ZULQAAS - Serum Wajah Yang Boleh Dicuba Untuk Wajah Lebih Cantik
Assalamualaikum ualls... okay hari ni daku nak share satu lagi produk untuk wajah. Produk yang aku maksudkan ini adalah ZULQAAS Face Serum. Ya aku ngaku memang ada banyak produk serum di luar sana dan alhamdulillah Zulqaas ini telah berjaya menjadi salah satu daripada 5 (lima) jenis serum yang terbaik yang telah pernah ku cuba.
Inilah adalah berdasarkan pengalamanku sendiri. Walau baru seminggu lebih ku guna tetapi alhamdulillah ianya dah mula memberikan kesan. Paling ketara adalah pada part kelembapan kulit kerana kulit daku sebelum ini agak kering terutama pada bahagian dahi tetapi dengan Zulqaas Face Serum ni kekeringan pada bahagian tersebut dah makin okay daripada sebelumnya.
Selain daripada itu kesan lain yang telah berjaya ku perolehi selepas menggunakan Zulqaas Face Serum ini adalah pada masalah kedutan. Well, daku ni kan dah berada di dalam lingkungan 30an maka tak heranlah ada kedutan. Apa nak buat namapun dah makin tua kan?
Sebab itu daku agak suka menggunakan serum sebegini kerana ianya dapat membantu mengembalikan keremajaan pada kulit wajah walaupun tidak mampu untuk kembali pada ketika usia anak dara dulu tetapi at least dapatlah anjakkan penampilan ke arah kulit yang lebih muda daripada usia sebenar.
![]() |
ZULQAAS Face Serum |
Jika mengikut info yang diberikan oleh Zulqaas Face Serum melalui media massa milik mereka, serum ini sama sekali tak mengandungi sebarang bahan berbahaya termasuk juga sebarang elemen daripada haiwan. Apa yang digunakan hanyalah estrak daripada 10 jenis tumbuhan terpilih yang sangat sesuai dengan kulit wajah masyarakat asia baik untuk lelaki mahupun wanita.
10 bahan terpilih yang telah digunakan untuk menghasilkan serum ini brdasarkan apa yang telah dikongsikan adalah :
Apakah Maksud PHYTONUTRIENTS Serum Ini ?
Pelik juga nama ni kan? Jika di Google, Phyto bermaksud tumbuh-tumbuhan. Jadi Phytonutrients Serum membawa maksud Nutrients ataupun khasiat yang diambil hanya dari tumbuh-tumbuhan. Paling mengangumkan, Zulqaas Phytonutrients Serum ini merupakan serum yang dikendalikan oleh Dr. As Zulqa, seorang doktor berkelulusan PhD dalam Industri Kosmetik Halal di Malaysia.
Keistimewaan Zulqaas Face Serum Kepada Pengguna
Oleh kerana serum ini hanya menggunakan 10 plant ekstrak yang mampu untuk memberikan pelbagai nutrienrs (khasiat) dan vitamin maka bahan-bahan yang terkandung di dalam serum ini akan memulakan 'kuasanya' dengan memberikan rangsangan terhadap kulit untuk mula menyerap semua nutrients ini secara langsung jauh sehingga ke dalam kulit untuk mewujudkan sel kulit yang baru. Secara tidak langsung wajah akan kembali cantik, halus, dan gebu semula. Tetapi kesan pastinya tidak sama ke atas setiap orang. Kena sabar sikitlah.
Mngikut info yang dikongsikan itu juga, Antara masalah wajah yang boleh cuba di atasi dengan mengggunakan ZULQAAS Serum ini adalah seperti :
- Kulit Kusam
- Tona tak sekata
- Kedutan halus
- Kulit kering dan berminyak
- Jerawat halus
- Jeragat nipis
- Liang pori besar
- Kulit sensitif
Testimoni Daripada Sebahagian Pengguna
Maklumbalas Dari Diriku Sendiri
Apa yang membuatkan aku rasa makin best selepas gunakan serum ini adalah ketika kedut-kedut halus yang telah mula muncul sebelum ini kembali pudar semula terutama pada bahagian mata dan dahi. Tona di bahagian bawah mata yang agak gelap juga semakin cerah dan masalah kulit wajah yang kering turut sama dapat diatasi walaupun hakikatnya penggunaan serum ini hanya sangat ringkas dan mudah. Ia juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai makeup base kerana sifatnya yang mudah serap dan sama sekali tidak berminyak dan bercapuk.
Alhamdulillah, walau ketika ini baru guna selama seminggu namun kesannya memang sangat menakjubkan. Daku sendiri tak sangka secepat ini kesan yang akan muncul walaupun guna hanyalah dua kali sehari saja iaitu pada waktu awal pagi dan juga sebelum tidur.
![]() |
wajah tanpa sebarang makeup , hanya apply ZULQAAS Serum jer |
Berapakah Harga Dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya ?
Tak susah, untuk mendapatkan Zulqaas Serum ini dengan cepat, korang boleh terus membelinya dari lamanweb Shopee dengan KLIK DI SINI! Selamat mencuba
Ohya, jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi wakil team Zulqaas Serum yang sah melalui mana-mana channel di bawah ini. Terima kasih.
Lamanweb Utama :
Facebook Pages :
Instagram :
Youtube :
terbaek produk ni :)
ReplyDeletemenarik! ada kat shopee pulak tu, senang la nak beli hehehehe
ReplyDeleteMesti best Kan mama mmg dh guna serum sebab kulit muka dah mula tua dah ni
ReplyDelete