Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LAZADA 11.11 Shopping Festival - Satu Hari Istimewa Untuk Bikin Hati Wanita Cair

"Jom shopping!!" Perghhh kalaulah suamiku sebut perkataan 'jom shopping' ni rasanya dakulah wanita paling bertuah atas muka bumi ni kerana perkataan shopping itu sendiri telah mampu menghiburkan hati aku. Kerana itu kalaulah kalian seorang suami yang sedang pening kepala dek kerana sikap isteri yang tiba-tiba merajuk akan sesuatu, korang ajak je si isteri tersayang tu pergi shopping, gerenti wajah yang masam mencuka akan kembali ceria bercahaya. Takde masa nak bawa isteri pergi shopping? Takde masalah. LAZADA Malaysia kan ada!!

Kat LAZADA tu korang boleh puaskan hati isteri dengan sepenuhnya kerana kat sana ada pelbagai jenis produk untuk di pilih daripada pakaian, beg, perkakas rumah dan lain-lain lagi. Bukan hanya barangan untuk isteri tetapi untuk si suami dan anak-anak pun ada sekali. At least sambil pujuk isteri tu dapat jugalah cuci mata dan beli barang sendiri juga. Jimat masa dan makin juga menjimatkan kos pos. 

Ohya! Kalau nak lebih untung dan menjimatkan boleh cuci mata dulu masukkan barangan pilihan ke dalam 'troli' kemudian buat bayaran tersebut pada 11.11 nanti. Kenapa 11.11? Ini kerana pada tarikh keramat itu Lazada akan membuat promosi besar-besaran melalui kempen 11.11 Shopping Festival khas untuk seluruh rakyat Malaysia pada 11 NOVEMBER 2018

LAZADA 11.11 IS COMING !

11.11: Jualan Satu Hari Terbesar Yang Akan Mengemparkan

Mengapa akan bakal mengemparkan? Ini kerana pada hari tersebut akan berlakunya jualan kilat dengan harga gila-gila, permainan aplikasi untuk harga rendah dan juga pelbagai tawaran Baucar, segalanya ini hanya pada 11.11 di Lazada Malaysia!

LAZADA yang sememangnya terkenal sebagai salah sebuah pusat membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara ini juga akan turut memberi diskaun terbesar dan paling hebat termasuk jualan kilat, tawaran panas, hadiah besar dan banyak faedah lain istimewa untuk dinikmati oleh semua para pelanggannya dari seluruh Malaysia hanya pada hari tersebut sahaja.


Harga dengan tawaran panas dan jualan kilat untuk setiap jam pada 11.11 itu boleh disertai oleh sesiapa saja yang mengunjungi laman web LAZADA dengan menggunakan aplikasi Mobile LAZADA yang semakin berkembang dan heboh diperkatakan sekarang ini.

Antara kelebihan utama jika membeli-belah melalui LAZADA pada hari tersebut itu adalah diskaun mewah di semua kategori termasuk telefon bimbit dan tablet, peralatan rumah, kamera, elektronik peribadi, fesyen, sukan dan banyak lagi.



Peluang Baik Jika Berbelanja di Lazada Pada 11.11 2018 !
  • Boleh main slash It dan Shake It , sesi permainan di aplikasi Lazada!
  • Boleh kumpul baucer sehingga RM11,000,000!
  • Boleh rebut Jualan Flash Crazy serendah RM1!

Naik rambang mata kan tengok semua tu... murah giler-giler!! Memang berbaloi sangat-sangat. Daku sendiri dah start godek-godek dan kalau boleh nak beli semua.... walaubagaimanapun, terdapat  TIGA (3) produk utama yang ingin ku beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival yang akan berlangsung pada 11 NOVEMBER 2018 tersebut , iaitu :

1. HANDPHONE HUAWEI - dari RM309 ke RM 2?8 



Handpone memang daku nak beli untuk dihadiahkan pada anak ke dua yang baru duduki UPSR bulan lalu. Sebenarnya syarat untuk setiap anakku miliki handphone sendiri hanyalah apabila sudah berusia 12 tahun dan berjaya dengan agak cemerlang di dalam USPR so memang harus daku beli sebuah telefon bimbit sebagai hadiah kerana memang itu syarat yang telah ditetapkan pada mereka sejak dari dulu. Sebelum ini telah beli handphone untuk anak sulung setelah selesai UPSR dan kini giliran anak yang ke dua pula.

2. LAPTOP ACER - dari RM1299 ke RM ?,?39 

Jika handphone tadi untuk anak yang ke dua sempena kejayaannya menempuh UPSR, laptop ini punya untuk anak sulung yang telah selesai menduduki peperiksaan PT3 juga pada tahun ini. Kiranya tahun ini dua anakku menghadapi peperiksaan besar. Hmmm.... leh bayangkan tak camana nervousnya daku menghadapi saat ini. Anak sulung dah dapat handphone semasa selesai duduki exam UPSR dulu maka kali ini upgrade ke laptop pula. Inilah cara yang daku dan suami praktikkan untuk anak-anak supaya berusaha dan dalam masa yang sama tidaklah mereka berani untuk terlalu meminta-minta. InshaAllah tiba masa mak ayah mereka sendiri akan memberi sesuai dengan situasi masing-masing.

3. BENCH CHAIR - dari RM199 ke RM 1?9

Ini tak lain dan tak bukan hadiah untuk diri sendiri sebabnya daku dalam mission nak start upgrade perabot rumah cause perabot lama banyak dah rosak akibat banjir besar kat Kelantan dulu. Daku memang suka perabot yang simple simple dengan minimalis look gini. Tak serabut! Hehe.... normal la kan, lain orang lain citarasanya.


11.11 - Hari Yang Akan Ku Nantikan !! 

Yang penting, selain dapat peluang membeli dengan harga gila murah, kita juga tidak perlu membuang masa beratur panjang dan kesesakan lalu lintas sebaliknya boleh barang yang diinginkan dari keselesaan rumah sendiri. Then LAZADA akan menghantar barang hingga ke depan pintu rumah! Awesome !!





Seperkara lagi, kalau tak punya masa, tak perlu juga untuk duduk tunggu depan laptop kat rumah, boleh jer pergi ke mana saja sambil rebut peluang ni, well aplikasi LAZADA kan ada? Download je ke handphone untuk beli semua barangan tu. Hashtag # MYLazada1111 juga turut disediakan jadi dapatlah kita jejaki apa yang terbaru atau tawaran istimewa yang eksklusif kepada pengguna media sosial.

Sayangnya satu jer! Kalaulah encik suami dapat belanja daku untuk shopping pada 11.11 tu alangkah beruntungnya badan... happy giler kalau di suruh shopping ni... tak perlu banyak dapat RM50 atau RM100 pun dah okay sebabnya masa tu nanti kan harga tengah merudum hingga boleh cecah tanah. Hmmm.... agaknya daku sendiri yang perlu buat merajuk minta suami pujuk ni.



Kalau tak buat merajuk, maybe buat muka cute comel-comel..... takpe nanti tengok dulu mood suami macamana. Jika perlu merajuk, buat muka merajuk dan jika perlu comel buat muka comel-comel. Haa gitu.... Pandai-pandailah tengok mood suami nanti macamana pada hari sebelum 11.11 tu.

Yang pasti, awas ya para suami di luar sana, andainya para isteri kalian merajuk atau terlajak comel pada 11.11 ini bermakna mereka sedang bersekongkol beramai-ramai untuk mendapatkan duit lebih demi untuk shopping di LAZADA Malaysia !!!

Opsss..... Shhhh.. jangan bising-bising... nanti misi para isteri tak menjadi... Hahaha.... anyway, thank you LAZADA Malaysia for this great opportunity.... luv it!! Wait for me.... im coming on this 11.11 Shopping Festival


10 comments for "LAZADA 11.11 Shopping Festival - Satu Hari Istimewa Untuk Bikin Hati Wanita Cair"

  1. dah scroll semalam, tak checkout lagi sebab takpuas lagi haha!

    ReplyDelete
  2. Jarang sangat soping online tapi pernahlah jugak sekali dua.... Nak merasa kan hahaha...
    Kiranya tak sabar sungguh nak tunggu 11.11 ni ye Awa

    ReplyDelete
  3. wow.... menariknya... murah giler barangnya.... mmg perlu tuk blogging tu brg awa pilih....

    ReplyDelete
  4. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  5. Woww menarik tu. Nanti nak pilih barang masuk troli banyak-banyak hehe

    ReplyDelete
  6. Good luck!
    Wah! menjunam banak harga phone tu kan

    ReplyDelete
  7. Adoi.. rambang mata dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. Kita pon tak sabar tunggu 11nov. Kalau nak suruh pilih 3 tu memang tak dapat la sebab rambang mata bila dah tersesat masuk lazada.hahaha

    ReplyDelete
  9. Untung anak sis mummy nak beli hp dan laptop tu

    ReplyDelete