Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Cepat Seperti Di Kedai Ikan Bakar

by - 16:41

Assalamualaikum.... suka makan sotong goreng tepung? Yes! Daku satu keluarga pun suka. Kalau ke kedai ikan bakar tu wajib order walaupun boleh buat sendiri sebab tahap suka tu tersangatlah tinggi hehe.. makin best jika sotong yang telah di order tu nampak sangat menyelerakan dengan salutan yang penuh, rangup dan sedap. Bila kunyah tu asyikkkk jer.... tengok-tengok dah licin sepinggan.

Sebagai contoh, sotong goreng tepung yang kat dalam gambar ni... tapi yang ini bukan di order dari kedai tapi di masak sendiri kat rumah untuk dinikmati dengan family.


Nak tahu macamana cara untuk masak sotong goreng tepung yang penuh dengan salutan begini? Dont worry daku akan share dan boleh follow step by step ikut gambar dan video yang telah ku sediakan di bawah. Yang penting, tak usah bimbing kerana resepi ini sangat mudah, cepat, tak renyah dan yang paling penting termatlah murah kosnya. Kalau di campur tolak dengan harga sotong , rasanya tak sampai RM20 untuk setengah kilo sotong. Puas makan anak beranak lah kata orang!!

Ohya, Jangan risau juga kerana inshaAllah resepi ni tak meletup ketika di goreng tetapi tetap akan rangup. Seperkara lagi walau dah di biar agak lama tetap tidak akan lembik jadi cekodok... maintainnnnn ayu krup krap gitu!



TIDAK GUNA SEBARANG TEPUNG SERBAGUNA SAMA SEKALI !!!

Part ini paling penting.... tidak ada sebarang tepung serbaguna sama sekali.... tidak juga meletup bila di goreng dan paling penting sedap dan memang menjadi..... rasanya lepas ni dengan mudah pakat boleh masak sotong goreng tepung ni hari-hari dah.... asal teringin je bolehlah masak sendiri.... asal wat tomyam je dah boleh buat sotong goreng tepung ni sekali.....

Nak tahu resepi rahsia ni dapat dari mana... jawapannya dari salah seorang kenalan yang pernah mengusahakan sebuah kedai ikan bakar. Beliau sepanjang yang ku kenal memang tak lokek beri info dan disebabkan daku ini anak ramai berderet nak makan sokmo-sokmo di kedai ikan bakar tiap minggu memang agak tak mampu sebab akan terlari budget, maka di kongsikannya padaku resepi ini. Resepi ini sajalah... resepi lain tak dapat.... hahahaha....



Yang pasti, pada yang menggunakan semula resepi ini, mohon doakan semoga tuan punya asal si pemberi resepi ini akan diganda-gandakan lagi rezeki beliau. Ameen...


INILAH RESEPI RAHSIA 'SOTONG GORENG TEPUNG' TERSEBUT........ SELAMAT MENCUBA !!






Anda suka dengan isi kandungan blog ini? Mahu blog ini terus dikekalkan dengan topik sedia ada? Mohon jasa baik untuk Follow DI SINI sebagai tanda sokongan. Terima kasih



You May Also Like

5 PEMBERI ULASAN

  1. Wah.. bagusnya tuan kedai share resepi.. moga makin murah rezeki beliau.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. Teringin nak makan sotong goreng tepung ni...Mudah juga buatnya ye. Terima kasih kongsi resepi dan cara membuatnya..Boleh cuba nanti :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  3. Nampak senang jer..Murni selalu guna tepung bistari jer

    ReplyDelete