Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Operasi Jamu Selera Di Domino's Bersama Famili Sempena Kempen - It's All About You

Assalamualaikum  korang, tetiba muncul gambar daku bersama logo Domino's.... mana taknya Domino's ni antara restoran kegemaran daku bersama family. Kiranya kalau dalam sebulan tu pasti akan jejak kaki ke mana-mana cawangannya untuk menjamu selera. Namun, kali ini kehadiran aku agak lebih istimewa kerana baru ku tahu yang Domino's ini telahpun berjaya melayani para pelanggan setianya selama 17 tahun !! Wah... dah lama benar rupanya Domino's ni patutlah sedap!


Kunjungan aku seperti biasa pastinya bersama keluarga dan kami tiba di sana sekitar jam 4 petang. Untuk Domino's bagi kawasan Bandar Kota Bharu yang ku kunjungi ini alhamdulillah sangat selesa dengan para pekerjanya yang sangat ramah dan murah dengan senyuman. Ruang parkir untuk para pelanggan juga ada banyak di kawasna sekitarnya cuma bergantung pada nasiblah boleh parking jauh atau dekat. Mujurlah tika kami tiba tu tempat parking yang betul-betul di bangunan berdirinya Domino's ini masih lengang dan kosong. Settle parking terus jejak kaki masuk ke dalam restoran.


Disebabkan daku telah membuat pesanan secara atas talian semasa masih berada di rumah tadi maka daku tak perlulah beratur seperti orang lain untuk membuat tempahan mahupun bayaran. Memang sangat-sangat mudah dengan adanya tempahan secara online sebegini kerana daku tak perlu lagi buang masa untuk beratur dan menunggu tempahan dari awal hingga siap sebalinya daku hanya perlu beritahu nama dan boleh terus duduk di mana-mana set meja makan yang kami suka.

Sementara menanti makana tiba, sempatlah juga selfie bersama si Kasih yang makin banyak celoteh ni. Secara tak langsung boleh dijadikan sebagai gambar kenangan. Tatkala sedang bergambar bersama Kasih begini teringat kembali daku pada kempen terbaru Domino's yang di beri nama It's All About You. Aku yakin korang pasti pernah lihat video tu kan? Haa kalau nak tahu video tersebut dibuat khas demi untuk berkongsi rasa gembira di antara pihak Domino's dengan para pelanggan seluruh negara kerana sudi menyokong dari dulu hingga kini. 


Daku sendiri agak terkejut apabila mendapat tahu yang Domino's sudah menapak di Malaysia selama 17 tahun bermula pada 1997 hingga kini, 2018. Bermula dengan 1 cawangan di USJ Taipan, Subang Jaya pada tahun 1997 dan sekarang telah wujud 223 cawangan semuanya malah di jangka akan bertambah pada 240 cawangan menjelang akhir tahun ini. 

Daku rasa restoran Domino`s ini dapat bertahun adalah kerana semangat dan hasil titik peluh mereka sendiri yang sentiasa mahu berinteraksi dengan para pelanggan melalui pelbagai cara seperti mengadakan contest dan lain-lain lagi. Its All About You - semuanya adalah tentang awak! Tentang kita kiranya.... ya betul, tanpa pelanggan seperti kita mana mungkin boleh bertahan selama itu dengan begitu banyak cawangan di seluruh negara. Terima kasih Domino's kerana faham dan sedar tentang perkara itu hingga sudi mewujudkan kempen khas untuk para pelanggan seperti kami.


Asyik berceloteh, haaa tu dia makanan dah sampai! Meriah! Almaklumlah daku ni anak ramai so kalau setakat beli 1 biji manalah nak cukup.. lekat celah gigi je kata orang... haha.... nasib baiklah Domino's ni selalu buat promosi potongan harga jika tidak mahu rabak poket suami. Ohya alang-alang bercerita tentang diskaun ni, kalau nak lagi jimat baik beli EXPRESS CARD.

Memang untung kerana dengan menjadi salah seorang pemegang kad ini korang akan dapat menikmati kempen Beli 1 Percuma 1 untuk sepanjang tahun! Haaa jimat gilerrr.... Kelebihan lain pun ada juga dan jika berminat nak dapatkan kad ini boleh terus tanyakan pada staf yang bertugas di kaunter.


Apabila bermulanya time makan , masa ni kalau orang lalu pun daku tak toleh dah... Cukup suka makan terus kat sana sebabnya boleh nikmati ketika masih panas-panas, tarik cheese pun panjang jer...  Bukannya apa, lokasi Domino's terdekat dengan rumahku adalah sejam perjalanan jadi sememangnya tidak ada sebarang servis penghantaran yang meliputi kawasan tempat daku tinggal dan jika di bawa balik ke rumah alamatnya bila sampai dah pun sejuk.

Sebab itu , daku lebih suka order online ketika masih di rumah so bila sampai je kat sana makanan dah hampir siap untuk terus dinikmati. Servis menerima order online sebegini sememangnya memang patut di puji kerana benar-benar dapat membantu pelanggan yang mengalami situasi sepertiku. 

                   .

Untuk kali ni daku membeli 3 biji pizza bersaiz regular dalam tiga perasa yang berlainan iaitu thin crust ( paling nipis) , classic hand tossed (sederhana tebal) dan juga mozarella cheese tarik (ada keju dalam keraknya) . Tiga jenis kerak ku pilih yakni nipis , sederhana dan juga berserta keju.

 Sengaja pilih topping dan kerak yang berlainan sebabnya boleh makan dalam pelbagai jenis variasi dan juga untuk memenuhi citarasa anak-anakku yang berlainan. 6 orang anak maka 6 jenis perangai! Itu belum ambil kira citarasa mak ayah (aku dan suami) lagi.... hehe... 


piza pertama :  Chicken Pepperoni with Crunchy Thin CrustTM



piza ke dua   : BBQ Chicken with Classic Hand TossedTM


piza ke tiga :  Aloha Chicken with Mozzarella Cheese Tarik


Jika hendak diikutkan semua topping dari piza tu sedap tapi untuk lebih sesuai dengan tekak dewasa dan kanak-kanak seperti daku sekeluarga ni, inilah antara piza terbaik yang boleh ku cadangkan. Soal kerak, semestinya yang dengan cheese lah apaling best! Lembut jer bila di gigit... nak kunyah dan telan pun lebih mudah.. kanak-kanak seperti anak-anakku turut happy dapat makan dengan senang.

operasi mula menyuap !!

Licin sudah!!!! bersepahnya... hahaha
Yang pasti, alhamdulillah kenyang sudah kami satu family dan untuk Domino's terima kasih banyak kerana sudi memberikan bermacam jenis kempen diskaun dan sebagainya untuk para pelanggan. So far selama menjadi pelanggan Domino's alhamdulillah memang sentiasa happy bukan hanya dengan rasa dan menu-menunya malah untuk layanan daripada para staff yang bertugas juga.


Dah kenyang, apa tunggu lagi.... jom balik !!!  Ada masa ada peluang ada kelapangan, kita datang lagi ye anak-anak......  dan kepada pihak Domino's semoga terus maju jaya.. ameen!



#itsallaboutyou #dominomy 



17 comments for "Operasi Jamu Selera Di Domino's Bersama Famili Sempena Kempen - It's All About You "

  1. aduhai perut duk menyanyi ddah ni bila nak lunch niiiiiiii T_T

    ReplyDelete
  2. Fav dilah 1 family makan Domino's pizza.. tiap bulan at least sekali mesti makan pizza ni.. sedap sangat kan sis makan pizza ni.

    ReplyDelete
  3. Domino's Pizza memang sedap. Puas hati makan

    ReplyDelete
  4. wahhhh,, lama juga ya sebenarnya domino's ni dah bertapak kan...dekat domino's yg paling ekin suka dia punya mozarella stick dia tu..nyum22

    ReplyDelete
  5. Ermm lama dah Dominos ni ada kat Malaysia rupanyaa :) Tahniah Domino's Pizza

    ReplyDelete
  6. beli satu xcukup kan.. sama la kita haha

    ReplyDelete
  7. nampak sedap yg ada cheese tarik tu. tak pernah try letak extra cheese

    ReplyDelete
  8. Domino's ni memang best, servis cepat

    ReplyDelete
  9. meriahyaaa ..terliur eh!!nak order jugak lah!

    ReplyDelete
  10. Sedap betul dapat makan Domino's.. servis pun pantas..

    ReplyDelete
  11. setiap kali tengok setiap kali tu laparrrr

    ReplyDelete