Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Keseronokan Menerima Barang Yang Dibeli Melalui 11.11 Shopping Festival Lazada Mula Terasa

Keseronokan Menerima Barang Yang Dibeli Melalui 11.11 Shopping Festival Lazada Mula Terasa  | Assalamualaikum korang... kalau korang perasan tarikh 11 November atau pun 11.11 yang lalu telah berlakunya kempen jualan murah dengan diskaun sehingga 90% yang dibawakan oleh Lazada Malaysia.


Istimewa untuk semua pelanggan setia, pihak Lazada mengadakan kempen 11.11 Shopping Festival ini dengan pelbagai tawaran menarik dalam bentuk diskaun, baucer, permainan dan sebagainya khas untuk kaki-kaki shopping online. Ramai yang telah turut serta dan tidak terkecuali daku sendiri yang turut tak nak terlepas peluang baik tu bahkan dari awal lagi daku dah siap sedia dengan meneropong beberapa barang yang ku hajati. Tiba saja detik 11.11 terus klik 'check out' . Yelah, kalau lambat nanti kehabisan stok pulak.. kan rugi tu.... 


Apa yang ku beli ketika Lazada 11.11 Shopping Festival ?
Jawapannya adalah lampin pakai buang jenama PET PET untuk si Kasih Sufi.




Penjimatan Harga Yang  Sangat Ketara

Sebagai seorang ibu yang sering membeli lampin pakai buang melalui pasaraya maka secara tidak langsung daku sudah boleh tahu harga yang sering di jual untuk lampin pakai buang ini di pasaran. Untuk jenama Pet Pet ini sendiri, harga yang di jual dalam pasaraya kat kawasan rumahku ini adalah di antara RM26.90 sehingga RM28.90 se pek.


Tetapi berdasarkan harga yang ditawarkan oleh Lazada 11.11 Shopping Festival jumlah yang perlu di bayar hanyalah sebanyak RM69 sahaja untuk 4 pek !! Ini bermakna jika dihitung secara lebih terperinci nilai yang perlu ku bayar untuk membeli lampin pakai buang jenama Pet Pet ini hanyalah sebanyak RM17.25 sahaja per pek !! Secara tak langsung, jumlah penjimatan yang telah berjaya ku perolehi adalah sebanyak RM40. Banyak tu......




Shopping Dengan Selesa Tanpa Sebarang Caj Pengeposan

Mungkin masih ada yang menganggap shopping online melalui Lazada ni tak best tapi hakikatnya daku sangat-sangat rasa bersyukur dengan adanya kempen jualan murah sebegini. Sebagai seorang ibu dengan jumlah anak yang ramai, saat-saat boleh shopping online dengan aman di tambah dengan servis penghantaran percuma ssememangnya sangat-sangat membantu sehingga membuat ku rasa sangat happy.



11.11 aku order dan beberapa hari selepas itu lampin pakai buang Pet Pet yang ku tempah telahpun selamat tiba sehingga ke depan pintu rumah dalam keadaan yang baik, alhamdulillah.. syukur ! Bukan hanya aku je yang rasa happy tetapi juga si Kasih Sufi yang sangat teruja melihat lampin yang sering di pakainya telah menjelma dengan banyak di depan mata.


Selain daripada Kasih of courselah suami... Mr Qamar turut puji kepandaian isterinya kerana alert dengan kempen jualan murah sebegini dan kepujian tu makin melambung kerana daku telah dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan famili.

Tak Sabar Tunggu Shopping Festival Lazada Yang Berikutnya!

Terlepas 11.11 Shopping Festival  dari Lazada? Jangan risau kerana Lazada akan adakan lagi kempen jualan murah sebegini dalam masa sebulan dari sekarang iaitu pada 12.12 nanti. Make sure korang alert dan bolehlah juga cuba menabung sedikit wang dari sekarang untuk membeli barangan keperluan yang penting sebagaimana daku telah membeli lampin pakai buang dari jenama Pet Pet ini. Ohya! Bukan hanya ada dari jenama Pet Pet ni saja tau, jenama lain seperti Drypers , Huggies dan lain-lain pun ada. Boleh dikatakan hampir semua jenama ada membuat potongan cantas harga tahap melampau melalui kempen tersebut.


Nak jimatkan duit dalam kocek untuk membeli barangan kegunaan? Sertailah peluang keemasan untuk membeli belah dengan aman, selamat dan seronok melalui pelbagai kempen jualan murah yang senantiasa di bawakan oleh pihak Lazada Malaysia dari masa ke semasa. Dikesempatan ni daku nak ucapkan juga terima kasih pada pihak Lazada kerana dapat memberi peluang untuk ku shopping barangan anak-anak dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran biasa.

12.12.2018  - is the next Shopping Festival by Lazada !! InshaAllah, I will be there. 


Ehhhh.... korang pun ada shopping kat Lazada yer? Beli apa tu?





    10 comments for "Keseronokan Menerima Barang Yang Dibeli Melalui 11.11 Shopping Festival Lazada Mula Terasa "

    1. Best kan bila dapat beli barang yang murah..dapat berjimat

      ReplyDelete
      Replies
      1. itulah... puashati rasa bila dapat jimat mcm ni... hehe

        Delete
    2. Untung la kasih dapat pampers banyak hihihi

      ReplyDelete
      Replies
      1. untung gak mama ngan abahnya sebab dpt jimat duit haha

        Delete
    3. berbaloii beli masa sales besar besaran, jimat sangatt

      ReplyDelete
      Replies
      1. memang sangat berbaloi... sales bulan depan hajatnya nak beli lampin gak.. hehe

        Delete
    4. Replies
      1. TQ gak kat lazada sbb sudi anjurkan kempen jualan murah ni

        Delete