Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Sedap Seperti Di Kedai Ikan Bakar

Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Sedap Seperti Di Kedai Ikan Bakar | Sis memang suka makan sotong goreng tepung. Lagi-lagi sotong goreng tepung yang lembut di dalam dan rangup di luar. Tapi tak dinafikan dulu sis tak pandai nak masak sotong goreng tepung ni hinggalah sis berjaya dapat resepi sotong celup tepung Kuala Perlis. Kalau dulu jika nak makan terpaksa order sotong celup tepung di restoran tapi kali ini tidak lagi.

Kenapa sis sebut sebagai resepi sotong celup tepung Kuala Perlis? Tak lain dan tak bukan kerana resepi ini rasanya persis seperti sotong goreng tepung yang dinikmati di kedai ikan bakar Kuala Perlis.

Resipi sotong celup tepung memang mudah tapi jika salah cara ianya akan menjadi tidak sedap, lembik, tepung tertanggal dan meletup-letup bila di goreng. Sebab itu sis tak berani nak masak sotong celup tepung dulu. 

Mujurlah akhirnya berjaya juga dapat resepi sotong celup tepung homemade yang tak meletup ni, dapatlah dinikmati menu sotong celup tepung sepuas hati. Ohya, ini bukannya resepi sotong celup tepun bestari tu tau. Ini resepi yang lebih mudah dan sedap dengan kos yang lebih murah.

Sebagai contoh, sotong goreng tepung yang kat dalam gambar ni... tapi yang ini bukan di order dari kedai tapi di masak sendiri kat rumah untuk dinikmati dengan family.


Nak tahu macamana cara untuk masak sotong goreng tepung yang penuh dengan salutan begini? Dont worry daku akan share dan boleh follow step by step ikut gambar dan video yang telah ku sediakan di bawah. Yang penting, tak usah bimbing kerana resepi ini sangat mudah, cepat, tak renyah dan yang paling penting termatlah murah kosnya. Kalau di campur tolak dengan harga sotong , rasanya tak sampai RM20 untuk setengah kilo sotong. Puas makan anak beranak lah kata orang!!

Ohya, Jangan risau juga kerana inshaAllah resepi ni tak meletup ketika di goreng tetapi tetap akan rangup. Seperkara lagi walau dah di biar agak lama tetap tidak akan lembik jadi cekodok... maintainnnnn ayu krup krap gitu!

Buat Penggemar Seafood, Inilah dia Resepi Sotong Goreng crispy dengan rahsia jenis tepung yang digunakan bagi mendapatkan sotong goreng tepung yang sedap dan rangup.



TIDAK GUNA SEBARANG TEPUNG SERBAGUNA SAMA SEKALI !!!

Part ini paling penting.... tidak ada sebarang tepung serbaguna sama sekali.... tidak juga meletup bila di goreng dan paling penting sedap dan memang menjadi..... rasanya lepas ni dengan mudah pakat boleh masak sotong goreng tepung ni hari-hari dah.... asal teringin je bolehlah masak sendiri.... asal wat tomyam je dah boleh buat sotong goreng tepung ni sekali.....

Nak tahu resepi rahsia ni dapat dari mana... jawapannya dari salah seorang kenalan yang pernah mengusahakan sebuah kedai ikan bakar. Beliau sepanjang yang ku kenal memang tak lokek beri info dan disebabkan daku ini anak ramai berderet nak makan sokmo-sokmo di kedai ikan bakar tiap minggu memang agak tak mampu sebab akan terlari budget, maka di kongsikannya padaku resepi ini. Resepi ini sajalah... resepi lain tak dapat.... hahahaha....



Sotong goreng tepung memang enak tetapi ramai yang hampa kerana hasilnya tidak menjadi tetapi lepas follow step melalui video ini, InshaAllah segalanya akan berhasil. Yang pasti, pada yang menggunakan semula resepi ini, mohon doakan semoga tuan punya asal si pemberi resepi ini akan diganda-gandakan lagi rezeki beliau. Ameen... 


INILAH RESEPI RAHSIA 'SOTONG GORENG TEPUNG' TERSEBUT........ SELAMAT MENCUBA !!






Anda suka dengan isi kandungan blog ini? Mahu blog ini terus dikekalkan dengan topik sedia ada? Mohon jasa baik untuk Follow DI SINI sebagai tanda sokongan. Terima kasih



5 comments for "Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Sedap Seperti Di Kedai Ikan Bakar"

  1. Wah.. bagusnya tuan kedai share resepi.. moga makin murah rezeki beliau.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. Teringin nak makan sotong goreng tepung ni...Mudah juga buatnya ye. Terima kasih kongsi resepi dan cara membuatnya..Boleh cuba nanti :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  3. Nampak senang jer..Murni selalu guna tepung bistari jer

    ReplyDelete