Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair 2018 Sudah Kembali Lagi - Seronoknya!!

Assalamualaikum, hi ualls.... Eh ualls dah fikir belum destinasi untuk bercuti bagi tahun ni? Yelah, cuti sekolah hujung tahun kan dah makin dekat. Masa inilah waktu yang terbaik untuk memikirkan soal destinasi dan lain-lain. Apabila dah dapat destinasi barulah mudah untuk fikirkan budget dan kalau ualls nak tahu, teruja sangat rasa hati ni apabila terlihat info mengenai Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 yang sedang berlangsung.

Dengan adanya sale-abration sebegini, at least dapatlah diselamatkan sedikit budget yang ada untuk bercuti nanti. Almaklumlah daku selalunya akan bercuti dalam jumlah yang ramai. Sebab itu daku sukaaaa sangat-sangat dengan sale sebegini!! Dengan adanya  Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 ni tidak mustahil impian daku untuk bercuti pada tahun ini akan semakin menjadi kenyataan.


Pastinya makin best apabila dapat berada di mana-mana destinasi percutian ini bersama insan-insan
kesayangan seperti suami, ibu ayah dan juga anak-anak. Untuk aku dan suami yang punya ramai anak ini, ya sememangnya kewangan kami agak sedikit terbatas dan untuk pergi bercuti kerana iti seharusnya kami perlu berfikir secara mendalam supaya tidak lari budget dan kerana itu juga daku amat menantikan kedatangan kempen sempena bercuti seperti sale-abration oleh pihak Traveloka ini.

Masa untuk bercuti masih ada berbaki beberapa bulan lagi so dapatlah daku mulakan persiapan dari awal supaya dapat memudahkan lagi urusan ketika bercuti nanti. Jika tak nak buang masa, sekarang juga boleh buat tempahan! Ualls pun janganlah dok tengok saja. Traveloka Sale-abration ni adalah sangat berbaloi seperti Matta Fair 2018 juga. Memang sangat-sangat awesome dan menguntungkan kita semua.

Kenapa daku suka menggunakan Traveloka?

Ini kerana Traveloka bukan hanya boleh memberi penjimatan untuk budget sahaja tetapi Traveloka ini juga boleh menjadi penghubung terbaik di antara aku dengan pelbagai syarikat penerbangan dan juga hotel-hotel penginapan di pelbagai destinasi samada di dalam Malaysia mahupun di luar negara.




Selain tu daku makin suka tatkala Traveloka boleh menjadi pembimbing untuk daku mendapatkan percutian idaman sebagaimana contoh, pihak Traveloka sentiasa mempamerkan lokasi destinasi yang menarik dan dalam masa yang sama selalu mengingatkan supaya membaca feedback (review) dari mereka yang telah pernah tinggal di mana-mana hotel yang dipamerkan di dalam website Traveloka terlebih dahulu demi untuk membantu daku membuat pilihan yang tepat.

Setelah dapat kata putus mengenai destinasi dan hotel, kita boleh terus membuat tempahan secara atas talian untuk tiket penerbangan dan juga hotel di dalam masa yang sama. Sangat-sangat senang dan jimat masa. Semuanya pihak Traveloka dah sediakan berserta pelbagai info yang berkaitan termasuk harga, fasiliti dan lain-lain. Tugas kita selebihnya hanya perlu membuat pilihan mengikut mana-mana destinasi idaman dan tempahlah segera secepat yang mungkin sebelum hotel tersebut penuh.



Tempahan di buka dari 4 September hingga 10 September 2018

Jangan terlepas tarikh keramat ni tau, nanti tak pasal ualls akan rugi besar. So daku sarankan sangat-sangat pada ualls yang benar-benar sedang membuat perancangan untuk bercuti pada tahun ini tu, segeralah buat tempahan dengan Traveloka.

Diskaun kupon 8% - jimat sehingga RM40 untuk tiket penerbangan


Jika ualls benar-benar membuat tempahan dari tarikh 4 Septemebr sehingga 10 September tersebut maka penjimatan diskaun sebanyak 8% akan segera diberikan oleh pihak Traveloka. Jika di nilai dalam bentuk wang, penjimatan sebanyak 8% ini adalah sehingga RM40 untuk satu tiket penerbangan.

Untuk diriku yang ingin bercuti bersama insan-insan tersayang ini semestinya diskaun kupon sebanyak 8% ini sangat di alu-alukan. Mungkin ada yang menganggap jumlah diskaun ini tidak terlalu besar namun bagi aku yang punya ramai insan untuk di bawa bercuti sekarang, diskaun sebegini sangat-sangat daku hargai akan kewujudannya.



Jangan risau, sama sekali TIADA Booking Fee!

No booking fee ini bermaksud kita boleh menempah tiket perbangan dengan rasa puashati kerana tidak akan 'booking fee' atau dalam bahasa melaunya, tidak akan ada sebarang kos tambahan yang perlu di bayar untuk membuat tempahan ini. Maka dengan mudahnya kita boleh mendapatkan tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat ini dengan senang.

Tempah Sekarang dan Perjalanan ANYTIME Mengikut Tarikh Cuti Sendiri!!


Tempahan boleh di buat sekarang antara 4 September hingga 10 September dan untuk pergi bercuti tu pilihlah mengikut tarikh rangkaan cuti sendiri. Tidak bermakna tempah sekarang maka perlu pergi bercuti di dalam bulan September ini juga.



Traveloka menawarkan diskaun ini adalah untuk membantu kita semua untuk membuat perancangan bercuti dengan lebih tersusun dan teratur. Tempahan boleh di buat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Traveloka yang canggih. Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Jom Bercuti!!



** sila ke lamanweb utama TRAVELOKA untuk melihat terma dan syarat **


3 comments for "Traveloka Sale-Abration dan Matta Fair 2018 Sudah Kembali Lagi - Seronoknya!!"

  1. Best Traveloka ni. Saya memang antara pengguna TEGAR Traveloka sejak mula download dulu ..haha

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi book tiket dekat traveloka

    ReplyDelete