Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Cuba SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Untuk Pencerahan & Kesegaran Feminin Wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Untuk Pencerahan & Kesegaran Feminin Wanita | Apabila bercerita tentang 'kebersihan feminin' tidak dinafikan ada banyak produk yang ada di luar sana untuk bahagian keintiman wanita ini tetapi dalam banyak jenama tersebut, antara yang amat ku suka adalah Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White. Makin suka sebabnya bukan hanya berbau wangi dan boleh beri rasa segar sepanjang masa tapi turut mengandungi bahan semuljadi yang sangat bagus untuk bahagian intim wanita seperti manjakani, daun sireh dan juga kayu rapet. Kiranya Sumber Ayu ni pembersih wanita yang masih mengekalkan ciri tradisional tetapi turut digabungkan dengan elemen moden.


Bercerita tentang bahagian keintiman wanita ni, pernah tak korang terfikir kenapa kat kawasan di sekitarbahagian intim kita tu lebih gelap jika nak dibandingkan dengan kawasan kulit badan yang kita yang lain? Haa... masalah kawasan intim gelap ni bukannya berlaku kat korang je tau, yang lain-lain pun sama okay.. kerana itulah wujudnya produk Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni.

Antara punca sebenar yang telah menyebabkan perubahan warna tersebut adalah seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan rutin bercukur yang kerap. Tapi lepas ni kita tak perlu risau lagi dah kerana dengan munculnya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni kita akan dapat mencerahkan kulit di kawasan tersebut dan secara tak langsung pastinya akan berasa lebih happy lepas ni. 

Diperbuat Daripada Bahan Pemutih Semulajadi


Bahan yang terkandung di dalam Ayu 3X Whitening Pearly White ini sangat istimewa. Ia mengandungi 3 jeni ekstrak pemutih semulajadi yang akan membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. 3 bahan tersebut adalah licorice, bengkoang dan juga susu.

Licorise telah digunakan sejak berabad yang lalu bukan saja oleh masyarakat Asia malah turut digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Bengkoang pula mengandungi vitamin B1 dan C yang membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Manakala susu itu sangat bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.  




Sangat Istimewa Dan Halal


Tak semua produk pencuci yang ada di pasaran sesuai untuk kawasan tersebut. Ini kerana hanya pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5 saja yang sesuai digunakan.

Memahami kepentingan tahap keseimbangan tersebut, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dicipta dengan kandungan tahap pH yang sesuai iaitu pH 3.5 untuk memastikan kawasan feminin berada kita dalam keadaan yang selesa . Ia juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan. Selain daripada 3 ekstrak pemutih semulajadi di atas, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga mengandungi kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional dan istimewa kali ni dalam kuantiti berganda untuk faedah yang lebih besar kepada pengguna.




Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta menjadikan hubungan perkahwinan lebih mesra.



Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah halal dan bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga  dapat memberikan keselesaan kepada pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Apabila ramuan-ramuan ni bergabung di dalam Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ianya dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin, membantu pertumbuhan semula kulit serta dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.



Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Produk Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dengan penambahbaikan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.



SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.


3 comments for "Jom Cuba SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Untuk Pencerahan & Kesegaran Feminin Wanita"