Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tadahan Doa Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Kubang Kerian

Assalamualaikum.. hari ini untuk kesekian kalinya daku akan terus menyampaikan perkembangan Rumah Ronald McDonald yang sudah semakin menjadi terlaksana untuk berdiri dengan megahnya di tanah bumi Kelantan dalam kawasan HUSM Kubang Kerian.

Jika sebelum ini daku sempat meluangkan masa untuk menghadirkan diri di dalam majlis menandatangani MOU antara pihak RMHC dan juga HUSM, kali ini daku luangkan masa untuk ke tapak pembinaan tersebut sekali lagi untuk sama-sama bermohon doa di dalam majlis solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil supaya impian untuk membina Rumah Ronald McDonald ini berjalan dengan lancar selancar lancarnya untuk kemudahan orang ramai kelak.


Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Presiden RMHC atau Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, iaitu Encik Azmir Jaafar, Timbalan-timbalan Pengarah serta ketua-ketua Jabatan Hospital USM dan juga kakitangan McDonald's Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RHMC Malaysia. Daku yang mewakili para media semestinya sangat berbesar hati kerana dapat berada di majlis dengan tujuan untuk amal tersebut.



Sebenarnya Rumah Ronald McDonald ini ada dua buah dan ke dua-dua rumah ini akan dipergunakan sebaiknya untuk memberikan bakti bagi meringankan bebanan orang lain. 

Latarbelakang 2 Buah Rumah Ronald McDonald



A)     Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur






·  Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina oleh RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.



  • Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999 dan juga merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Asia.
  • Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira-kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak-kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM5.5 juta untuk tujuan ini.

B)     Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan


  • Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
  • Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.
  • Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM.
  • Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
  • Kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018

Masih Kekurangan Sebanyak RM400K

Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta. Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald, di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu  dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara dan kini RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 lagi untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.



Kerana itu orang ramai turut dialu-alukan untuk membuat sumbangan menerusi tabung-tabung derma di kaunter-kaunter McDonald’s di seluruh negara atau menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Memang banyak belanja yang perlu dikeluarkan untuk buat rumah atas tanah milik sendiri. Perancangan yang teliti perlu dibuat dari awal, baca tips bina rumah dari Nas Nuri Construction untuk membantu anda menggapai impian.

 Bersama Kita Berdoa Semoga Segalanya Terlaksana

Kerana itu tidak hairanlah mengapa daku berasa sangat gembira apabila dapat bersama-sama untuk majlis solat hajat, bacaan yassin dan tahlil ini. Sudahlah majlis ini untuk perkara yang baik bahkan dapat pula bertemu orang kuat di sebalik tabir untuk RMHC dan tidak lupa juga dapat bertegur sapa dengan rakan-rakan media dan blogger yang lain.



Sambil menunggu majlis bermula kami semua duduk bersila beramai-ramai di kawasan yang bakal didirikan Rumah Ronald McDonald tersebut sambil bertegur sapa sesama sendiri antara pihak RHMC, HUSM dan juga wakil media yang ada termasuk juga sesama members untuk team Blogger Pantai Timur sendiri. Almaklumlah walaupun satu team namun masing-masing ada tanggungjawab harian maka di saat berkumpul dalam majlis sebeginilah dapat kami bertemu kembali di bawah satu nama yang sama.




Tidak lama selepas itu, lebih kurang jam 10 pagi maka bermulalah majlis tersebut yang telah dimulakan dengan dengan melakukan solat hajat oleh para hadirin lelaki yang ada. Saat ini tidak ada sebarang perbezaan umur mahupun pangkat kerana di dalam hati masing-masing hanyalah ingin bersujud dengan sepenuh hati semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk niat baik yang satu ini.


Setelah selesai solat hajat, majlis diteruskan pula dengan bacaan Yassin oleh semua hadirin yang hadir. Syahdu juga rasa di hati tatkala membaca dan mendengar bacaan surah Yassin secara beramai-ramai ini.

Bacaan surah Yassin secara beramai-ramai oleh para hadirin

Daku sendiri tidak melepaskan peluang yang ada sambil memangku Kasih di atas pangkuan. Alhamdulillah, mujur juga Kasih dapat behave dan tidak mustahil majlis ini akan menjadi salah satu kenangan pada Kasih apabila dia telah besar nanti tatkala dia berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke tapak yang akan dibangunkan dengan Rumah Ronald McDonald ini nanti.

Diri ku dan Kasih

Tidak hanya itu, pihak McDonalds juga turut sudi menyediakan menu untuk kami menjamu selera bersama-sama sambil menikmati suasana di kawasan yang bakal memaksikan sebuah bangunan bersejarah itu tidak lama lagi.



Pihak McDonald yang sentiasa terkenal dengan sikap peramah mereka



Apa yang penting, usaha seperti ini harus diteruskan dan dalam masa yang sama usaha sebegini juga boleh mengeratkan hubungan antara pihak pengusaha yang prihatin dengan masyarakat setempat yang sangat memerlukan usaha-usaha murni tanpa balasan seperti ini.


Bagi daku yang sememangnya bergelar seorang peminat menu McDonalds berasa sangat berterima kasih dan kagum di atas kesusahpayahan pihak RMHC demi untuk melaksanakan impian untuk ramai insan di luar sana dan sebagai salah seorang ahli di dalam masyarakat yang sangat-sangat memerlukan adanya perkara baik seperti ini, apalah salahnya jika kita turut menyumbang sedaya yang mampu demi untuk memastikan perkara baik seperti ini dapat menjadi sebuah kenyataan dalam masa yang pantas tanpa sebarang masalah. Ameen....


Mahu Turut Beramal? Jangan lupa sumbangkan walau hanya RM1 melalui tabung-tabung derma yang ada di kaunter-kaunter McDonald’s di seluruh negara atau
menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938. 

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di :





2 comments for "Tadahan Doa Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Kubang Kerian "

  1. Tahnioh #BPTdan McD kerana berjaya menjayakan majlis dengan meriah..semoga usaha kebajikan ini dipermudahkan dan membantu mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete