Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RESEPI PENGAT KELADI PALING SIMPLE TAPI SEDAP

Bila sebut tentang pengat keladi, terus terbayang pencuci mulut yang sangat sedap dengan rasa lemak manis. Pengat ni memang amat daku suka tak kisah la pengat apa sekalipun dan salah satu daripadanya adalah pengat keladi. 

Pengat keladi ni memang best dan daku mula makan semestinya yang di masak oleh ibu semasa kecil-kecil dulu. Kalau di kampung pengat ini turut di panggil sebagai 'serawa keladi'.

Walau namanya tampak remeh namun sebenarnya untuk buat pengat keladi ni tersangatlah mudah dan cepat. Waktu ke pasaraya berhampiran dengan rumah ni minggu sudah, ternampak keladi di bahagian sayuran. 

Apa lagi terus tercetus rasa teringin nak menikmati pengat keladi yang agak lama juga tak makan. Selalunya pengat keladi ni akan muncul time tiba bulan puasa dan pengat keladi ni boleh juga di tambah dengan keledek, labu, ubi, cha-cha dan lain-lain. 

Inilah rupa pengat keladi yang telah ku masak, tak nak tunggu lama-lama jom tengok sekilas resepi dan cara memasaknya. Dont worry memang simple dan senang! Rasanya InshaAllah sedapppp...


Bahan-bahannya :

1 buku sederhana keladi ( boleh beli di pasar)
1 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 liter santan cair
200 ml santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam


Cara Menyediakannya : 

  1. Kupas keladi, potong kiub (sederhana besar), cuci dan rebus hingga 3/4 empuk. Toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan santan cair, sagu, gula pasir dan daun pandan. Kacau hingga gula larut dan sagu masak sepenuhnya. 
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat, keladi dan garam. Biar mendidih perlahan hingga keladi betul-betul empuk dan elok rasanya. Tambah air jika perlu.


Boleh di makan panas-panas @ sejuk... Selamat Mencuba!!


3 comments for "RESEPI PENGAT KELADI PALING SIMPLE TAPI SEDAP"

  1. Memang ringkas dan bahan-bahanya pun mudah dicari. Lama juga tak makan pengat keladi ni. Boleh lah nanti dicuba resepi mudah ni... Thanks Awa for sharing the recipe..

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya. tetiba teringat cerita hantu kak limah plak hihi

    ReplyDelete