Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Enam Anggota Bomba Menemui Ajal Ketika Operasi SAR



Terkedu daku seketika tatkala terdengar berita yang menimpa anggota pasukan Bomba Penyelamat Malaysia melalui berita TV tadi. Kejadian tersebut telah menyebabkan seramai 6 (enam) orang daripada anggota Bomba telah menghembuskan nafas ketika operasi penyelamat sedang dilakukan di Puchong.

Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) itu maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage, di sini.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas membabitkan remaja lelaki itu pada jam 5.19 petang.



“Setelah menerima panggilan, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota PPDA dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.
“Bagaimanapun, ketika operasi SAR dilakukan, enam anggota PPDA terbabit dilaporkan lemas sebelum semua mangsa dibawa naik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, pasukan perubatan yang berada di lokasi memberi rawatan pernafasan awal (CPR) kepada semua mangsa. Namun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 tahun; Mazlan Omarbaki, 24 tahun; Yahya Ali, 25 tahun; Adnan Othman, 33 tahun; dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.


Wajah wira penyelamat - Anggota-anggota bomba yang terkorban. - AlFatihah! [ Foto JBPM ]


6 rakan sekerja meninggal pada hari yang sama tatkala bertugas 


Menurut kenyataan itu lagi, buat masa ini remaja yang terjatuh masih belum dijumpai. Walaubagaimanapun, sebagai seorang isteri daku terus terfikirkan akan isteri dan anak-anak yang telah ditinggalkan. Bukannya niatku untuk menidakkan takdir Ilahi cuma sekadar bersimpati kerana di saat ini daku sedang membayangkan jika daku di tempat itu.

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati insan-insan kesayangan itu dan tempatkanlah roh-roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah!!


3 comments for "Enam Anggota Bomba Menemui Ajal Ketika Operasi SAR"

  1. assalamualaikum sishawa....Al-Fatihah buat mereka...

    sori lambat entri ni...tak perasan masih dlm draf lagi...baru hari ni postkan...mekacih hawa yer...
    http://maszull.blogspot.com/2018/10/hadiah-dari-teman-blogger.html

    ReplyDelete
  2. sedih liez tgk.. keluarga mangsa lg sedih.. semoga keluarga mereka kuat menempuh dugaan dan roh-roh mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman..

    ReplyDelete