Assalamualaikum ualls... hi mommy mommy.... tahniah untuk kehadiran si manja ualls tu dan tahniah juga kerana rajin mencari resepi baru untuk disediakan untuk menawan selera makan anak masing-masing. Kat sini daku nak kongsikan resepi bubur nasi hasil gabungan epal merah dan juga kentang yang telah berjaya menjadi kegemaran my baby (Kasih).

Resepi ni daku cuba gabungkan dek kerana sikap Kasih sendiri yang agak cerewet dengan makanan. Tak sangka juga sewaktu mula-mula di beri dulu Kasih menerima dengan sangat berselera dan ketika itulah daku dapat tahu yang Kasih agak suka dengan rasa epal yang agak masam manis.


Resepi ini sesuai untuk bayi yang berusia dari 7 bulan ke atas dan bahan serta cara untuk menyediakannya sangat-sangat mudah dan tidak menyusahkan. Jika ualls ibu muda yang baru mempunyai seorang bayi pun, dont worry.... pasti ualls boleh buat resepi ni.


Tak nak tunggu lama-lama jom kita tengok resepi BUBUR NASI EPAL KENTANG untuk baby comel masing-masing yang dah tak sabar nak makan tu.

Bahan-bahannya :
setengah genggam beras
1/2 biji epal merah
1/2 biji kentang
3 cawan air

Cara-caranya :
1. Bersihkan epal dan kentang kemudian potong kepada potongan yang kecil.
2. Rebus beras bersama kentang dengan dua cawan air menggunakan api sederhana sehingga air menjadi kering sepenuhnya.
3. Tambah setengah cawan lagi air, Masukkan epal merah dan gaul sehingga epal menjadi lembut. dan sebati sepenuhnya.


4. Lenyek di atas penapis sehingga mendapat tekstur yang halus sepenuhnya. Siap!



Jika terasa hasilnya agak banyak maka ualls boleh simpan juga sebagai frozen food. Daku sendiri akan tapis dan agihkan kepada beberapa bekas kecil untuk di simpan di dalam peti.



Resepi ini juga boleh ditambahkan dengan sedikit susu. Bagi ibu yang menyusu badan, boleh perah susu badan ke dalam sebelum di suap pada baby. Moga-moga baby ualls akan turut suka dengan resepi ni sebagaimana Kasih yang sangat berselera dengan menu ni.



Ohya sedikit peringatan nak kasi, nasi dan kentang ni sama-sama karbohidrat. Sebab itu saya gunakan lebih banyak air daripada biasa untuk memasak resepi ini.

SELAMAT MENCUBA dan jika mahukan resepi baby food yang lain sila >> KLIK KAT SINI <<