Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Bubur Nasi Epal Kentang Untuk Baby Picky Eaters

Resepi Bubur Nasi Epal Kentang Untuk Baby Picky Eaters | Assalamualaikum.. hi mommy mommy. tahniah untuk kehadiran si manja dan tahniah juga kerana rajin mencari resepi baru untuk disediakan untuk menawan selera makan anak masing-masing. 

Kat sini aku nak kongsikan resepi bubur nasi hasil gabungan epal merah dan juga kentang yang telah berjaya menjadi kegemaran my baby (Kasih).

Resepi ni aku cuba gabungkan dek kerana sikap Kasih sendiri yang agak cerewet dengan makanan. Tak sangka juga sewaktu mula-mula di beri dulu Kasih menerima dengan sangat berselera dan ketika itulah aku dapat tahu yang Kasih agak suka dengan rasa epal yang agak masam manis.


Resepi ini sesuai untuk bayi yang berusia dari 7 bulan ke atas dan bahan serta cara untuk menyediakannya sangat-sangat mudah dan tidak menyusahkan.

Jika ibu muda yang baru mempunyai seorang bayi pun, dont worry. Pasti korang boleh buat resepi ni.


Tak nak tunggu lama-lama jom kita tengok resepi BUBUR NASI EPAL KENTANG untuk baby comel masing-masing yang dah tak sabar nak makan tu.

Bahan-bahannya 
  • setengah genggam beras
  • 1/2 biji epal merah
  • 1/2 biji kentang
  • 3 cawan air

Cara-caranya 

1. Bersihkan epal dan kentang kemudian potong kepada potongan yang kecil.

2. Rebus beras bersama kentang dengan dua cawan air menggunakan api sederhana sehingga air menjadi kering sepenuhnya.

3. Tambah setengah cawan lagi air, Masukkan epal merah dan gaul sehingga epal menjadi lembut. dan sebati sepenuhnya.


4. Lenyek di atas penapis sehingga mendapat tekstur yang halus sepenuhnya. Siap!



Jika terasa hasilnya agak banyak boleh simpan juga sebagai frozen food. 

Aku sendiri akan tapis dan agihkan kepada beberapa bekas kecil untuk di simpan di dalam peti.




Resepi ini juga boleh ditambahkan dengan sedikit susu. 

Bagi ibu yang menyusu badan, boleh perah susu badan ke dalam sebelum di suap pada baby. Moga-moga baby kalian akan turut suka dengan resepi ni sebagaimana Kasih yang sangat berselera dengan menu ni.




Ohya sedikit peringatan nak kasi, nasi dan kentang ni sama-sama karbohidrat. 

Sebab itu saya gunakan lebih banyak air daripada biasa untuk memasak resepi ini.




5 comments for "Resepi Bubur Nasi Epal Kentang Untuk Baby Picky Eaters "

  1. woooh rare combination tapi bestla experiment flavour apa yang anak suka. semoga membesar sihat dan solehah =)

    ReplyDelete
  2. Wow, macam sedap je baby food ni~ Aienie simpan resepi untuk anak yer.. :)

    ReplyDelete
  3. kentang campur epal.. sedap ni

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Siti Awadah..berblogwalking melalui blog https://www.shikinrazali.com jumpa link blog ni. MasyaAllah, padat dengan segala info. Nak sangat jadi blogger macam sis. InsyaAllah akan selalu singgah sini :D

    https://adaainspiration.com/harmonize-with-nature/

    ReplyDelete
  5. suka la kaseh ye makan bubur apple...

    ReplyDelete