Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fernleaf UHT - 100% Kebaikan Susu Dari New Zealand


Assalamualaikum.... kali ini daku nak berceloteh soal susu. Well, namapun ibu so semestinya susu adalah satu perkara utama yang perlu daku ambil peduli demi rasa cinta dan kasih terhadap anak yang amat aku sayangi. Sayang anak ni bukan setakat bersifat baik jer! Perkembangan dan 'isi perut' si anak itu juga memang patut kita ambil kira dan salah satu daripadanya of course lah mencari apakah produk dan jenama makanan serta minuman terbaik yang bagus dan sesuai selari dengan tubuh anak. Maka dek kerana itulah daku mengambil keputusan untuk memilih Susu UHT Fernleaf yang memang 100%Mmmmm (sebut betul betul... Mmmmm).

Awwal bersama Susu UHT Fernleaf 100%Mmmmm

Sebab Utama Mengapa Daku Memilih Susu UHT Fernleaf 100%Mmmmm 

Daku memilih susu UHT Fernleaf kerana disebabkan terpikat dengan sumber susunya yang diperolehi daripada lembu tenusu dari NEW ZEALAND. Di tanah New Zealand yang cantik dengan tanahnya yang subur berserta dengan cahaya matahari yang banyak dan udara yang segar itulah terdapatnya lembu-lembu tenusu yang diusahakn oleh pihak Fernleaf di dalam kawasan ladang meragut ramput yang dijalankan secara semulajadi iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu-lembu tenusu ini kebahagiaan untuk meragut rumput yang subur menghijau dengan bebas dalam persekitaran udara yang segar dan tidak tercemar.


Lembu Tenusu Dengan Pemakanan Sihat Kunci Susu UHT Terbaik

Lembu tenusu ini dibiarkan menghabiskan masa selama 90% sehari untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung keadaan ini telah menyebabkan si lembu-lembu tenusu ini mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Maka tidak hairanlah mengapa lembu tenusu di dalam persekitaran bebas ini boleh menghasilkan susu secara semulajadi dengan tahap vitamin D yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lembu tenusu yang sering terkurung di dalam kandang.

Trusted - 100% From New Zealand

Kepakaran pihak Fernleaf yang dapat mengusahakan susu terbaik sangat berkualiti dengan mengandungi pelbagai jenis nutrien penting seperti protein, vitamin A dan juga vitamin D ini memang patut dipuji. Ternyata apabila lembu tenusu ini di jaga dengan baik dengan mementingkan sumber pemakanannya yang kaya dengan sumber semulajadi maka hasilnya juga kaya dengan dengan pelbagai kebaikan yang sepatutnya untuk disampaikan pada anak-anak kita yang tersayang tatkala meminumnya. 

"Thank You Moo Moo , I love you" - Awwal

Pendekata, dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa berserta dengan udara dan air yang bersih maka lembu tenusu untuk jenama Fernleaf ini dapat menghasilkan susu berkualiti tinggi secara semulajadi dalam kuantiti yang diperlukan tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu sama sekali. Susu UHT Fernleaf ini adalah 100% susu dari New Zealand


Banyak lagi kelebihan minum susu fernleaf untuk kesihatan family kita. Baca tips memilih produk fernleaf seperti Fernleaf family 1-3 tahun di blog rakan blogger, IBU SYURGA. Pasti sangat membantu

Jangan Pandang Rendah Pada Perkataan ' UHT ' !

Dari tadi asyik sebut perkataan UHT, apakah sebenarnya maksud UHT ni? Okay kalau ualls nak tahu UHT itu sebenarnya adalah singkatan kepada Ultra-high ​T​emperature ​P​rocessing di mana susu ini akan untuk menghilangkan kuman daripada susu yang di proses itu supaya lebih selamat untuk di minum baik golongan dewasa, warga emas mahupun untuk kanak-kanak. 

" Susu Moo Moo warna putih lepas tu baru letak coklat." - mama

Susu terlebih dahulu dipanaskan selama 2-3 ke tiga detik pada takat suhu di antara 135 sehingga 150° C dan setelah itu akan segera pula disejukkan pada suhu sehingga 4 ke 5° C . Dengan dipanaskannya susu tersebut maka ianya akan dapat membantu menghilangkan bakteria dan mikroorganisme yang tidak sepatutnya supaya lebih selamat untuk di minum tetapi dalam masa yang sama masih lagi kekal vitamin dan sumber protein yang ada pada susu terbabit. 

" Moo Moo tak ada kat sini, Moo Moo ada kat New Zealand. Jauhhhh sangat..." - mama

Minum Dimana Saja Dengan Pek Mudah Bawa

Apa yang lebih best lagi semestinya pada bentuknya yang mudah untuk di bawa ke masa saja. Untuk memberikan kemudahan yang lebih pada para pengemar susu UHT, kini susu Fernleaf telah tampil di dalam pek mudah bawa yang senang untuk kita beli dan nikmati di masa saja dalam apa jua keadaan. Didatangkan dengan 3 (tiga) variasi iaitu Full Cream , Low Fat dan Coklat dalam 2 (dua) size yang berbeza iaitu 1 liter dan juga 200ml per pek. 


Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand

Tersangat Sedap Sehingga Mencapai 100%Mmmmm !!!

Jika daku sendiri cakap sedap of course lah sebabnya daku ni memang salah seorang penggemar susu UHT terutama untuk rasa natural dan juga coklat. So jika nak tahu tahap mana sedapnya susu UHT Fernleaf hingga disahkan telah mencapai 100%Mmmmm , ualls tengok sendiri reaksi daripada Awwal melalui gambar dan video kat bawah ni then ualls nilailah sendiri tahap kesedapan tersebut. 


Yang penting, apabila lihat anak happy secara tak langsung hati daku sebagai ibu ni bertambah-tambah happy. Seronok sangat bila lihat wajah comeynya yang penuh senyum ni.. rasa macam nak cium cium tak nak lepas jer... hahaha... Well ualls bayangkanlah walaupun susu UHT Fernleaf ni hargnya tidak semahal mana tetapi hasil senyuman yang dapat daripada si anak ketika menikmati susu ini adalah sangat mahal tanpa ada nilai yang setanding.


Macam tak percaya tapi harus percaya yang masa happy bersama si anak ini tidak hanya ketika pergi melancong sebaliknya masa gembira bersama si anak boleh kita cetuskan sendiri walaupun dengan budget yang rendah sebagai contoh apabila dapat menikmati Susu UHT Fernleaf ini secara bersama.


Mahukan Susu UHT Terlajak Sedap Penuh Berkhasiat Untuk Dinikmati? Belilah Susu UHT Fernleaf Hari Ini!

Rasanya sekarang ualls dah tahu kan kenapa daku memilih Susu UHT Fernleaf ini dan kenapa juga susu ini digelar 100%Mmmmm. Terus terang keenakkannya yang diperbuat dengan 100% susu dari lembu tenusu dalam gaya pemakanan dan hidup sihat dalam padang rumput segar New Zealand itu sangat-sangat terbaik. Jangan lupa untuk mencuba Susu UHT Fernleaf ini kerana rasanya tersangatlah best! Makin best apabila susu UHT ini tidak hanya boleh di minum oleh anak tapi juga boleh di minum oleh mak ayah juga. Pendekata, beli dan minum bersama tak kira masa.



100%Mmmmm  
Itulah Gambaran Terbaik Untuk Susu UHT Fernleaf !

#fernleafuht #100Mmmmm
Facebook : https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/




6 comments for "Fernleaf UHT - 100% Kebaikan Susu Dari New Zealand"

  1. Sedap.. Zaza pun first time minum susu fernleaf ni..berebut dgn ank buah nk minum hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap awwal minum ter. Terus rasa nk p New Zealand

    ReplyDelete
  3. seronok ye anak-anak dapat susu.. moo mooo

    ReplyDelete
  4. Kak memang suka minum susu Greenleaf susu typing,skrg dah susu UHT lg senang nk minum kan

    ReplyDelete