Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil untuk share cara terbaru dan terkini untuk membuka akaun PayPal untuk rakyat Malaysia khas untuk korang yang tengah mencari cara untuk daftar. 

Sebenarnya, akaun PayPal ni memang bagus kerana dengan adanya akaun PayPal ni kita bukan hanya dapat berurusan dengan company dari luar Malaysia dengan mudah seperti urusan pembelian dan sebagainya sebaliknya mudah juga untuk urusan penerimaan wang.



Aku sendiri sebagai bloggers memang harus mempunyai akaun PayPal supaya mudah untuk berurusan dengan syarikat luar yang ingin menggunakan khidmatku sebagai seorang penulis. 

Kelebihan PayPal yang paling aku suka kerana ianya dapat menukar matawang luar kepada matawang Malaysia dan terus boleh masuk ke akaun bank milik sendiri dalam masa beberapa hari bekerja sahaja tanpa ada sebarang sekatan.


CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL YANG BETUL


1. Pergi ke lamanweb utama PayPal 

2. Klik pada bahagian SIGN UP


3. Setelah tiba kat part ni, ada DUA PILIHAN so pilih betul-betul ikut kehendak sebenar nak gunakan PayPal ni untuk apa 

Pilihan 1 - untuk shopping dan lakukan pembayaran online kepada orang lain
Pilihan 2 - untuk menerima pembayaran daripada orang lain 

untuk para bloggers gunakan pilihan 2


4. Sekarang masukkan email utama yang sering digunakan sekarang. Soal email ni penting okay!! 

Mesti kena email utama yang sentiasa di ingat passwordnya terutama untuk para bloggers kerana pembayaran akan di buat ke akaun PayPal masing-masing dengan meminta email. 


5. Maka akan muncullah borang pendaftaran untuk di isi sepenuhnya dari awal hingga akhir, Pastikan isi betul-betul okay! 

Bila dah habis isi klik Agree and Continue dan tunggu pengesahan di alamat email yang didaftarkan. 



6. Setelah dapat email daripada pihak PayPal, sahkan dan automatik korang dah pun punya sebuah akaun PayPal milik sendiri yang boleh digunakan.


CARA ISI PROFILE UNTUK AKAUN PAYPAL 


Mula-mula sekali , sila login ke akaun PayPal menggunakan email dan password yang telah di daftarkan tadi dan bolehlah di kemaskini pada bahagian Setting dengan memasukkan detail peribadi yang berkaitan berserta nombor akaun bank untuk urusan penerimaan wang nanti. 

Jangan risau kerana semua detail peribadi akan dirahsiakan sepenuhnya. 


Masukkan semua detail dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah.



Untuk isi nombor akaun bank, perli klik pada bahagian Financial Information. 


Bila dah berada di dalam bahagian Financial Information, klik di atas ayat ' Link a new bank account ' dan isikanlah detail bank sendiri di dalam bahagian yang telah disediakan.




Itu saja.. senang je kan. 

Bila dah punya akaun PayPal sendiri ni bolehlah digunakan untuk menerima payment daripada syarikat luar yang ingin berkerjasama dengan mudah. 

PayPal ini boleh membantu kita menerima bayaran daripada pelbagai jenis matawang dan dengan sendirinya akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia ketika kita membuat proses pengeluaran dari PayPal ke akaun bank nanti. 

contoh rupa akaun PayPal 


Semoga bermanfaat

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


43 comments for "Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul"

  1. Tq awa..info yang memang sangat membantu..

    ReplyDelete
  2. Terbaik perkongsian..good luck yang mencubanya

    ReplyDelete
  3. Memang seronok ada akaun PayPal 😎

    Cheq ke sini membalas kunjungan dan follow #519 😄

    ReplyDelete
  4. Good sharing sis.. terima kasih bnyk2. Done follow 😁

    ReplyDelete
  5. Good shating.. boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  6. Assalam, xada deduct duit dari akaun cimb ke? Sory, sbb sy guna cimb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga pakai CIMB, dari PayPal ke CIMB akan deduct duit dr jumlah duit PayPal yg akan masuk ke akaun bank.. bukannya dari duit sedia ada dalam bank

      Delete
  7. slmt ptg, saya pernah na daftar acc pay pal tapi bila sampai di bhg date of birth susah na isi,
    pertanyaan kedua adakah legal first name nama penuh kita setakat bin atau binti saja dan legal last name nama bapa kita k tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kalau susah nk isi cuba daftar pakai laptop sbb saya buat pakai laptop, mudah je... utk nama, takde masalahnya sbbnya nanti urusan terima wang hanya perlu kasi EMAIL utk terima $$$ ke akaun paypal

      Delete
  8. Kalau kita dah sign up untuk membeli dgn PayPal..

    Perlu kah kita buka 1 lagi acc PayPal untuk bisnes?

    ReplyDelete
  9. Kalau kita dah sign up untuk membeli dgn PayPal..

    Perlu kah kita buka 1 lagi acc PayPal untuk bisnes?

    ReplyDelete
  10. Jika kita dah buka acc buy with PayPal..

    Perlu kah kita buka acc received payment with PayPal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu sbb dalam akaun PayPal tu ada bahagian Tools yg boleh digunakan utk minta payment, hantar payment, create invoice, business setup dan mcm2 lagi.. boleh login ke akaun PayPal sndiri dan klik pd bahagian TOOLS kat bahagian dashboard.

      Delete
  11. Knpe sy nk link card takbolh, byk kli dah buat takbolh, die declined. Bolh tlng

    ReplyDelete
  12. Knpe bile sy nk link nge bnk n card tak bolh? Byk kali still tak bolh , dah call cimb utk active kn transction , tapi still tak bolh, decline , bolh tlng. Sedih la

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum... knp routing number tu dia x mau accept

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..saya pilih akaun 2 tpi kna isi bisness url tpi bila saya isi klik continue x de respon..knape ye..tk

    ReplyDelete
  15. Sy dh dftr paypal..tp x fham mcm mne nk guna..nk bg no akaun mne kt custemer

    ReplyDelete
  16. Tkasih share info. Klau saya nak jual brg mcmmana

    ReplyDelete
  17. Klau saya nak buat jual2 brg2 dapur mcmmana

    ReplyDelete
  18. Hi.. apa tu. Meps bank routing card?

    ReplyDelete
  19. Saya dah la daftar paypal. Tapi awal2 tue saya tak tahu kena guna nama betul. Saya guna nama samaran. Nak tukar nama tak boleh 😭😭

    ReplyDelete
  20. saya dah nak daftar tetapi dia kata tell us about your busness...nak kena tulis apa kat sana..

    ReplyDelete
  21. Assalamuaikum sis tumpang tanya,kalau Kita nak menjual barangan mmg kena Ada link sendiri ke?

    ReplyDelete
  22. Nak tanye klu die ltak credit card tu sbnarnye mmg utk debit skli ke? Sbb sy nk isi debit card.

    ReplyDelete
  23. Ade caj bulanan atau tahunan tak? Berapa?

    ReplyDelete
  24. Knp die kuar pkataan ni bile cube nk link kan no.akaun sy ek,sorry that bank is already linked to the maximum number of paypal account..ape mksud nya mntk tlng..

    ReplyDelete
  25. Macam awak guna cimb ni, cimb kwik or cimb debit mastercard biasa tu ya untuk linkkan dalam paypal?

    ReplyDelete
  26. salam saya nak tanya macamana blogger boleh dapat duit ?

    ReplyDelete
  27. Klu nk guna untuk buat pembyrn n untk terima pembayaran pilih akaun jenis mana ye?

    ReplyDelete
  28. nok tanya kalau ingin tahu PayPal account mcm mne ... sebab lepas siap main game... duit cukup boleh buat keluar .... iye mintok paypal account ??? dah macam mana saya ingin tahu paypal account saya macam mana...

    ReplyDelete
  29. Sis hawa please ajr boleh tak ? 😔 sy dah dftr paypal tp bila link card & bank tidak dapat pulaa apa sebab tu haaah ? Dgn satu lg klu sy letak nama samaran d acc paypal tpi inda sma mcm nama d akaun d bank sy tu ka sebab sy x boleh link card & bank ?

    ReplyDelete
  30. Please replayyy siss 😔 sedih ni duit dr game cukup dah boleh cashout tp masalahnya tidak tauu accoun paypal tp bila link card & bank indaa dapat pulaa " paypal : internal error " kenapa tu sis ? 😔 , skg ni tu jk yg sy hrp utk dpt kn duit , skg ni pendemic mau smbng sklh pun susah sbb x mau bergantung dgn parentss pun bkn kerja dahh

    ReplyDelete