memberi wang walau sudah di minta isteri untuk membeli barangan keperluan penting sedangkan hari-hari boleh beli rokok dan minum di kedai kopi lepas habis waktu kerja dengan kawan-kawan!


Hadis yang berhubungan dengan ini adalah hadis yang riwayat Aisyah RA. Hadis itu mengisahkan pengaduan oleh Hindun bin Atabah di hadapan Rasulullah. Ia mengaku telah mengambil wang suaminya, Abu Sufyan. Konon, sang suami, menurutnya, sangat bakhil. Ia terpaksa memungut harta suami tanpa sepengetahuannya. Lalu, Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah sebatas apa yang cukup bagimu dan anakmu dengan wajar.” 

Isteri Hanya Dibolehkan Ambil Duit Suami Sekadar Keperluan Sahaja! Jangan Over!

Sebagai contoh, isteri mahu membeli lampin pakai buang untuk anak namun suami tidak mahu memberikan wang. Maka, si isteri boleh mengambil wang secara diam dari kocek suami namun hanyalah dengan jumlah yang diperlukan saja tanpa boleh melebihinya. Sebagai contoh, lampin pakai buang anak telah habis dan harganya pula adalah RM30 maka si isteri hanya boleh mengambil sebanyak RM30 sahaja tanpa boleh dengan sengaja mengambil sebanyak RM50. Jika kebetulan di dalam dompet ada not RM50 sahaja maka ambillah dan kembalikan semula bakinya sebanyak RM20 itu setelah selesai membeli lampin pakai buang tersebut.


Isteri hanya boleh mencuri wang suami untuk keperluan rumah, keperluan anak mahupun keperluan diri sendiri yang penting sahaja. Jangan pula di curi duit suami demi untuk beri pada orang lain sebagai contoh mengambil duit suami tanpa izin itu untuk di beri pada rakan kenalan dan ahli keluarga yang lain. Jika di ambil melebihi keperluan maka ia adalah HARAM!


Tindakan Tepat Yang Boleh Isteri Lakukan Terhadap Suami Yang Kedekut


1. Bercakap dengan baik bukan untuk minta cerai tetapi untuk minta di beri nafkah.

2. Minta tetapi suami masih tidak mahu memberi? Gunakan duit sendiri dulu. Setelah habis minta bertanya lagi supaya di beri nafkah. Jika redha sabar dulu.

3. Tidak boleh sabar lagi? Bincang dulu dengan suami yang jika tidak mahu beri ingin ke pejabat kadi bukan untuk mohon penceraian tetapi untuk pihak dari pejabat kadi beri suami kaunseling.

4. Jika tetap tidak berubah setelah di beri nasihat oleh pihak pejabat kadi maka tanyalah pada diri sendiri samada masih boleh bersabar untuk terus hidup bersama suami ataupun tidak. Fikir soal anak dan sebagainya. Jika telah nekad maka bolehlah di mohon penceraian.

5. Jika suami tetap tidak mahu ceraikan, maka bolehlah mohon pihak pejabat kadi dan pihak kadi akan bantu siasat perkara ini untuk di bantu atasi masalah tersebut.

Adakah berdosa jika suami itu tidak mampu beri nafkah dek kerana terpaksa jelaskan hutang kereta, rumah dan sebagainya?

Tidak dinafikan yang kehidupan di akhir zaman ini semuanya melibatkan duit hingga ada ramai suami-suami di luar sana yang perlu membuat pinjaman wang dan sebagainya untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk si isteri. 

Maka, seandainya si suami tidak mampu memberi nafkah zahir kerana duit telah hampir habis dek kerana perlu bayar hutang rumah, hutang bank, bil-bil, barangan dapur dan sebagainya... itu tidaklah boleh digolongkan sebagai suami yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana boleh suami berikan wang yang berasingan daripada belanja dapur ke tangan isteri demi untuk isteri membeli barangan yang mereka idamkan di dalam situasi sebegini. 

Namun, adakah berdosa si suami ini terhadap isterinya kerana tidak dapat memberi wang untuk si isteri itu membeli barangan makeup, kasut tumit tinggi 4 inci, tudung mahal berbatu-batu dan sebagainya? 

Dengarkan penjelasan melalui video di bawah.....


Semoga perkongsian bertajuk 'Bolehkah seorang isteri curi duit dari poket suami? ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian pada para isteri dan suami di luar sana yang mempunyai masalah sebegini dan jika anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat,  marilah menjadi salah seorang followers blog ini  dengan klik >> >> DI SINI << << sebagai tanda support.

Terima kasih.



12 comments for "BOLEHKAH SEORANG ISTERI CURI DUIT DARI POKET SUAMI?"

  1. tq sharing info..hihi...yela ramai kan lelaki (suami) kt luar sana tmbh lak di zaman skrg xmnjlnkan tggjwb nafkah..kadang kesian tgk bini..

    ReplyDelete
  2. Salam, memang betul tu, kehidupan sekarang ni semuanya memerlukan duit. Suami perlu berusaha cari duit. Apa pun berdoa moga Allah luaskan rezeki suami dan isteri.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. betul kan, ilmu rumah tangga ni memang banyak sangat. bakal2 suami isteri kena dalami dulu ilmu dan pengetahuan rumah tangga. penting sangat

    ReplyDelete
  4. terima kasih sharing sis awa..

    ReplyDelete
  5. good info... thanks for sharing.. klau dah darurat smp takde duit makan utk anak isteri mmg kena la curi duit suami.. lainlah klau suami pun tak ada duit..

    ReplyDelete
  6. bagus info ni boleh di jadikan panduan

    ReplyDelete
  7. fuhh! nasib baik tak berdosa, hahaha.

    ReplyDelete
  8. TQ sharing sis.. bermanfaat buat semua.. kena ambil tau hak2 isteri yg di bolehkan..

    ReplyDelete
  9. Kasian sekali jika istri dan anak sampai kelaparan karena suami yang culas.

    ReplyDelete
  10. syukur ammi tak perlu lalu halangan dalam perkara melibatkan nafkah ni

    ReplyDelete
  11. Kalau cukup utk belanje curi jge utk bli barang kemas alasan teringin nk pki walhal dh ade tapi nk lg lawa nmpak begaya mcm mne plk tu...

    ReplyDelete