Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 TIPS UTAMA UNTUK MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG BETUL SUPAYA TIDAK MENYESAL

Tidak dinafikan kita semua ingin memiliki keluarga yang diredhai Allah SWT dan demi untuk membina keluarga yang baik itu haruslah bermula dengan memilih pasangan yang baik juga. Harus diingat yang kita perlu perlu melihat kriteria yang patut diambil kira dalam memilih jodoh yang baik dan sempurna menurut syariat Islam sebelum memutuskan untuk menikah supaya tidak tersalah.

Akibat salah memilih pasangan hidup ini boleh buat kita merana. Tak kisah lelaki atau perempuan. Cuma, bagi perempuan ini kalau nak hidup bahagia eloklah tahu cara memilih suami yang baik. 

Apakah kriteria yang perlu diberi perhatian itu? Apakah cara memilih pasangan menurut Islam? Jangan risau kerana hari ini aku akan kongsikan antara tips yang boleh digunapakai ketika memilih pasangan hidup yang betul sebelum menikah supaya tidak menyesal di kemudian hari, InshaAllah.




10 Tips Memilih Pasangan Hidup Yang Betul Supaya Tidak Menyesal  

Pilih keluarga atau pasangan? Bagi aku, pertama sekali adalah pasangan. Kemudian baru keluarganya. Kita nak hidup lama dengan pasangan, jadi jika keluarga ok tapi pasangan perangai tak okay, tak guna juga kan?

Antara kriteria cari jodoh menurut Islam adalah : 

1. Taat kepada Allah SWT dan Rasul

Taat kepada Allah SWT dan Rasul ini memang patut di ambil kira dan antara tips terbaik untuk para isteri ini menentukan samada calon suami itu benar-benar seorang insan yang taat kepada agama adalah dengan memintanya menjadi imam untuk sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga bakal pengantin perempuan. Bagi si lelaki pula boleh turut meminta calon isterinya itu mengaji Quran sesudah selesai solat terbabit. 




2. Al-Kafa'ah (Sekufu)

Yang dimaksudkan dengan Al-Kafa'ah atau sekufu ini adalah keseimbangan dan keserasian antara calon isteri dan suami itu sehingga masing-masing tidak merasa berat untuk melangsungkan perkahwinan tersebut. 




3. Mampu memberikan perasaan tenang tatkala dipandang

Sejuk dan sedap mata memandang adalah ciri yang boleh menyebabkan pasangan itu kekal bahagia. Sejuk dan sedap memandang ini tidak bermakna cantik handsome putih melepak. 

Kita kena ingat setiap insan yang diciptakan Allah SWT itu adalah terbaik dengan keistimewaan masing-masing dan citarasa pandangan seseorang itu juga adalah tidak sama. Elok di mata kita itu adalah yang terbaik kerana buruk di mata orang tidak bermakna buruk juga di mata kita dan elok di mata kita tidak bermakna elok juga di mata orang maka tentukanlah dengan pandangan mata sendiri. 





4. Subur dan tidak mandul untuk menghasilkan zuriat

Soal zuriat itu adalah rezeki daripada Allah SWT namun adalah tidak salah untuk memilih calon daripada mereka yang subur untuk menghasilkan zuriat daripada mereka yang tidak memberikan penyambung cahayamata ini. Subur untuk menghasilkan zuriat ini tidak bermakna untuk wanita semata-mata bahkan lelaki juga.





5. Mampu untuk memberikan nafkah ( kriteria untuk bakal suami )

Hidup di zaman sekarang ini perlukan duit untuk makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya. Hidup di zaman teknologi ini semuanya memerlukan wang dan  seandainya bakal calon suami itu bukan seorang yang bertanggungjawab dalam memberikan nafkah atau dalam erti kata lain culas untuk memikul amanah menjaga isterinya maka adalah lebih baik memilih calon yang lain. 



Antara tips yang boleh digunapakai untuk tahu samada bakal calon suami itu mampu untuk memberikan nafkah adalah dengan melihat apakah dia mempunyai kerja tetap ataupun sebaliknya dan tanya jika sudah tahu di mana dia berkerja adalah tidak salah untuk merisik daripada majikan / rakan tempatnya berkerja untuk tahu sikap diri bakal calon suami itu yang sebenarnya. 

Jangan ingin lelaki je perlu merisik perempuan sebaliknya perempuan yang perlu lebih merisik tentang si lelaki.


6. Taat Setia kepada suami untuk menuruti permintaan yang baik ( kriteria untuk bakal isteri)


Taat setia adalah perkara yang paling utama untuk sang isteri terhadap si suaminya. Selagi mana suami meminta itu dan ini dan apa yang di minta itu tidak lari dan tersasar daripada agama maka si isteri wajib menurut. Sedangkan suami minta dilayani isteri wajib menurut dan berdosa jika tidur membelakangi suami, inikan pula jika tidak taat. 

Setia juga penting jangan nanti sesusah berkahwin boleh pula mengkhianati suami dengan tidak menjaga amanah harta benda dan diri dengan baik seperti melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain dan sebagainya.


7. Mempunyai nasab keturunan yang elok

Maksud nasab adalah anak cucu cicit kepada seseorang dan nasab keturunan ini adalah daripada kalangan keluarga yang baik-baik. 

Walaubagaimanapun janganlah hanya memandang akan nasab keluarga si bakal pasangan semata-mata dan terus menganggap yang si bakal pasangan itu semestinya baik dek kerana nasab keluarganya yang baik. 

Ingat! Iman itu tidak dapat di warisi dan hidayah itu pula bila-bila masa boleh di beri bergantung pada siapa yang Allah SWT inginkan maka gunakanlah akal yang bijak untuk membuat keputusan tentang soal ini.



8. Menghormati suami/isteri serta orang tua terutama ibu ayah dan mertua

Sikap hormat menghormati memang sangat perlu di dalam sesebuah perhubungan kerana tanpa rasa hormat ini mana mungkin dapat hidup bersama di bawah satu bumbung. 

Hormat ini sebenarnya sikap yang memang patut diketengahkan kerana ia akan mampu membuatkan sesebuah rumahtangga itu kekal rukun dan bahagia. Makin bererti andainya si pasangan itu dapat memberikan rasa hormat yang sepatutnya pada ahlia keluarga kita ini tanpa rasa yang berbelah bagi. 


9. Mampu menerima diri kita seadanya

Jika senang dapat bersama bila susah di tinggal sendirian, inilah situasi yang amat menakutkan di dalam sesebuah perhubungan rumahtangga kerana ciri-ciri seseorang itu benar-benar sayang dengan ikhlas adalah apabila sanggup menerima kita siapa seadanya. 

Yelah mula-mula kahwin semuanya indah, semuanya baik, semuanya boleh. Tapi bila dah lama sikit mana mungkin nak tahan sikap sebenar tu lagi. Saat tu perangai yang tadi macam kucing siam dan jadi macam harimau bintang. 


Saat sikap sebenar muncul inilah, jika ada yang tidak elok dan tidak suka salinglah faham memahami dan cuba menerima dengan sikap yang penuh rasa terbuka. 

Jika rasa kurang senang juga beritahulah pada pasangan dengan baik supaya sikap itu di ubah dan pada yang telah ditegur itu segeralah atasi sikap tersebut supaya orang yang kita sayangi itu akan lebih selesa, aman dan bahagia di samping kita. 

Apabila si pasangan berasa bahagia dan gembira maka secara automatiknya aura kebahagiaan itu akan terpancar dan terpantul pada diri kita semula.

10. Sanggup hidup bersama kala susah dan kala senang

Sanggup hidup bersama kala susah dan senang adalah kunci untuk terus kekal bahagia. 

Aku sendiri alhamdulillah telahpun berkahwin melebihi 15 tahun dan terus terang sepanjang perkahwinan aku dan suami tidak sentiasa selalunya cerah, ada juga perkelahian namun disebabkan kami telah berjanji untuk saling melengkapi maka kami cuba tempuhi segala ujian dan cubaan yang datang secara bersama.



NASIHAT IKHLAS DARI KU :

Jika telah bertemu dengan seorang insan yang kita rasakan dialah orangnya tetapi dalam masa yang sama si dia itu tidak pandang diri kita, maka serahkan pada Allah SWT kerana Dia telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita dan hanya menunggu masa untuk muncul saja. 

Dan... jika ditakdirkan insan yang kita sayangi itu benar-benar jodoh kita, bersyukurlah.


Bagi kalian yang pernah terluka pula, seandainya parut itu sangat dalam dan menyakitkan tak usahlah terlalu mengikut kata hati kerana ada ramai lagi insan lain di luar sana yang jauh lebih baik dari itu.

 Cuma jika dulu kalian pernah tersakiti akibat terlalu ingin berpasangan dengan orang yang amat kalian cintai maka apalah salahnya jika kini kalian beri peluang untuk bersikap menerima dari insan lain yang benar-benar menyayangi kerana, adalah lebih baik berpasangan dengan orang yang lebih sayangkan kita kerana secara tidak langsung kita akan lebih dihargai, dicintai dan dilindungi.


JANGAN PERNAH GIVE UP! JANGAN TERLAJAK GATAL!! TIBA MASA JODOH KALIAN PASTI AKAN MUNCUL APABILA TIBA SAATNYA YANG BETUL.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



12 comments for "10 TIPS UTAMA UNTUK MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG BETUL SUPAYA TIDAK MENYESAL"

  1. Tips yg sangat berguna utk yang bakal mdenirikan rumah tangga ni. Semoga semuanya adalah jodoh terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  2. semoga sha berjumpa dengan jodoh yang betul :)

    ReplyDelete
  3. Kita dah berkahwin sis bab zuriat tu agak terkilan sikit hahaha..

    ReplyDelete
  4. Semua tips tu bermakna bagi yang mencari pasangan hidup. Jangan tersalah pilih wajib cari yang sekufu dan beriman. Zaman dulu tak kenal pun boleh hidup lama bersama kan, zaman sekarang kena risik risik dulu. Hee. Namun jika sesuautu buruk terjadi setelah berkahwin, itulah tanda Allah menguji iman kita..

    ReplyDelete
  5. good info awa.. org yg dah kawin pun boleh buat revision kat sini

    ReplyDelete
  6. Tips yang memang betul. Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup.

    ReplyDelete
  7. Tips yang sangat2 berguna..thanks for sharing

    ReplyDelete