Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadiah Misteri Untuk 200 Most Impressive Bloggers Telah Membuatku Terkejut !

Assalamualaikum... pada 07 Oktober 2018 yang lalu secara tiba-tiba saja menjelma satu parcel daripada abang GDex di hadapan rumah. Apabila di buka terpancullah sebuah kotak sederhana besar berwarna pink dengan perkataan HERMO di hadapan mata dan kala tu terus terdekit kat hati, "Barang apa pulak ni? Bila masa daku ada beli barang online!"

Bila di belek pada nama penghantar, serius tak kenal tapi bila di lihat pada nama penerima memang sangat-sangat kenal lah (diri sendiri) haha... so alang-alang dah nama penerima diri sendiri maka pastinya barangan tersebut untuk aku lah... Ya Allah apa punya penakut benor nak buka parcel ni..



Bila di buka ternampak beberapa produk penjagaan diri di dalamnya. Kat hati masih rasa tak sedap lagi, tetapi mujurlah bersama kotak terbabit ada terselit satu surat yang telah di taip dengan namaku sendiri sebagai si penerimanya.

Surat tersebut pula berbunyi :

Terima kasih banyak pada pihak terbabit yang sudi berkerjasama dengan blogger seperti ku

Apabila di baca isi surat tersebut, rupa-rupanya hadiah misteri HERMO ini di taja oleh satu pihak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah berusaha mewar-warkan pada ramai pembaca untuk event melalui blog aku ini bulan lalu.

Apabila terbaca surat itu terus daku teringat semula akan email yang pernah di hantar padaku sebelum ini di mana sebanyak 200 blogger akan di pilih sebagai 'the most impressive bloggers' yang akan menerima hadiah di dalam kotak HERMO ini.



Syukur alhamdulillah rupa-rupanya daku salah seorang daripada 200 bloggers yang bertuah itu dan rasa gembira pula bila di beri ucapan terima kasih sebegini. Dalam masa yang sama rasa berbaloi segala penat lelah untuk menaikkan blog ini dari awal. Mungkin ada yang menganggap ini hanyalah biasa saja dan tidak perlupun diwar-warkan namun rasanya tidak salah untuk ku abadikan sebagai salah satu kenangan terindah di dalam dada blogku yang tidak seberapanya ini.

So apakah hadiah yang ku dapat tu?? Ni haa... produk penjagaan dan kecantikan.... meriah jugalah isi dalamnya hehe....





1. 100% Organic Aloe Vera Gel - Au Fairy Skincare


2. Anti-Hair Fall Shampoo - L'OREAL PARIS


3. Micellar Oil-Infused Cleansing Water - GARNIER


4. Serum Mask Hydra Bomb - GARNIER



5. The Rock Nudes - MAYBELLINE New York




Terus terang sebagai seorang blogger daku amat-amat gembira sekiranya ada pihak yang tahu menghargai erti sebenar nilai seorang blogger seperti daku ni walaupun hakikatnya blog aku ini tidaklah setaraf blogger famous yang selalu keluar masuk TV. Almaklumlah, daku ni seorang mommy blogger bukannya anak dara solo yang cantik menawan so siapalah yang nak undang mak anak 6 macam aku ni kan? (status sedar diri...haha)

Yang penting aku amat happy dengan apa yang telah berjaya aku lakukan selama hampir 2 tahun aku menjadi blogger ini. Yang pertama aku happy kerana dapat beraa di dalam komuniti blogger yang semakin hari semakin berkembang ini dan yang ke dua daku amat happy kerana dapat membantu meringankan beban suami dengan menjadi seorang penulis bebas (freelancer) sebegini tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak sekalipun dan moga-moga adalah pihak yang sudi hantar hadiah misteri sebegini lagi.


Terima Kasih Pada Yang Tahu Menghargai Nilai Seorang Blogger


Mengapa company-company ini suka gunakan khidmat blogger? Jawapan tu dah pernah terang sebelum ni kat SINI. Yang penting isi blog yang padat berserta dengan tulisan dan gambar yang terang dan lengkap amat-amat di sukai oleh si mesin pencari untuk di rekomenkan artikel terbabit pada sesiapa saja yang menaip tajuk sesuatu yang terkait melalui Google Search di handphone, tab, laptop dan PC masing-masing walau di masa saja korang berada.

Blog daku ini alhamdulillah... nampaknya telah ada peningkatan. Walaupun tidaklah segah blogger-blogger otai yang telah menulis selama hampir 10 tahun namun daku tetap berpuashati dengan tahap usia blog aku yang tidak seberapa ini.

KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN BLOGGER & FAMILI

Akhir kata, Terima kasih pada para penaja dan brand-brand yang sudi berkerjasama dengan ku serta terima kasih juga pada semua pembaca termasuk rakan-rakan bloggers kerana tanpa kalian semua mana mungkin blog ini mampu menyelit di antara jutaan blog-blog lain yang ada di luar sana. 




15 comments for "Hadiah Misteri Untuk 200 Most Impressive Bloggers Telah Membuatku Terkejut !"

  1. Tahniah sis hawa..hadiah best tu

    ReplyDelete
  2. Baiknyaaa Kasih diam je ikut mama turun padang 😍 Tahniahhh sis !

    ReplyDelete
  3. wahhh alhamdulillah..tahniah sis..

    rezeki anak2 kan..salute dengan blogger hebat cam uolss... iolss ni jer suam2 kuku bab nak memblog..memanjang sibuk..sibuk ntah pape jer pun.. ekekek

    btw, jemput singgah blog kite yer sis.. :) http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah Kak Awa kerana mejadi salah sorang 200 blogger pilihan.. Memang berbaloi sangat usaha akak.. =) keep it up sis..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak awa,wahhh semua hadiah kak awa dapat best.

    ReplyDelete
  6. terbaik sis...sis dah buktikan usia blog tidak menjamin apa2..contohnya cikma laa..hihihi.

    ReplyDelete
  7. wahhh tahniah kak hawa! Usaha yang membuahkan hasil. Keep it up!

    ReplyDelete
  8. Tahniah awa ... Teruskan menulis.. Bilalah nak baca cerpen penulisan awa ni lagi?

    ReplyDelete
  9. wahh awa .. congrats. jangok lah awa pakai eyeshadow... hiii,,, btw keep it up :D..

    ReplyDelete
  10. Asalam tahniah ya..mohon maaf late klik blog..dah follow ya

    ReplyDelete