Pengalaman Makan Belut Yang Sangat Mendebarkan Di Inaara Restaurant  | Assalamualaikum, hi korang. Jika sebelum ini daku telah kongsikan antara restoran masakan ketam yang best dan sedap di Kota Bharu, kali ini daku nak share tentang satu lagi menu yang pada aku agak rare untuk diterima buat kali pertama dan apakah menu rare yang aku maksudkan untuk kali ini? Jawapannya adalah BELUT.

Pasti ada di antara korang yang berpendapat bahawa menu belut ini adalah biasa tapi tidak bagi aku. Kalau korang nak tahu, daku amat-amat takut dan fobia dengan 'cik u'.... kerana itu daku amat gerun tatkala melihat belut namun dalam masa yang sama menu belut ini adalah salah satu makanan kegemaran suami kerana itu jika ada restoran yang menyediakan belut beliau pasti tidak teragak untuk mencubanya.

Sebenarnya, belut ini ada banyak khasiat terutama untuk beri tenaga dan adakah kerana suka makan belut ini yang menyebabkan suami boleh beri padaku sebanyak 6 orang anak? Mungkin! Hahaha...Namun jangan di lupa yang soal rezeki ini adalah kuasa dari Allah SWT sebenarnya... lain-lain tu asbab je... Tak nak bebel banyak-banyak, yang pasti kali ini daku dan suami telah menemui sebuah restoran yang ada menu belut ini dan restoran tersebut bernama INAARA.

sis hawa dot com

INAARA - Restoran Yang Ada Menyajikan Menu Belut Di Kota Bharu 

Apa maksud Inaara? Maaf korang, daku sendiri lupa nak tanya pada owner restoran tu apakah sebenarnya maksud Inaara ni tambahan pula ketika sampai tu mata telah tertumpu pada perkara lain yang telah mampu membuatkan aku dan keluarga jatuh cinta pandangan pertama. Mana tidaknya, sebaik saja melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam restoran, daku telah di sapa dengan dekorasinya yang penuh dengan lukisan mural.

sis hawa dot com
langkah pertama di sambut dengan wajah restoran yang cantik

Bukan hanya pada bahagian tertentu sahaja sebaliknya lukisan mural ini telah dilukis secara menyeluruh pada lantai dan dinding dengan gambar pemandangan. Cantik beb!! Serius cantik! Dan apabila di tanya pada owner mengenai lukisan mural tersebut kata beliau lukisan itu dihasilkan oleh salah seorang pelukis mural tempatan yakni dari Kelantan juga. Wahhhh... daku sendiri tak tahu ada pihak di Kelantan yang pandai buat lukisan mural secantik ni. Credit untuk owner kerana sanggup bersusah payah 'mewarnai' premis mereka dengan konsep yang menarik sebegini.

Tak nak tunggu lebih lama, daku sekeluarga terus tinjau tempat duduk yang sesuai untuk kami berlapan ni. Alhamdulillah dari jauh kelihatan satu sudut yang ada menempatkan meja panjang yang amat muat untuk daku sekeluarga. Sambil tu daku sempatlah mengerling pada pelanggan-pelanggan lain yang lebih senang memilih untuk duduk di meja makan pada bahagian luar restoran yang berbumbung. Hendak ambil angin malam barangkali.... tambahan pula ketika tu hujan renyai-renyai so memang best... sejukkkkkk je...

sis hawa dot com
misi memesan makanan bermula

Setelah mengambil tempat duduk maka bermulalah sesi mengambil pesanan makanan. Haa bukan mudah untuk anak ramai ni tau! Ada yang nak makan ini, ada yang nak makan itu... aduhh pening pening... Makin bertambah pening tatkala melihat semua menu yang boleh di order. Banyak! Dan naik juling biji mata aku ni bila melihat pada harga! Bukan kerana mahallll tapi disebabkan sangat-sangat berpatutan...... Tak caya? Nah, korang tengok sendiri menu ni...

sis hawa dot com
antara menu yang ada dengan kadar harga yang berpatutan

Daku tak pasti harga makanan untuk tempat korang tu, cuma yang ingin aku katakan, menu di restoran kat Kelantan ni adalah setanding dengan harga makanan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan sebagainya so untuk harga kat dalam menu ni bagi aku alhamdulillah sangat berbaloi dan boleh di terima akal. Disebabkan tidak dapat capai kata persetujuan untuk menu makanan mana yang ingin di pesan, akhirnya Mr.Qamar a.k.a my husband selaku 'big boss' yang ada kuasa veto telah mengeluarkan arahan untuk makan nasi putih bersama dengan beberapa jenis lauk.

Bila dah buat keputusan makan nasi putih bersama lauk sebegini, dengan lajunya suamiku buka mulut untuk mencuba menu belut kerana kat restoran tersebut menu belut adalah yang paling famous sekali. Walaubagaimanapun daku sempat berpesan, kalau tak sedap... daku akan order menu lauk yang lain... tak kira! Suamiku yang sedia faham akan selera tekak isterinya ni hanya mampu membalas dengan senyuman.

sis hawa dot com
abaikan perut buncit tu... ahaks!!

Sementara menunggu menu yang di pesan, daku sempatlah meninjau suasana di dalam restoran. Disebabkan malam tersebut hujan maka pelanggan agak kurang tetapi dalam masa yang sama daku lihat semua pekerja agak sibuk dengan tugasan masing-masing dan dari tadi aku perasan ada je pesanan yang di hantar dari kaunter hadapan ke bahagian dapur. Terdetik kat hati, pesanan tu datang dari mana? Siapa yang nak makan?

Disebabkan aku ni seorang yang agak busy body ( baik mengaku ) , maka daku cuba rapati ownernya untuk mengambil tahu sedikit sebanyak info mengenai Inaara Restaurant ni dan percaya atau tidak, pesanan-pesanan tersebut di terima daripada para pelanggan secara online melalui aplikasi Whatsapp. Ini bermakna, pelanggan restoran ni ramai cuma kehadiran mereka tidak ada di restoran pada ketika itu. Sambil berbual, menu minuman terhidang.... perghhh! Air strawberi dengan aiskrim di atas benar-benar dapat legakan dahaga kat tekak. Minuman ni anak yang order tapi daku sendiri ikut sedut dek kerana terliur.. Opss...

www.sishawa.com
Muhammad Awwal terlajak happy dengan menu air untuknya

Servis Penghantaran Makanan Tanpa Mengira Cuaca Hingga Jam 1 Pagi

Sepanjang aku tinggal di Kelantan inilah kali pertama daku bertemu dengan sebuah restoran masakan panas yang ada menawarkan servis penghantaran makanan yang baru di masak ke tangan para pelanggan dalam masa yang cepat sebaik saja setelah menerima pesanan dan terasa kagum pula kerana penghantaran akan tetap dilakukan tanpa mengira apa jua cuaca bermula dari jam 3 petang sehingga ke jam 1 pagi !!

1 pagi , bukannya 1 petang.... Kiranya, kalau korang stay area Kota Bharu then tetiba rasa malas nak masak, boleh terus whatsapp pihak Inaara , beritahu menu apa yang ingin dinikmati then pihak Inaara akan terus menghantarnya sehingga ke depan tangga secepat yang mungkin supaya dapat korang nikmati dalam keadaan makanan yang masih panas, InshaAllah.

sis hawa dot com
wakil pihak Inaara Restaurant untuk urusan delivery

Bila ditanya, kata owner idea penghantaran sebegini adalah untuk membantu meringankan masalah warga sekitar Kota Bharu yang sering terkejar masa untuk segera pulang ke rumah selepas kerja demi untuk menyediakan makanan yang sedap untuk  ahli keluarga. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuklah masalah kesesakan lalulintas. Haa jangan ingat kat KL je jammed! Kat KB ni pun sesak terutama time puncak masa balik kerja tu.

So, secara tidak langsung dengan adanya perkhidmatan sebegini dapatlah pihak Inaara bantu menyediakan makanan samada ingin di hantar ke tempat kerja mahupun secara terus ke rumah. Bayangkan, balik kerja penat-penat tapi boleh terus duduk baring depan TV bersama keluarga dalam keadaan santai kerana makanan untuk hidangan malam telahpun ada depan mata. Sasaran lain untuk perkhidmatan ini adalah untuk mereka yang mengalami kesukaran seperti para pesakit di hospital, para pelajar di IPTA, penghuni di asrama, pekerja yang perlu kerja lebih masa dan sebagainya.

sis hawa dot com

COD Masakan Panas - Tempahan Dan Penghantaran Adalah Pada Hari Yang Sama 

Tidak hanya sentiasa bersiap sedia untuk melalukan penghantaran sebaik saja menerima tempahan, malah masa penghantaran untuk segera di hantar kepada pelanggan juga turut di ambil kira. Buktinya setelah mendapat pesanan dan alamat, pihak Inaara Restaurant akan turut search location untuk melihat laluan yang betul supaya dapat disahkan lokasi yang sebenar sebelum di tuju.

Bagi aku, walaupun 'search location' ini tampak biasa namun ianya telah dapat memberikan aku persepsi yang pihak Inaara ini sangat komited untuk membantu menghantar makanan dengan cepat dan pantas supaya makanan tersebut masih dapat dinikmati dalam keadaan masih panas sama seperti yang dinikmati oleh para pelanggan di restoran mereka.

sis hawa dot com
Dalam misi untuk menghantar makanan masakan panas untuk pelanggan tersayang

Terleka dengan cerita tentang perkhidmatan penghantaran, tetiba suamiku panggil. Rupanya makanan yang kami pesan telahpun siap sedia untuk dinikmati. Alhamdulillah, takde la ambil masa yang lama pun. Sambil melangkah kembali ke meja makan, dalam hati daku dah dapat rasakan yang menu tersebut IshaAllah sedap.

 Mengapa daku terus fikir sedap sedangkan ketika tu masih belum dinikmati lagi? Well, kalau tak sedap mengapa begitu banyak pesanan yang diterima secara atas talian tu? Cer fikir... jika hanya ada servis penghantaran sedangkan kualiti rasa gagal, maka sudah semestinya tidak akan ada yang sudi membuat pesanan. Kalau tak sedap baik masak sendiri atau makan maggi je beb!! Tak gitu?

Berdebarnya Rasa Di Hati Ini Untuk Mencuba Menu Belut

Inilah dia menu yang di pesan oleh suami pada malam tersebut. Ada sup belut, paprik belut, kerabu sotong, telur dadar dan juga kailan ikan masin. Daku dah siap prepair mental saat ini dan jika seandainya menu belut tersebut tak boleh di terima tekak maka daku akan terus order lauk yang lain.. lalala....

sis hawa dot com

Mula-mula daku cuba menu kerabu sotong kerana dari awal daku dah terliur dengan rupa sotongnya yang tampak sangat fresh! Ditambah dengan sayur tambahan seperti tomato, carrot dan lain-lain dengan warna kontra telah membuatkan selera makanku semakin tinggi.

1st time gigit, perghhh... terus dapat rasa masin masam manis dan sedikit pedas yang bergabung menjadi satu di dalam mulut. Kalau diikutkan hati, mau ku ratah terus semua ni tanpa makan dengan nasi. Sedap... memang sedap! Sotong tu rasa kenyal je masa di kunyah menandakan yang ianya masih fresh.

sis hawa dot com
KERABU SOTONG

Menu ke dua yang ku cuba adalah kailan ikan masin. Kailan ni so far sangat mengikut selera tekakku sebabnya daku memang sangat suka dengan kailan ikan masin yang berkuah begini. Jika korang tengok resepi kailan ikan masin yang ku masak sendiri, daku juga telah masak dengan ada kuah. Sebabnya, menu kailan ikan masin ni lebih sedap dengan adanya sedikit kuah tersebut yang sangat umphhhh rasanya tatkala bercampur dengan nasi.

Anggapan aku sebelum makan, mungkin pedas kot.... tapi bila dah di rasa rupanya tidaklah pedas sangat hinggakan anak-anakku sendiri dapat makan. Tahap masinnya juga sedang elok! Jika hendak dibandingkan menu mereka dengan yang aku masak sendiri, sah sah pihak Inaara yang menang... hahaha..

sis hawa dot com
KAILAN IKAN MASIN

Akhirnya tibalah masa untukku mencuba menu belut!! Alamakkkk... belut weh!! Menitik peluh tatkala mendengar perkataan belut. Tapi, secara tidak langsung tetiba terasa yang bayangan rupa sebenar bentuk belut tu semakin menghilang dengan sendirinya dari fikiran. Ini disebabkan rupa potongan belut yang telah disediakan oleh pihak Inaara Restaurant tersebut agak pendek hingga menyebabkan daku nampaknya seperti potongan daging ayam. Kecik-kecik jer!! Sedang berkira-kira nak makan ke tak, sorang demi sorang anakku cakap sedap setelah di beri rasa oleh encik suamiku.

sis hawa dot com
SUP BELUT

Makin membuatkan aku penasaran bila anak sulungku menjadi semakin teruja dengan terus menyebut " yang ni lagi sedappppp " tatkala merasa menu belut yang seterusnya. Aiiii tak leh jadi ni.... makin di fikir makin kurang ketulan belut dalam mangkuk dan pinggan. Makin di tunggu makin banyak pula pujian anak-anak untuk menu-menu belut ni... akhirnya, malam tersebut menjadi sejarah! Daku ambil dan makan...............

sis hawa dot com
PAPRIK BELUT

Pengalaman Makan Menu Belut Di Inaara Restaurant

Berkat wajah manis anak sulung yang sedang leka menikmati menu belut di hadapan, akhirnya daku gagahkan diri untuk mencuba menu belut ini sendiri. Firasat aku, besar kemungkinan belut yang akan ku makan agak pelik rasanya TETAPI ternyata jangkaan aku jauh meleset dan sama sekali salah!! Benar-benar salah !! Rupa-rupanya, sup belut dan paprik belut ni sedap giler. Belut yang ku makan ini sama sekali takde rasa dan bau hanyir. 

sis hawa dot com

Seriously, seolah-olah sedang makan isi ayam dalam versi yang lebih lembut, manis dan nikmat! Sedapppp beb!! Memang sedap!! Suami aku jeling sambil sengih-sengih tatkala daku tambah lagi lauk belut tu ke dalam pinggan.. Tapi jika di tanya antara sup dan paprik mana yang lebih sedap? Daku sarankan paprik belut sebabnya ia lebih garing dan kenyal. Rasa papriknya juga sangat perfect dengan rasa sedikit pedas dan masam masin manis. 

Kesimpulannya, suamiku telah berjaya memesan makanan yang kena dengan selera kami semua dan so far alhamdulilah, semuanya sedap sedap sedap tanpa ada sebarang rasa yang tak okay. Kiranya firasat aku bahawa makanan kat sini sedap kerana itu ada ramai pelanggan yang order online ternyata adalah benar. 

sis hawa dot com

Perut dah mula kenyang tapiiiii.... saat sedang menghabiskan baki makanan secara tiba-tiba mataku telah tertancap pada satu lagi menu yang agak special. Dek kerana takut tak dapat nak habiskan jika di order banyak maka daku buat keputusan untuk order satu saja untuk dikongsi bersama anak-anak. Menu special yang telah berjaya membuatkan aku hilang pertimbangan di saat itu adalah ROTI BAKAR TELUR GOYANG

sis hawa dot com

Kenapa di beri nama Roti Bakar Telur Goyang?? Jawapannya ada di dalam video pendek di bawah. Bukan main lagi bergoyang-goyang dengan rotinya yang garing di luar lembut di dalam. Tak lupa juga tambahan sekaya di tepi yang agak banyak dengan penuh rasa lemak manis. Terasa lengkap makan malamku pada hari tersebut dengan adanya roti bakar telur goyang ni. 


Rotinya juga agak besar tau! Tebal pulak tu! So walau order satu je tapi masih dapat dikongsi rasa dengan anak-anak. Punyalah khusyuk makan menu ni hinggakan daku tak sedar yang restoran makin lama sudah semakin penuh dengan para pelanggan.

sis hawa dot com

Terus terang sebagai seorang yang kaki makan, daku rasa tidak menyesal sama sekali dan dengan rasa penuh puashati itulah daku turut singgah ke fanpages Inaara keesokan harinya untuk beri ' bintang ' supaya dapat dijadikan rujukan oleh bakal pelanggan lain yang ada di luar sana tu.

Dan, apa yang ku perasan bukan hanya daku seorang saja yang telah pergi ke Fanpages milik Inaara Restaurant ini untuk memberikan feedback sebaliknya pelanggan lain juga turut membuat perkara yang sama. Inilah yang dikatakan, jika makanan sedap, restoran bersih dan layanan baik maka dengan sendirinya para pelanggan itu sendiri akan bantu menceritakannya pada bakal pelanggan yang lain.

sis hawa dot com
maklumbalas ikhlas dari pelanggan - termasuk aku !

Sejujurnya, sekiranya korang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Kota Bharu , luangkanlah sedikit masa untuk menikmati makanan yang sedap secukup rasa dalam suasana yang selesa bersama teman mahupun keluarga di Inaara Restaurant ini. Andainya tidak punya masa untuk terus ke restoran, jangan lupa yang korang juga boleh order secara online melalui pesanan ringkas di whatsapp. Sememangnya Kelantan ini amat terkenal dengan keunikan makanannya terutama dengan pengaruh tambahan daripada Thailand dan gunakanlah kesempatan itu sebaiknya dengan mencuba makanan masakan panas di sini. Tak nak makan menu belut pun tak mengapa kerana ada banyak lagi menu lain untuk kalian nikmati.

Kawasan Penghantaran Di Kota Bharu Semakin Diperluaskan 

Berita baik untuk warga bandar Kota Bharu, selepas ini kawasan penghantaran yang disediakan oleh pihak Inaara ini akan semakin diperluaskan. Walaupun ada sedikit caj tambahan mengikut kilometer namun daku percaya ianya sangat berbaloi terutama untuk mereka yang memang perlukan servis penghantaran makanan yang di masak panas sebegini.

SIS HAWA DOT COM
PENGHANTARAN TAK KIRA CUACA DEMI PELANGGAN

Untuk pihak Inaara Restaurant, tahniah ku ucapkan di atas servis kalian yang amat tip top. Secara keseluruhan dari segi layanan, rasa makanan, kebersihan, suasana dan harga.... Alhamdulillah, everything is perfect! Moga-moga semua ini dapat dikekalkan dan jika di tanya adakah ianya benar-benar berbaloi untuk dijadikan sebagai salah satu lokasi tempat makan yang bagus? Ya...!! Inaara Restaurant adalah antara yang terbaik buat masa ini...... Alhamdulillah.

Untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan sebagainya... sila hubungi :

INAARA RESTAURANT
Lot 1544-A Kok Pasir Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Telefon & Whatsapp : 0111 2916564



***  korang sendiri macamana? pernah makan belut tak?  ***