Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AVEENO BABY - Krim Pelembap Untuk Kulit Kering Yang Serius !

Assalamualaikum, hi korang... seperti biasa, dari jauh ku doakan moga korang semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira bersama insan-insan tersayang. Well, hari ni daku berhajat untuk berkongsi satu lagi maklumbalas tentang sejenis produk khas untuk kulit si manja. Kalau korang sendiri nak pakai pun takde masalah! Yang penting sesuai....

Bercerita tentang 'sesuai', alhamdulillah saat daku pakaikan produk ini pada Awwal dan Kasih, memang dapat lihat perubahan yang agak ketara pada kulit ke dua-duanya. Nama produk yang daku maksudkan ini adalah Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream.



Terus terang, saat pertama ingin cuba gunakan produk ni, telah terlintas juga di dalam hati, "hmmmm... agaknya bagus atau tak produk ni?". Yelah kalau tanya pada si penjual semestinya akan cakap bagus kerana itu daku lebih suka mencubanya sendiri dan secara tak langsung dapat juga berkongsi di sini.

Perkara pertama yang menarik perhatianku adalah pada bentuk packagingnya yang bagi daku amat praktikal dan senang untuk di guna di mana-mana. Setelah digunakan, makin terkejut apabila ianya tidak seperti krim pelembab lain yang rata-ratanya agak berminyak sebelum di serap oleh kulit, sangat bagus untuk kulit kering. Memang layaklah apabila Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ini dapat dibuktikan secara klinikal untuk memberi kelembapan selama 24 jam dengan tekstur yang sangat lembut pada kulit.




Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ini juga bukan hanya dapat melembabkan malah boleh diguna sebagai usaha untuk menenangkan kulit bayi kerana bahannya yang mengandungi Oat. Oatmeal adalah bahan aktif yang dapat menjadi pelindung pada kulit dan oatmeal juga dapat membantu mengembalikan pH normal kulit. Disebabkan kandungan oatmeal yang bersifat semulajadi inilah maka krim Aveeno Baby ini juga sering direkomenkan oleh pihak dermatologists. 

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ini hanyalah berharga RM41.42 untuk 141 ml dan boleh terus dapatkan dari mana-mana farmasi terdekat seluruh negara.



1 comment for "AVEENO BABY - Krim Pelembap Untuk Kulit Kering Yang Serius !"