CARA TERKINI UNTUK DAFTAR AKAUN PAYPAL DENGAN BETUL

by - 16:50

Assalamualaikum... okay hari ni daku rasa terpanggil untuk share cara terbaru dan terkini untuk membuka akaun PayPal untuk rakyat Malaysia khas untuk korang yang tengah mencari cara untuk daftar. Sebenarnya, akaun PayPal ni memang bagus kerana dengan adanya akaun PayPal ni kita bukan hanya dapat berurusan dengan company dari luar Malaysia dengan mudah seperti urusan pembelian dan sebagainya sebaliknya mudah juga untuk urusan penerimaan wang.



Daku sendiri sebagai bloggers memang harus mempunyai akaun PayPal supaya mudah untuk berurusan dengan syarikat luar yang ingin menggunakan khidmatku sebagai seorang penulis. Kelebihan PayPal yang paling daku suka kerana ianya dapat menukar matawang luar kepada matawang Malaysia dan terus boleh masuk ke akaun bank milik sendiri dalam masa beberapa hari bekerja sahaja tanpa ada sebarang sekatan.


CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL YANG BETUL


1. Pergi ke lamanweb utama PayPal 

2. Klik pada bahagian SIGN UP


3. Setelah tiba kat part ni, ada DUA PILIHAN so pilih betul-betul ikut kehendak sebenar nak gunakan PayPal ni untuk apa okay.... 

Pilihan 1 - untuk shopping dan lakukan pembayaran online kepada orang lain
Pilihan 2 - untuk menerima pembayaran daripada orang lain 

untuk para bloggers gunakan pilihan 2
4. Sekarang masukkan email utama yang sering digunakan sekarang. Soal email ni penting okay!! Mesti kena email utama yang sentiasa di ingat passwordnya terutama untuk para bloggers kerana pembayaran akan di buat ke akaun PayPal masing-masing dengan meminta email. 


5. Maka akan muncullah borang pendaftaran untuk di isi sepenuhnya dari awal hingga akhir, Pastikan isi betul-betul okay! Bila dah habis isi klik Agree and Continue dan tunggu pengesahan di alamat email yang didaftarkan. 



6. Setelah dapat email daripada pihak PayPal, sahkan dan automatik korang dah pun punya sebuah akaun PayPal milik sendiri yang boleh digunakan.


CARA ISI PROFILE UNTUK AKAUN PAYPAL 


Mula-mula sekali , sila login ke akaun PayPal menggunakan email dan password yang telah di daftarkan tadi dan bolehlah di kemaskini pada bahagian Setting dengan memasukkan detail peribadi yang berkaitan berserta nombor akaun bank untuk urusan penerimaan wang nanti. Jangan risau kerana semua detail peribadi akan dirahsiakan sepenuhnya. 


Masukkan semua detail dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah.



Untuk isi nombor akaun bank, perli klik pada bahagian Financial Information. 


Bila dah berada di dalam bahagian Financial Information, klik di atas ayat ' Link a new bank account ' dan isikanlah detail bank sendiri di dalam bahagian yang telah disediakan.


Itu saja..... senang je kan???? Bila dah punya akaun PayPal sendiri ni bolehlah digunakan untuk menerima payment daripada syarikat luar yang ingin berkerjasama dengan mudah. PayPal ini boleh membantu kita menerima bayaran daripada pelbagai jenis matawang dan dengan sendirinya akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia ketika kita membuat proses pengeluaran dari PayPal ke akaun bank nanti. 

contoh rupa akaun PayPal 

Apa tunggu lagi tu??? Jom daftar !!




You May Also Like

15 PEMBERI ULASAN

  1. Tq awa..info yang memang sangat membantu..

    ReplyDelete
  2. Terbaik perkongsian..good luck yang mencubanya

    ReplyDelete
  3. Memang seronok ada akaun PayPal ๐Ÿ˜Ž

    Cheq ke sini membalas kunjungan dan follow #519 ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  4. Good sharing sis.. terima kasih bnyk2. Done follow ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga sudi follow blog sis

      Delete
  5. terbaik sis hawa.. nice sharing! :)

    ReplyDelete
  6. Good shating.. boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete