5 Tips Untuk Kekalkan Azam Tahun Baru Hingga Berjaya Bagi Tahun 2022
5 Tips Untuk Kekalkan Azam Tahun Baru Hingga Berjaya Bagi Tahun 2022 | Assalamualaikum, selamat Tahun Baru 2022! Tak sangka sudah tiba tahun baru sekali lagi. Dari jauh ku doakan moga korang semua senantiasa di dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia tambah-tambah dah masuk ke tahun baru ni. Cepat kan masa yang berlalu hinggakan kita berada di tahun 2022 pula.
Apa azam tahun baru 2022 ni?
Mesti ramai dah perancangan azam baru untuk tahun 2022 ni kan?
Ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022
Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Tahun Baru Dengan Keazaman Baharu.
Buka Hati Dapat Cinta,
Hulur Tangan Tanda Persahabatan,
Buka Mata Dapat Pemandangan.
Buka Smartphone Dapat Pesan,
Buka Pesan Dapat Ucapan,
Selamat Tahun Baru 2022.
Aku Senantiasa Berdoa Agar Kamu Mengalami Minggu Yang Manis,
Isnin Yang Bahagia,
Selasa Yang Menyenangkan,
Rabu Yang Penuh Kejayaan,
Khamis Yang Berkesan,
Jumaat Yang Menakjubkan,
Sabtu Yang Penuh Cinta,
Akhir Kata, Tahun Baru Yang Ceria Penuh Dengan Senyum Harapan.
Selamat Tahun Baru 2022.
Bila bercerita tentang tahun baru ni, setiap kali tibanya tahun baru, kita sering mendengar mengenai persoalan tentang "Azam Tahun Baru" masing-masing. Bahkan, aku sendiri juga tak terkecuali dengan azam baru demi untuk mengubah diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik.
Namun jika di ikutkan pada kajian, hampir 80 peratus daripada mereka yang membuat azam baru telah menemui kegagaan tanpa dapat menepati azam tahun baru dalam tempoh tiga bulan pertama.
Ini bermakna, untuk berazam itu memanglah mudah tetapi untuk mengekalkan azam tahun baru hingga berjaya itu adalah agak susah.
Contoh Idea Azam Tahun Baru Untuk Pelajar
Azam tahun baru seorang pelajar tidak akan sama dengan azam seorang ibu seperti aku. Selalunya azam yang boleh dipegang oleh seorang pelajar sebagai perancangan tahun baru adalah seperti yang di bawah.
- Kebersihan sesuatu kawasan adalah tanggungjawab semua orang, bukan hanya tukang bersih.
- Meneliti pandangan dan pendapat orang lain, bukan memikirkan hanya kita sahaja yang betul.
- Memeriksa sumber sesuatu perkara atau berita sebelum menyebarkannya.
- Berfikir sebelum bercakap, dan lebih baik diam dan belajar dahulu sekiranya kita tiada ilmu mengenainya.
- Jika sesuatu masalah itu boleh diselesaikan, maka selesaikannya. Jika mustahil, maka ia adalah di luar kawalan kita dan kita tidak perlu bimbang atau stress.
- Sentiasa menimba ilmu pengetahuan walaupun sudah meninggalkan sekolah dan universiti.
- Buang victim mentality dan berhenti merungut! Kalau tidak suka sesuatu, ambil tindakan untuk mengubah keadaan.
Contoh Idea Azam Tahun Baru Untuk Diri Sendiri
Untuk ayat azam tahun baru untuk diri sendiri pula, kita boleh buat perancangan tahun baru yang sesuai dengan keadaan diri sendiri. Bagaimana nak jadi lebih baik dari dulu? Dari segi apa? Itu semua perlu di ambil kira.
- Dapatkan tidur yang cukup
- Kurangkan stres
- Kurangkan makanan berminyak dan gula
- Minum air masak secukupnya
- Banyakkan berpuasa
- Banyakkan berjalan kaki atau menaiki tangga
- Menyertai aktiviti setempat seperti gotong-royong atau kerja amal
Tips Kekalkan Azam Tahun Baru Hingga Berjaya Bagi Tahun 2022
Demi tahun baru 2022 yang bakal menjelma tidak lama lagi ini, aku telah berusaha mendapatkan 5 (lima) tips utama bagaimana cara terbaik untuk kita membuat azam tahun baru serta mengekalkannya supaya berjaya dilaksanakan demi untuk mengubah kehidupan kita.
Lima tips untuk merancang azam tahun baru hingga mampu menjadi sebuah realiti ini adalah :
#1 : Matlamat Yang Lebih Realistik
Maksud 'matlamat yang lebih realistik' ini adalah jangan sesekali membina azam yang terlalu sukar untuk di capai.
Sebagai tuan punya tubuh pastinya kita tahu apakah sebenarnya daya keupayaan diri kita maka janganlah terlalu menetapkan azam yang sukar untuk dicapai takut nanti diri sendiri yang akan merasa kecewa dan terlalu hampa.
Azam ini haruslah secara berperingkat dan tidak salah untuk meneruskan azam yang sama seperti tahun lepas demi untuk menjayakan misi azam terdahulu yang baru separuh tercapai.
Kita bebas untuk menetapkan azam demi kehidupan sendiri dan azamlah "ingin meneruskan azam tahun lepas hingga berjaya pada tahun ini" jika dirasakan azam itu memang patut untuk di capai.
#2 : Azam Yang Khusus
Cara terbaik untuk menjaya sesuatu azam itu adalah dengan menetapkan azam yang khusus demi untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik untuk sesuatu perkara yang lebih penting terlebih dahulu.
Jika ditanya apakah permbaharuan yang ingin di capai semua orang boleh untuk menyenaraikan sehingga beribu perkara tetapi azam ini hanyalah untuk perkara terpenting yang ingin diusahakan sehingga tercapai untuk tahun tersebut.
Jika banyak azam, macamana pula nak buat tu? Maka cara terbaik adalah dengan mengkhususkan perkara yang paling penting dahulu untuk disematkan sebagai azam pada tahun tersebut.
#3 : Maklumkan Pada Yang Tersayang
Tak dinafikan ada yang berasa malu untuk menghebohkan azam sendiri pada orang lain dek kerana takut jika akan diketawakan seandainya ditakdirkan azam itu tidak berjaya menjadi sebuah kenyataan di penghujung tahun nanti.
Tetapi sebenarnya adalah lebih berkesan dan mudah untuk mencapai azam tersebut sekiranya azam itu dimaklumkan kepada yang tersayang samada pasangan suami/isteri, ibu ayah, adik beradik mahupun rakan baik yang dapat memahami dan memberi kata-kata semangat.
Jika memaklumkan kepada insan yang tersayang maka insan kesayangan kita itu nanti boleh bertindak sebagai pengawal, penggera dan sebagainya untuk membantu mendisplinkan lagi diri kita ini semasa berada di dalam misi untuk mengekalkan azam hingga berjaya untuk tahun tersebut.
Jika memaklumkan kepada insan yang tersayang maka insan kesayangan kita itu nanti boleh bertindak sebagai pengawal, penggera dan sebagainya untuk membantu mendisplinkan lagi diri kita ini semasa berada di dalam misi untuk mengekalkan azam hingga berjaya untuk tahun tersebut.
Tapi kita sendiri jangan pula di marah insan kesayangan tu nanti sekiranya di tegur atau diingatkan tentang azam kita itu nanti.
Sebagai contoh berazam untuk kurangkan kolestrol tetapi ingin makan sup tulang yang berlemak maka jika insan kesayangan kita itu menegur untuk makan yang lain jangan pula kita terus melenting sebaliknya fikirkan balik apakah tindakan seterusnya yang perlu di buat demi untuk menjayakan azam diri sendiri itu semakin kurangkan kolestrol itu tadi.
#4 : Berikan Hadiah Sebagai Ganjaran Pada Diri Sendiri
Azam itu tidak boleh terus berjaya dalam sekelip mata sebaliknya kita perlu melakukannya secara perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Sesuatu azam di tahun baru ini akan ada masa selama 12 bulan maka lakukanlah secara berperingkat dengan menggunakan masa 12 bulan itu dengan betul dan sebaiknya.
Sebagi contoh, andaikan azam kita di tahun baru ini adalah untuk mempunyai baki lebihan wang sebanyak RM2,000 di dalam akaun demi untuk membeli sebuah handphone design terkini di penghujung tahun nanti.
Sebagi contoh, andaikan azam kita di tahun baru ini adalah untuk mempunyai baki lebihan wang sebanyak RM2,000 di dalam akaun demi untuk membeli sebuah handphone design terkini di penghujung tahun nanti.
Maka simpanlah secara tetap sekurang-kurangnya RM200 sebulan dan selepas beberapa bulan. Apabila berjaya menabung secara konsisten adalah tidak salah untuk belanja diri sendiri sehelai pakaian baru demi untuk memberi ganjaran pada diri sendiri supaya lebih bersemangat lagi untuk meneruskan misi azam tahun baru tersebut.
#5 : Lakarkan Garisan Masa Untuk Pemerhatian Dan Pemberi Semangat
Lakaran garisan masa mengikut hari, minggu dan bulan ini adalah perkara yang paling penting selama misi untuk mengekalkan azam hingga berjaya ini dilakukan.
Apabila ada lakaran garisan masa sebegini ianya bukan hanya boleh membantu kita untuk memantau kemajuan diri sendiri bahkan ianya juga dapat memberikan kita peluang untuk membuat semakan terhadap tahap kemajuan diri sendiri supaya tidak mudah mengalah dengan cepat.
Daku punya azam untuk 2022 adalah untuk merealisasikan satu perkara yang memang telah lama aku idam-idamkan.
Apakah azam ini biarlah rahsia dulu. Yang pasti dulu aku pernah menganggapnya sebagai salah satu perkara yang agak mustahil, namun kini aku semakin bersemangat untuk cuba menjadikannya sebagai salah satu realiti.
Bagaimana untuk membuat lakaran garisan masa yang betul, mudah dan priktikal?
Salah satu caranya adalah dengan mempunyai sebuah 'planner tahunan' yang boleh digunakan untuk mencatatkan segalanya dan antara pengeluar planner yang paling ku sukai adalah PLANNER KELUARAN AQISBI.
Planner Aqisbi Menjadi Pilihan Untuk Kekalkan Azam Tahun 2022
Dalam banyak-banyak planner yang ada di pasaran kat luar sana daku paling suka dengan planner keluaran Aqisbi sebabnya bagi aku, planner ni bukannya boleh beli asal tangkap muat tapi mesti yang boleh mendatangkan 'mood'.
Salah satu caranya adalah dengan mempunyai sebuah 'planner tahunan' yang boleh digunakan untuk mencatatkan segalanya dan antara pengeluar planner yang paling ku sukai adalah PLANNER KELUARAN AQISBI.
Planner Aqisbi Menjadi Pilihan Untuk Kekalkan Azam Tahun 2022
Dalam banyak-banyak planner yang ada di pasaran kat luar sana daku paling suka dengan planner keluaran Aqisbi sebabnya bagi aku, planner ni bukannya boleh beli asal tangkap muat tapi mesti yang boleh mendatangkan 'mood'.
Mood ini bagus untuk sepanjang tahun so takde la bulan pertama je guna planner then lepas tu planner ke utara, empunya planner ke selatan dek kerana malas lagi nak menulis di dalam planner tu sebab boring dan busy.
Melalui planner dari pihak Aqisbi ni kita dapat membuat pilihan mengikut kehendak azam kita itu sendiri sebabnya ada pelbagai design yang boleh dipilih.
Yang pasti semuanya cantik-cantik! Naik rambang mata jugalah nak memilihnya. Aku sendiri mula-mula mahu dapatkan design E yang boleh melambang ciri-ciri seorang blogger namun disebabkan azam aku untuk tahun hadapan adalah di luar konteks seorang blogger maka akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadikan planner Aqisbi dengan design J sebagai peneman setiaku di tahun hadapan.
Manalah tak laris, designnya bukan hanya mementingkan jenis kertas yang digunakan tapi juga dari segi tema, warna, intipati dalaman planner malah susunan planner itu sendiri yang amat membantu para pengguna seperti aku ini. Kiranya planner Aqisbi ni memang lengkap dan amat sesuai untuk semua mengikut personaliti masing-masing tak kira apa jua azam yang diinginkan.
Jika nak beli secara borong untuk dihadiahkan pada rakan-rakan, ahli keluarga, para pekerja mahupun siapa saja yang korang inginkan, boleh terus hubungi pihak Aqisbi untuk perbincangan berkaitan harga dan sebagainya.
pelbagai design pelbagai tema |
Planner POSSIBLE Menjadi Pilihan
Sesuai dengan azam aku untuk merealisasikan sesuatu yang agak mustahil kepada tidak mustahil maka daku memilih planner dengan tema POSSIBLE. Selesai membuat pesanan, dalam masa beberapa hari saja terus tiba planner yang di pesan. Inilah rupa planner Aqisbi design J yang ku dapatkan khas daripada pihak Aqisbi sendiri.
Planner-planner tahun 2022 ni memang sentiasa mula di jual awal kerana makin hampir detik untuk masuk tahun baru bermakna makin 'sesak' pesanan sebabnya planner keluaran Aqisbi ni adalah antara planner paling viral kat Malaysia hinggakan jualannya laris macam goreng pisang panas.
Manalah tak laris, designnya bukan hanya mementingkan jenis kertas yang digunakan tapi juga dari segi tema, warna, intipati dalaman planner malah susunan planner itu sendiri yang amat membantu para pengguna seperti aku ini. Kiranya planner Aqisbi ni memang lengkap dan amat sesuai untuk semua mengikut personaliti masing-masing tak kira apa jua azam yang diinginkan.
Kelebihan Planner Keluaran Aqisbi Hingga Aku Jatuh Cinta
Antara kelebihan lain yang ada pada planner Aqisbi ini adalah pada halaman dalamnya yang amat mudah dan tersusun untuk pelbagai jenis perkara secara menyeluruh.
Meskipun azam aku tidak terlalu fokus ke arah berat badan buat masa sekarang ini tetapi secara tidak langsung daku akan rasa terpanggil untuk mencatat berat badan di dalam planner ini dengan adanya halaman khas untuknya yang di beri nama 'My Fitness Goal' dan tidak lupa juga halaman khas untuk yang minat aktiviti jalan-jalan makan angin juga.
Tidak terkecuali halaman-halaman khas untuk merekodkan duit pendapatan dan perbelanjaan yang seringkali kita malas untuk rekodkan walhal perkara tersebut sepatutnya harus demi untuk lebih mengenali tahap ekonomi diri kita sendiri.
Dalam masa yang sama dapat juga tahu sikap kita samada berhemah mahupun pemboros dalam membelanjakan wang sendiri dan apakah mungkin untuk kita berpeluang untuk menabung untuk setiap bulan juga.
Gambaran Planner AQisbi Yang Lebih Dekat
Selain dari tu terselit juga kata-kata hikmah sesuai dengan bulan mengikut kalender itu sendiri untuk lebih mengingatkan kita untuk menjadi insan yang lebih baik.
Secara tidak langsung ia dapat memperingatkan kita untuk mencuba menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa terutama untuk memperbanyakkan amal bagi meraih peluang mendapatkan ganjaran pahala seperti solat, membaca Al-Quran dan sebagainya.
Harga Terlajak Murah , Hanya RM25 Sahaja
Yup! Serius tak tipu.... harga untuk sebuah planner Aqisbi ini hanyalah RM25 sahaja tanpa mengambil kira mana-mana design yang kita pilih. Tak hanya itu, di beri juga 2 ( dua ) buah buku nota sampingan bagi memudahkan lagi urusan kita dalam mengekalkan azam masing-masing.
Harga : RM25
Postage :
RM8 semenanjung
RM12 sabah sarawak
Tetapi, jika korang nak jimatkan kos pos, korang boleh beli secara direct dari lamanweb Shopee.
Nak Kekalkan Azam Tahun Baru Untuk 2022 Hingga Berjaya? Jom Dapatkan Planner Aqisbi Hari Ini
Jangan tunggu lama-lama nanti dah kehabisan stok baru nak gigit jari. Jika busy takde masa jangan risau terus je beli planner Aqisbi ni secara online kemudian boleh minta diposkan samada ke rumah mahupun ke tempat kerja.
Silap-silap rakan sekerja pun naik jeles sebabnya planner ni memang lawa sangat-sangat!
Jika nak beli secara borong untuk dihadiahkan pada rakan-rakan, ahli keluarga, para pekerja mahupun siapa saja yang korang inginkan, boleh terus hubungi pihak Aqisbi untuk perbincangan berkaitan harga dan sebagainya.
Bagi yang minat untuk berniaga, agent jualan juga turut di alu-alukan. At least korang boleh order untuk rakan-rakan sekuliah ke dan dalam masa yang sama boleh juga dapat komisen. Best kan?
Tahun 2021 menyaksikan banyak kejadian dan semoga dengan kehadiran tahun baharu 2022 akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru kepada seluruh rakyat Malaysia.
Lamanweb Shopee : Planner Aqisbi Viral
Facebook Fanpages : Planner By Aqisbi
Kesimpulan
Tahun baru datang lagi. Tahun 2021 ditinggalkan. Selamat datang 2022. Semoga segala pinjaman yang Allah bagi kita dapat kita manfaatkan.
Masuk ke tahun baru 2022 ini, kita tinggalkan tahun 2021 yang banyak kenangan manis, pahit, suka duka.
Sumber : My Sumber Majalah Labur
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby https://t.me/ibuhamilmalaysia
cantiknya planner ni!
ReplyDeletetu la cantik sangat.. lawa
Deleteterbaek.. semoga azam kita semua tercapai :)
ReplyDeleteameen.. begitulah hendaknya!
Deletecantinya planner ni dan menarik cara pembahagian di dalam planner tu ...
ReplyDeletebeli mrs.pip.. lawa murah pulak... memang berbaloi
Deletecantik planner.lama dah usha ke planner ni.tapi dah beli buku nota diy dah pun.
ReplyDeletetakpe boleh simpan buku nota tu guna untuk benda lain
DeletePlanner ni memang cantik. Memang keliru masa pilih semua cantik2. Adoi sampai minta laki join pilih..
ReplyDeletehehe... sama la.. awa pun blur masa pilih kejap, kalau ikut hati nak beli semua!
DeleteLiez azam tahun ni nak ada planner jugak.. dan nak menjadi muslimah yang lebih baik
ReplyDeleteInshaAllah.... samalah kita... awa doakan utk liez. ameen. chaiyooo
DeleteNice sharing.. Tapi kita dah beli planner kat popular je.. Last minit cari..
ReplyDelete