Makanan Bayi Toddible - Halal Semulajadi Dengan Pengekalan Khasiat Yang Penuh
Assalamualaikum. Hari ni daku nak bantu beri info tentang satu produk makanan yang di beri nama TODDIBLE. Terus terang ini adalah kali pertama daku mencubanya untuk Awwal dan juga Kasih. Sebab utama mengapa daku berminat untuk mencuba makanan bayi dan kanak-kanak daripada jenama Toddible ini adalah disebabkan oleh penampilan produk itu sendiri yang merupakan produk-produk makanan bayi 100% semulajadi yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim Bumiputera tanpa sebarang pengawet dan perasa tiruan.
Terdapat banyak produk-produknya dan ku sempat untuk mencuba sebanyak 4 (empat) jenis seperti yang kelihatan di dalam gambar di bawah ini.
Terdapat banyak produk-produknya dan ku sempat untuk mencuba sebanyak 4 (empat) jenis seperti yang kelihatan di dalam gambar di bawah ini.
Sebagaimana biasa, sebelum daku memberi apa-apa produk terutama makanan yang akan diberiikan pada anak-anak, daku akan cari info dulu tentang keistimewaan produk tersebut. Jika tadi daku telah mendapat info awal tentang isi kandungannya tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan namun apakah benar produk ini bagus sehingga ke tahap itu?
Dek kerana persoalan terbabit daku meneruskan lagi misi pencarian dan akhirnya secara tidak langsung dapatlah tahu akan diri empunya pengasas jenama Toddible itu sendiri. Beliau yang aku maksudkan adalah Puan Amalina Mohd Daud yang kini berusia 29 tahun.
Pertama kali terbaca akan kisahnya, daku dah jadi semakin tertarik. Apa tidaknya, beliau bukan saja seorang ibu muda yang cantik malahan juga beliau turut mempunyai latarbelakang dalam bidang perubatan dari Universiti Islam Antarabangsa hingga mempunyai gelaran doktor. Doktor Amalina itulah panggilannya.
Setelah berkahwin dan dianugerahkan cahayamata yang ke dua, akhirnya Puan Amalina mengambil keputusan untuk melepaskan kerjayanya demi anak-anak tercinta. Mungkin sudah ditakdirkan, apabila berada bersama anak-anak, Puan Amalina mula terfikir akan isu pemakanan anak-anaknya yang agak merisaukan kerana sering diletakkan bahan pengawet, perasa dan pewarna yang agak kurang bagus untuk kesihatan.
Berkat rasa sayang seorang ibu berserta suntikan rasa jiwa seorang doktor akhirnya beliau nekad untuk mencari maklumat menerusi Internet dan sebagainya untuk menghasilkan makanan bayi yang terbaik untuk anak-anaknya. Bermula dari saat itulah kini beliau telah berjaya menghasilkan produk-produk yang telah diharapkan dan usaha murni itu turut ingin digunakan untuk membantu ibu-ibu lain di luarsana demi untuk cahayamata kesayangan masing-masing.

Doktor Amalina Mohd Daud - pengasas TODDIBLE |

Toddible ditubuhkan pada Jan 2017 atas kesedaran bahawa begitu susahnya mencari makanan bayi sihat di pasaran. Toddible adalah alternatif makanan bayi sihat yang BEBAS gula, garam, perisa tambahan dan bahan pengawet. Toddible kini mempunyai 20 produk yang boleh dinikmati bayi seawal 4 bulan hingga 2 tahun.
Mesti korang dah boleh tahu mengapa daku berani mencuba produk ini pada anak-anak selepas tahu siapa pengasasnya tu kan? Sekarang daku nak kongsikan tentang 4 (empat) jenis produk yang telah selesai ku cuba baru-baru ini bersama Awwal dan Kasih.

Fruitbites ini adalah seperti snek ataupun biskut yang rangup untuk di gigit tetapi terus cair di dalam mulut selepas terkena airliur. Sebagaimana yang telah diberitahu tadi ia tanpa sebarang perasa tiruan jadi fruitbites ini adalah 100% daripada buah sebenar dan terdapat 3 jenis buah yang telah dipilih untuk menghasilkan fruitbites ini iaitu jagung, strawberi dan juga pisang. Yang daku dah cuba adalah pisang dan strawberi.
Snek fruitbites ini sesuai untuk baby dari usia seawal 8 bulan yang dah start ada gigi tu so bestlah bila dapat di gigit-gigit dan pembungkusannya yang menarik penuh warna-warni juga telah membuatkan anak-anak aku overexcited nak cepat-cepat try hinggakan bila daku minta Awwal pilih salah satu dia terus mula buat muka confuse.... ciannya anak mama ni.... pening tak tahu nak pilih yang mana satu ye sayang...
Awwal tengah confuse |
Akhirnya, untuk permulaan Awwal telah membuat keputusan untuk memilih strawberi. Bila di buka bungkusan tu terus nampak rupanya yang sebenar. Seriously, betul-betul macam rupa potongan strawberi. Cute sangat. Baunya juga semerbak memanggil-manggil untuk terus dinikmati.
Bila daku sebut, nanti kejap mama nak ambil gambar dulu sekali lagi Awwal buat muka confuse, apalagi naik gelisah si Awwal tu sebabnya terpaksa tunggu lama. Hahaha.... inilah penasaran apabila menjadi anak kepada seorang blogger.. nak makan kena tunggu mama snap gambar dulu untuk dikongsi dengan orang lain. Sabar ye sayang! Kejapppp je lagi,....
Sedang ready nak ambil gambar sempat lagi dia sumbat dalam mulut... hahahaha... kan dah kata, tak leh tahan beb!! Baunya tu dah semerbak. Tersipu malu si Awwal bila mama snap dia tengah dok sumbat fruitbites dalam mulut makan sorang-sorang... =D
Haaaa...... 'curi-curi' makan eh!!! mama nampaklah.... hahahaha |
Kesian pula pada Awwal so jalan terbaik, daku buka terus dua-dua dan masukkan ke dalam pinggan. Kali ini bukan anak je akan makan tapi dengan aku sekali nak telan! Aduhhh bertuah punya mama.... takpelah nanti kita beli untuk second round.
Manalah tak terliur, bau sedap dengan rupa yang menyelerakan dan kalau nak tahu rasanya memang betul-betul pisang sebab dah memang pisang asli dan strawberi juga sama cuma ianya dah difreezeedried hingga menyerupai seperti snek yang rangup tika di gigit dan cair di mulut tika sedang dinikmati... mabeles!! mabeles!! Serius sedappp...
- Corn / Jagung 30g ( RM 17 )
- Pisang / Banana 20g ( RM17 )
- Strawberi / Strawberry 20g (
RM18 )
Memang bagus kerana boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan dan sesuai untuk anak bermula umur 8 bulan ke atas. Fruitbites merupakan pilihan bijak buat ibu yang pentingkan kesihatan anak-anak, tak perlu lagi di beri jajan tu... Confirm anak tak meragam dapat kunyah Fruitbites ni
Toddible Toddler Porridge
Si Kasih pun dah terjatuh cinta dengan packagingnya. Ada gambar panda.... mau Kasih tak suka. Ohya, sesuai juga untuk travel kerana peknya ni adalah jenis yang boleh di tutup (Seal) semula so tak perlu lagi di letak dalam bekas lain. Bawa dalam bentuk bungkus macam ni pun dah okay. Then nak sediakan masa dalam kereta ke, dalam bas ke... semua boleh. Jangan lupa bawa bekalan air panas sudahlah.. Daku sendiri rasanya akan bawa juga untuk travel nanti. InshaAllah.
Inilah rupanya setelah diletakkan air panas. Harga untuk sebungkus adalah RM19.90 , bagi aku kuantiti dan harga alhamdulillah berbaloi kerana boleh tahan agak lama juga. Almaklumlah baby bukannya makan lama pun. Ohya, bukan hanya baby tapi boleh juga di beri pada anak-anak yang lain. Takde masalah!!
Toddible's Happy Floss
Makan bubur nasi kosong je? Mana sedap!! Kerana itu pihak Toddible turut mengeluarkan produk sampingan yang boleh dinikmati bersama bubur nasi tadi. Antara bahan makanan 'lauk' sampingan yang paling terkenal daripada pihak Toddible ini adalah Happy Floss.
Daku pada mulanya agak terkejut juga, yelah... serunding kot! Serunding tu kan cerewet untuk di buat dan amat perlukan masa yang sangat lama tetapi pihak Toddible berjaya hasilkan produk sebegini dengan bantuan mesin berkualiti tinggi sehingga berjaya menjadi makanan dalam tekstur halus untuk kanak-kanak khususnya.
Toddible Happy Floss ini tak ubah seperti satu makanan khas untuk anak-anak. Isi kandungannya pula adalah madu, inulin, vitamin C, sos soya, protein soya dan yang paling penting ianya sama sekali bebas dari gula, garam, MSG dan bahan pengawet. Sangat sesuai sebagai tambahan ke dalam bubur mahupun sebagai kudap-kudapan untuk bayi setahun ke atas. Inulin yang ada akan turut membantu penghadaman bayi dan mengelak dari bayi sembelit.
Toddible Happy FLoss didatangkan di dalam 2 (dua) jenis iaitu:
1. Tuna floss / ikan
2. Beef floss / daging
Formulasi istimewa ini hanya menggunakan daging lembu kualiti terbaik yang telah diimport khas dari Australia dan daging ikan tuna yang fresh sebagaimana lazim diperoleh dari negara Jepun. Bau aroma savoury nya boleh bikin air liur bergenang di tekak, sangat-sangat menyelerakan. Tekstur halus dan gebu memang sangat menyenangkan kerana dengan mudah akan terlarut setelah masuk ke dalam mulut anak. Takdelah perlu risau anak tercekik!
Alhamdulillah, anak-anakku sendiri dapat nikmati semua menu yang ada dengan senanghati. Awwal dan Kasih dapat berkongsi makanan dan makin happy semestinya diriku sendiri kerana dapat meluangkan masa bersama anak ketika sesi beri makan dalam keadaan aman dan tenang tanpa perlu kejar ke sana sini macam dulu lagi.
Pada pihak Toddible terima kasih banyak kerana bersusahpayah fikirkan cara untuk memberikan makanan yang sihat dengan cara yang mudah dan cepat sebegini. Atleast ibu yang berkerjaya tu akan lebih gembira berbanding dulu dan jika mahu membuat pembelian, mahukan info pemakanan, kesihatan, perkembangan dan ilmu parenting dari pihak Toddible, sila ke :
Blog : https://toddible.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/AmalinaMohdDaud
Apa pendapat korang tentang Toddible ni? Cer komen kat bawah tu... TQ
Facebook : https://www.facebook.com/AmalinaMohdDaud
Apa pendapat korang tentang Toddible ni? Cer komen kat bawah tu... TQ
baguslah ada makan makanan macam ni, comel pulak tu packaging
ReplyDeletenak bagi pendapat tu xtaw sebab kita ada baby nak cuba hahhaa... suka jah kasih makan tu
ReplyDeleteBagus la ada makanan baby macam toddible ni.. memang banyak membantu ibu2 yg bekerja macam dilah ni yang biasa buat homemade jer untuk bekalan ke rumah babysitter sbb tak nak letak garam, gula dan perasa tambahan lain. lain kali boleh try toddible ni la..
ReplyDeletebagus laa camni..blh try utk baby...next mth dia dah start nak makan dah..heheh
ReplyDeletekita mesti nakkkan yg terbaik utk anak kan
ReplyDeleteSuka sangat dengan Fruitbites tu sebab boleh buat sebagai kudapan anak anak. Daripada beli jajan yang tak berkhasiat. Sangat recommended kepada parents belikan untuk anak anak.
ReplyDeleteBoleh cuba bagi Zulaikha ni..
ReplyDeleteDah try! Memang sangat membantu mak mak nak sediakan makanan berkhasiat untuk anak... Yang penting senang nak bawak berjalan.. Hehehe
ReplyDelete