Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menjamu Selera Tengahari Di Elly Impian Cafe , Rumah Rehat Kampar , Perak

Menjamu Selera Tengahari Di Elly Impian Cafe , Rumah Rehat Kampar Perjalanan Ke Perak Demi Untuk Bercuti Bersama Team BPT ( Blogger Pantai Timur ) ku teruskan lagi menyelusuri laluan menerusi bandar kecil Gerik untuk terus ke Bidor. Daku anggarkan masa untuk kami tiba ke The Cedar @ Bidor adalah dalam pukul 3 ke 4 petang. Ini kerana, daku dah berjanji untuk bertemu dengan Kak Sheila Inspire dan keluarganya untuk makan tengahari bersama-sama sebelum checkin. Kebetulan daku dan Kak Sheila memang ikut arah laluan yang sama so ada baiknya terus jumpa je untuk makan tengahari together... Cuma, pada mulanya naik pening jugalah kepala ni dok fikirkan kat manalah nak berhenti untuk makan tengahari ni.... 

Fikir punya fikir, dengan jadual perjalanan dan sebagainya, akhirnya daku buat keputusan untuk makan tengahari bersama Kak Sheila Inspire dan keluarganya di Kampar. Haaa ini pertama kali daku tiba ke Kampar tau. Apa yang membuatkan daku berhajat untuk jadikan Kampar sebagai tempat singgahan yang ke dua adalah disebabkan terdapatnya sebuah rumah rehat yang dikenali sebagai RUMAH REHAT KAMPAR



Pertama kali menjejakkan kaki kat sini, hampir tersesat korang... bukan sesat kerana salah cik GPS tapi sesat sebab mata sendiri yang terlepas nampak papan tanda. Mujurlah pihak Rumah Rehat Kampar ni memang awesome, bila call kata mereka kami memang dah tak jauh malah hanya terpisah di sebalik pagar saja. Hahaha.... lawak betoi! So pada korang yang berhajat untuk ke Rumah Rehat Kampar ni korang boleh tetapkan lokasi Sekolah Chung Hwa Kampar dan Rumah Rehat ni betul-betul di sebelah kanan bertentangan dengan Sekolah Chung Hwa tersebut. 


Alhamdulillah pada hari tersebut daku dan famili Kak Sheila tiba dalam anggaran masa yang sama sebagaimana yang telah kami janjikan. Syukur Allah SWT mudahkan perjalanan kami hingga dapat tiba mengikut masa yang telah ditetapkan. Tiba je kat sana Puan Elly selaku owner Elly Impian Cafe dah siap sedia menanti ketibaan dan makin teruja sebabnya Puan Elly sangat peramah. Wajah ramah penuh senyumnya tu membuatkan kami rasa macam sedang berada di rumah saudara sendiri. Makin bermakna of course lah sebab leh cakap utara kan? Daku sendiri dah lama tak menutur utara ni... mujur lidah tak belit-belit...


Sambil berbual dengan Puan Elly, rupa-rupanya Elly Impian Cafe dan Rumah Rehat Kampar ini ada keistimewaannya yang tersendiri berdasarkan apa yang telah berjaya ku lihat pada hari tersebut. Yang pertama adalah pada suasananya yang sangat damai, aman dan tenteram. Yang ke dua adalah pada fasilitinya yang sangat lengkap dan yang ke tiga semestinya adalah makanannya. Haaa makanan kat Rumah Rehat Kampar yang ' di sampaikan' melalui Elly Idaman Cafe ni bukannya menu masakan melayu semata-mata tetapi chinese! Terkujat jugalah kami semua pada hari tersebut tatkala melihat menu yang ada. Yang pasti menu kat sini memang 100% chinese style dari lauk pauk hinggalah ke noodles. 

Walaubagaimanapun, Elly Idaman Cafe ni boleh juga menyediakan menu masakan melayu terutama bagi para pelanggan yang mahu adakan sebarang majlis di Rumah Rehat Kampar ini kerana Rumah Rehat Kampar ini bukan saja ada bilik-bilik untuk bercuti semata-mata bahkan ada juga dewan dan laman yang luas special untuk yang mahukan lokasi untuk adakan majlis seperti perkahwinan dan sebagainya.



Alang-alang bercerita tentang bilik, sempat jugalah daku bertanya pada Puan Elly berkenaan harga bilik dan percaya ataupun tidak harga sebilik untuk Rumah Rehat Kampar ini hanyalah di dalam anggaran RM80 sahaja dan jika mahukan bilik VVIP , harga untuk bilik yang lebih special ini hanyalah dalam anggaran RM100. Murah giler!! Sudahlah murah, ada pool pulak tu dan pool ini di buka selama 24jam so dapatlah korang terjun pada bila masa yang dinginkan.


Rumah rehat Kampar ni kiranya memang agak famous jugalah kat area Kampar tu dan kalau nak tahu ianya turut dijadikan sebagai salah satu lokasi yang sering dijadikan sebagai tempat shooting dan nak dijadikan cerita saat daku tiba tu ada pengambaran yang sedang dilakukan kat situ dan antara artis yang sedang berada di Rumah Rehat Kampar waktu tersebut adalah Safura , Izzue Isalam dan lain-lain lagi. Sempat jugalah snap gambar dengan Hakak Safura yang sedang berehat di tepi pool sambil memantau anak-anaknya yang sedang mandi pool dengan riangnya. Pada pendapat aku Kak Safura alhamdulilah okay sebabnya walau kami kacau 'me time' beliau tu tetapi beliau tetap sporting tatkala di ajak bergambar.


Asyik berbual akhirnya menu kami semua selamat terhidang menunggu masa untuk kami nikmati. Saat ini masing-masing mula terpampan dengan segala macam menu yang ada di atas meja. Nak tahu apa menu yang kami makan pada hari tersebut? Antaranya adalah Dory Masam Manis, Ayam Cili Kering, Sizling Tauhu dan juga Kailan Ikan Masin.


DORY MASAM MANIS

Dory masam manis ni adalah isi ikan dory tanpa tulang yang telah di goreng tepung dengan tekstur yang lembut di dalam dan rangup di luar. Apa yang makin bestnya, rasa masam manis sosnya yang sesedap rasa tanpa rasa pedas melampau dan menu ni bagi aku amat sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas juga. Untuk yang golongan dewasa biasa tak usah cakaplah! Beri sepinggan gini makan gitu saja pun boleh licin.

AYAM CILI KERING

Jika menu dory tadi bersifat masam manis, untuk menu ayam ini pula lebih kepada masin pedas dengan adanya campuran cili kering. Nak kata pedas sangat tu tidaklah tapi tetap umph untuk di layan dengan nasi panas.

SIZLING TAUHU

Haaaa ini lah menu yang bagiku paling win! Sizling tauhu ni di hidang panas-panas di tambah dengan kepekatan kuahnya yang telah di campur telur benar-benar membangkit rasa. Makin daku suka kerana menu ini sama sekali tidak pedas dan sangat sesuai untuk di nikmati bersama baby seperti Kasih. Sizling Tauhu inilah yang daku beri pada Kasih dan alhamdulillah, Kasih makan dengan sangat berselera sekali.

KAILAN IKAN MASIN

Akhir sekali kailan ikan masin. Kailan ni kami semua agak terkejut sebabnya hanya minta untuk 1 serving tapi banyakkkkk beb! Kami makan 4 orang dewasa pun rasa banyak giler. Kailan ikan masin ni tidak terlalu pedas dan sedang elok je yang penting sayurnya tu masih ada tesktur rangup tika di kunyah dan tahap fresh jangan cerita la memang terbaik..... Jika di tanya soal rasa, alhamdulillah ke empat-empat menu di atas ini memang sangat perfect dengan selera kami pada hari tersebut.


Lepas makan nasi bersama 4 jenis lauk tadi, masing-masing dah mula menyandar kekenyangan tetapi dalam masa yang sama masih juga teringin nak rasa menu lain yang ada dek kerana hasil tangan tukang masaknya yang bagi kami alhamdulillah, sangat menepati citarasa. So, bertambahlah 3 lagi menu tambahan untuk kami nikmati bersama beramai-ramai pada hari tersebut. Tiga menu itu adalah Krispy Bihun, Ba Wong Mee dan Wan Tan Hor. 

Bila sebut Krispy Bihun, Ba Wong Mee dan Wan Tan Hor ni makin teruja pula jadinya saat terbayang semula rupa setiap menu tersebut. Untuk menu ini memang daripada chinese cuisene yang agak susah nak dapati di mana-mana kedai biasa. Ke tiga-tiga menu ni perlu di makan panas-panas dan yang penting sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak. 





Gabungan mee, bihun dan kueteau dengan kuah yang pekat secukup rasa dengan tambahan bahan seperti sayur, udang dan lain-lain memang awesome! Paling penting of course lah sebab anak-anak leh makan tanpa sebarang masalah. Bagi aku konsep Elly Impian Cafe ini memang sangat bagus kerana walaupun makanan chinese style tapi tetap mementingkan rasa yang balance dengan tekak orang melayu macam kami semua ni. 

Chefnya melayu okay!!! Haaa.... terkulat sekejap bila dapat tahu ada chef pure malay yang pandai masak chinese cuisene. Bila diselidik rupanya memang dah punya pengalaman yang sangat lama dalam bidang ni. Patutlah pun.... peramah pula tu! Leka juga kami dibuatnya bila di beritahu tentang sejarah Elly Impian Cafe dan juga tentang menu yang dihidangkan untuk kami semua pada hari tersebut. Yang pasti, kami semua makan dengan sangat berselera hingga licin! Almaklumlah, time lunch korang.... menu sedap nikmati plak masa lapar mahunya tak best =D



Ohya, sebelum terlupa jika korang mahu membuat tempahan untuk masakan menu melayu juga boleh. Kiranya Elly Impian Kampar ini dapat memenuhi menu makanan mengikut selera masing-masing dan untuk harga tak usah gentar sebabnya harga kat sini memang sangat-sangat berbaloi. 



Untuk Elly Impian Cafe, terima kasih banyak di atas layanan baik kalian dan teruskan servis yang terbaik itu untuk selamanya..... moga perniagaan akan terus maju dan InshaAllah jika ada kelapangan kita akan bertemu semula di kemudian hari... 

Jika perlukan lebih banyak info mengenai Rumah Rehat Kampar samada ingin membuat urusan penginapan dan sebagainya, terus saja hubungi pihak Elly Impian Cafe di :

                                   Facebook : https://web.facebook.com/restoranellyimpian/



10 comments for "Menjamu Selera Tengahari Di Elly Impian Cafe , Rumah Rehat Kampar , Perak"

  1. kalau tengok menu yang terhidangkan,,rasa nak meleleh air liur ni tau..semua nampak sedap

    ReplyDelete
  2. thank you sis hawa share.. Nampak menarik, hehe.. boleh la pergi nanti..

    ReplyDelete
  3. Seronok nampak tempat ni.. Sedap jugak semua tu

    ReplyDelete
  4. Kalau oergi ke area sini boleh try makan kt sini. Nak stay pun murah kan. Bookmark entri ni siap2. Hee

    ReplyDelete
  5. Wah kak murahlah harga peginapan dia antara 80 ke 100..best ada kolam renang sekali syok oh

    ReplyDelete
  6. Murahnya harga dia sis. Siap ada pool lagi. Menu pun nampak sedap semua.

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnya sampai ngences akak

    ReplyDelete
  8. Menu nampak menyelerakan. Warga Perak kena bookmark ni senang kan nak rujuk semula tempat best macam ni..

    ReplyDelete
  9. Kailan ikan masin tu memang favorite sungguh lah, sizling tauhu tak pernah try lagi tapi nampak sedap sangat 😍😍😍

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  10. Kak Elly masak mmg sedap..dah hampir 5 tahun lebih .dah lama rindu ngan masakan nya .first rasa kat pekankampar...sy pun dah pindah....paling sedap wan tan hor n ayam chili kering...best..

    ReplyDelete