Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LAMANWEB UNTUK MOHON SEKOLAH ASRAMA PENUH

Assalamualaikum ualls.... hmmm mak ayah mana tak nervous kan apabila anak-anak sedang menghadapi exam besar seperti UPSR, PT3, SPM dan sebagainya. Dannnn kini daku sedang menghadapi situasi di mana dua daripada anakku sedang menjalani peperiksaan UPSR dan PT3. Dua orang serentak membuatkan mama mereka ni dah macam lipas kudung dan tak senang duduk.



Selain daripada berkejar ke sana sini menghantar dan menjemput anak-anak dari kelas biasa dan kelas tambahan termasuk ketika hari sekolah bercuti, daku juga perlu melaksanaan pendaftaran untuk sambung belajar ke sekolah menengah terutama untuk anak yang no 2 kerana bakal menjadi pelajar di sekolah menengah untuk tahun hadapan.

Salah satu sekolah yang diidamkan pastinya sekolah berasrama penuh dan lamanweb yang perlu dikunjungi untuk melakukan sesi pendaftaran ini adalah https://sst1.moe.gov.my/.


Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk melaksanakan sesi pendaftaran secara atas talian ini. Namun yang pasti, ianya tidaklah susah mana kerana telahpun ada rekod pelajar yang telah di isi oleh guru ke dalam sistem. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan nombor giliran pendaftaran untuk menduduki peperiksaan UPSR untuk login masuk.

Setelah mendapati nama adalah benar maka bolehlah meneruskan kerja mengisi detail si anak dan memilih lokasi sekolah berasrama penuh yang dihajati. Jangan terburu-buru, isilah seara perlahan-lahan bersama si anak dan jangan lupa untuk melihat panduan cara mengisi borang dengan betul seperti yang telah disediakan.



TERDAPAT EMPAT BAHAGIAN YANG PERLU DI ISI SECARA SEPENUHNYA



BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI PELAJAR



* UKSBP - lokasi untuk mengambil ujian saringan

BAHAGIAN B : MAKLUMAT KEPIMPINAN



BAHAGIAN C : MAKLUMAT IBU BAPA PELAJAR 



BAHAGIAN D : MAKLUMAT SURAT MENYURAT




Setelah lengkap di isi semuanya, bacalah Bismillah dan bolehlah klik untuk menghantar permohonan tersebut. Sekiranya ada bahagian yang perlu dikemaskini, masih boleh membetulkan detail selagi tarikh akhir permohonan di buka. 


SELAMAT BERJAYA & DOAKAN MOGA ANAK SAYA JUGA BERJAYA.
AMEEN



2 comments for "LAMANWEB UNTUK MOHON SEKOLAH ASRAMA PENUH"

  1. senangnya sekarang semua online je tapi kalau sistem down terus rasa susah

    ReplyDelete
  2. loni apa2 borang nak kena isi online senang dan mudah

    ReplyDelete