Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Manjakan Bayi Dengan Produk Istimewa Dari - Lovingly Signed

Assalamualaikum dan jom happy-happy dengan LOVINGLY SIGNED. Apa itu 

Lovingly Signed? Belum pernah dengar dan tahu lagi sebelum ni? Takpe meh sini daku nak story siapakah sebenarnya Lovingly Signed ni. 


Daku sendiri sebenarnya baru saja berkenalan dengan  Lovingly Signed, itupun dek kerana tercari-cari apakah produk yang best, cantik dan istimewa untuk my loveyly princess yang bernama Kasih Sufi tu. Ya, terus-terang  Lovingly Signed ni adalah salah satu jenama yang menjual pelbagai jenis barangan baby yang sedang berpengkalan di Singapura tetapi masih boleh memberikan servis sehingga kepada para penduduk di bumi Malaysia ini.

tuala dengan penutup kepala - antara produk yang ada di  Lovingly Signed


Antara barangan paling laku keras yang sangat hangat terjual adalah seperti pakaian, beg sandang, selimut, tuala, permainan, aksesori bayi dan pelbagai lagi. Yang pasti semuanya cantik-cantik belaka serta boleh ditempah khas dengan meletakkan nama bayi kesayangan masing-masing. Jika nak di beli untuk di beri sebagai hadiah para sedara dan rakan rapat yang baru menerima baby juga boleh.


contoh design beg sandang yang diletakan nama si pemiliknya yang comel

Mainan lembut untuk permainan si manja juga ada dengan pelbagai warna dan bentuk! Daku sendiri naik geram dengan dua karakter kat bawah ni sebab comel sangat. 


Walaubagaimanapun, antara produk daripada  Lovingly Signed yang paling daku suka adalah selimutnya. Sudahlah cute dengan pelbagai warna, makin comel pula apabila boleh diletakkan nama si manja. Terus terbayang bagaimanalah rupa jika di ukir dengan nama Kasih tersayang. Apa yang lebih penting ianya berbaloi kerana selimut memang akan digunakan setiap hari tatkala si manja sedang tidur lena. 

fabrik yang selesa dengan lakaran jahitan nama yang berkualiti

Ohya sebelum terlupa, semua pakaian yang dihasilkan oleh  Lovingly Signed ini bersifat 100% cotton demi untuk memberi tahap keselesaan yang paling maksimum untuk si manja dengan keadaan kulit mereka yang sangat halus dan sensitif itu. Semua barangan akan dibungkus dengan cantik dan exclusive bergantung kepada jenis barangan yang dikehendaki. 


So, jika mahukan produk special terutama untuk diberikan sebagai hadiah, luangkanlah masa sekejap untuk tinjau-tinjau di halaman utama milik Lovingly Signed ini. Nak tempah untuk dijadikan sebagai hadiah untuk diri sendiri pun takde masalah! Takde sapa akan marah pun.... 



untuk maklumat lanjut, boleh terus ke Lovingly Signed hari ini.....


Website | Facebook | Instagram


3 comments for "Jom Manjakan Bayi Dengan Produk Istimewa Dari - Lovingly Signed "