Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Anchor Food Professionals Lancarkan Minuman MoodMojee Khusus Untuk Kegembiraan Para Pelanggan

Anchor Food Professionals Melancarkan Minuman MoodMojee Untuk Setiap Mood | Assalamualaikum korang... minggu lepas daku dan beberapa rakan blogger telah berkesempatan untuk menghadiri sebuah event yang dianjurkan oleh pihak Anchor Food Professionals bertempat di Overstepped Cafe Sungai Petani Kedah bersempena dengan pelancaran minuman baru yang sedang gah diperkatakan sekarang ini. Apa yang menariknya, minuman ini di reka khas oleh chef terkenal daripada pihak Anchor Food Professionals special untuk para pengemar minuman dengan tema MoodMojee.


Anchor Food Professionals ini adalah sebahagian daripada Fonterra iaitu sebuah syarikat tenusu global yang dimiliki oleh koperasi dari negara New Zealand. Mereka mewujudkan pelbagai produk yang berkualiti tinggi sesuai dengan kegunaan masakan di lebih daripada 50 buah negara. 

Sepertimana semua tahu, tenusu sangat bagus dalam masakan tetapi tidak semua tahu yang tenusu ini juga sangat bagus dan sedap untuk pelbagai jenis minuman malah minuman dengan tambahan tenusu ini boleh dipelbagaikan dengan pelbagai cara dan gaya sehingga dapat memenuhi kehendak selera seseorang. 





Kehendak selera setiap individu boleh disamakan dengan mood seseorangyang berbeza dan dek kerana itu jugalah, Anchor tampil dengan idea baru untuk memperkenalkan minuman gaya baru di restoran terpilih termasuklah melalui Overstepped Cafe di Sungai Petani Kedah yang telah daku kunjungi bersama beberapa rakan blogger yang lain baru-baru ini. Minuman ini di cipta dengan harapan semoga dapat memberikan mood dengan emoji yang lebih menyeronokkan semasa sedang dan selepas menikmatinya. 


Semua minuman istimewa yang unik ini telah diciptakan oleh Chef Anchor Food Professionals demi untuk memberitahu betapa specialnya produk asas tenusu hinggakan jika dimasukkan ke dalam minuman ianya boleh memberikan aura mood ceria dan gembiara kepada para pelanggan yang menikmatinya. Terdapat sebanyak 6 ( enam ) jenis minuman baru yang diperkenalkan oleh pihak Anchor Food Professionals ini dan terus terang daku rasa sangat bertuah kerana dapat menjadi salah seorang daripada mereka yang telah merasainya. 


Apakah 6 jenis minuman yang boleh membantu memberikan mood ceria dan gembira tersebut? Mari daku bantu perkenalkan 6 Jenis Minuman Moodmojee tersebut dengan lebih dekat lagi.

Minuman #1 - Kayanika Fusion
Produk Anchor yang digunakan : Whipping Cream | Ciptaan : Chef Firuz




Minuman dengan nama Kayanika Fusion ini merupakan hasil gabungan lapisan manis dan berkrim dengan gaya tradisional yang sangat kaya dengan gula melaka, kacang merah dan bubur. Kebetulan daku seorang penggemar setia cendol dan tatkala merasa Kayanika Fusion ini daku rasa bagaikan sedang menikmati menu cendol asli dalam gatya yang lebih moden dan mewah namun masih mengekalkan rasa lemak manisnya yang sangat berkrim. Makin sedap kerana dapat dinikmati dengan bahan lain sebagai kunyahan, asyikkkk sangat!



Minuman #2 - Lemon Mint Meringue 
Produk Anchor yang digunakan : Whipping Cream | Ciptaan : Chef Firuz




Berbeza dengan Kayanika Fusion, minuman dengan nama Lemon Mint Meringue ini lebih menekankan unsur segar sesegarnya segarnya. Daku sendiri saat merasa minuman ini ahhhh nikmat! Sangat-sangat nikmat bagaikan seorang yang sedang terdampar di tengah lautan dan secara tiba-tiba di beri minuman yang amat sejuk dan dingin. Itulah gambaran terbaik untuk minuman ini dan terus terang inilah minuman yang berjaya memikat hati aku pada hari tersebut. Bukan daku saja malah Kasih Sufi juga yang sangat tampak seronok dan suka dengan minuman ini.




Minuman yang berupa ice blended yang dipenuhi dengan lemon mint vanilla ini sangat special dengan rasa sedap masam manis segar yang sangat balance. Di atasnya pula turut diletakkan whipped and torched meringue berserta hirisan lemon dan oren untuk menambahkan lagi kesedapannya bersama bau yang amat segar tatkala sedang menikmatinya.


Minuman #3 - White Chocoffee 
Produk Anchor yang digunakan : Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream Ciptaan : 
Chef Inchiro



Disebabkan daku ini juga seorang yang amat sukakan kafein maka minuman coffee begini tersangatlah daku tunggu-tunggu dan tatkala dihidangkan dengan minuman kopi campur coklat ini daku rasa amat kagum sekali. White Chocoffee ini tidak hanya diperbuat dengan gaya campuran kopi putih bersama coklat malah turut ditambah dengan mentega kacang yang lazat. Sekali makan pasti terbayang, nikmat sangat!



Macam yang telah di beritahu tadi, di antara ke tiga-tiga menu yang telah diterangkan di atas tadi daku memilih Lemon Mint Meringue sebagai minuman paling best dan sedap kerana ianya dapat memberikan rasa kesegaran dan nyaman sesuai dengan cuaca suhu semasa.


Minuman #4 - Pom & Grey Twist
Produk Anchor yang digunakan : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream Ciptaan : 
Chef Ken




Minuman Pom & Gray Twist ini menggunakan teh keju yang telah dicampur dengan sirap delima. Tidak hanya itu ia turut dilapisi dengan krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko untuk menambahkan lagi rasa untuk kepuasan si peminumnya. Ia adalah sejenis ramuan yang amat menyegarkan. 

Minuman #5 - Tangy Brew
Produk Anchor yang digunakan : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream Ciptaan : 
Chef Ken



Tangy Brew ini pula merupakan sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk serta turut dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim untuk memberikan rasa segar masam manis berkrim supaya dapat melahirkan rasa wowwww ketika sedang menikmatinya.


Minuman #6 - Yuzu Chocolate Surprise 
Produk Anchor yang digunakan : 
Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream 
Ciptaan : Chef Ichiro



Untuk minuman terakhir ini pula ia merupakan hasil gabungan lemak , manisan coklat dan yuzu citrusy. Gabungan balance antara ke tiga bahan utama ini telah berjaya memberikan satu rasa yang sangat sedap tetapi unik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree. Pada bahagian bibir gelas pula turut diletakkan dengan salt lemon cooling candy. 


Untuk pengetahuan semua, minuman yang berkonsepkan Moodmojee ini sebenarnya diilhamkan oleh Asian Cheese Teas iaitu Jack Tan, Pengarah Makanan Makanan Bersekutu Anchor FP berkata, "Kami memahami apa yang boleh dibuat dengan tenusu dari segi rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam pelbagai bentuk, sama ada dengan minuman mahupun kek. Secara tradisional, tenusu sangat popular di pasaran Barat, tetapi kali ini kami ingin mencampurkan dengan bahan-bahan tempatan untuk menghasilkan rasa dan rupa di seluruh Asia".



Dengan adanya kempen Moodmojee, kita dapat melihat Anchor FP akan bekerjasama dengan lima belas pengusaha makanan dan minuman di seluruh Malaysia, dimana ciptaan minuman ini juga akan diperkenalkan secara fasa diseluruh negara bermula dari November 2018 sehingga Januari 2019. Kat mana boleh nikmati semua menu minuman yang best ini? Di sini daku senaraikan sekali semua nama cafe dan restoran yang terlibat. 

Senarai Cafe & Restaurant Yang Menyediakan Minuman MoodMojee Anchor adalah :

Selangor
• Choon Guan Coffee Shop
Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
• Gafe Kafé
63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Johor
• Love Tea F&B
No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45, Indahpura, 81000 Kulai, Johor
• Living Room
Plaza Mentari (Sun City) G-03, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru
Malacca
• Cofeology Café & Restaurant
Shop Lot No.23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450, Melaka
Kedah
• La Taste
No.14, Kompleks Perniagaan Gurun Jaya, Taman Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah
• La Taste
No.219, Jalan Mawar 3/2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
• Overstepped
No. C97 & 98, Tingkat Satu, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani,
Kedah
• Overstepped
No.5, Tingkat Satu, Jalan Perdana Heights 1/1, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani,
Kedah
Penang
• Lavish Fusion Bakery
214, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
• Hive by Love A Loaf
The Promenade, 5-G-36, Persiaran Mahsuri 1, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang
• La Taste
No.65, Ground Floor, Lorong Teras Jaya 2, Pusat Perniagaan Teras Jaya,13400. Butterworth
Perak
• Family Confectionery
2233, Ground Floor, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
• Baker’s Hut
Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak
Sabah
• Delight Factory
G-52, Imago Shopping Mall,884100 Kota Kinabalu
• Chubs Grill
Plaza Shell, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, 88300 Sabah
• Chiu’s Café
Block D,Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersil 88/2, 88Marketplace, Kampung Kepayan,
88300 Kota Kinabalu Sabah
• Lucky Bean
16-0 Lintas Square Jalan Lintas, Taman Southern, 88300 Kota Kinabalu Sabah


Nak Cuba Minuman Baru Yang Unik dan Sedap? Jomlah Cuba Minuman MoodMojee dari Anchor Food Professionals ! Kami dah, korang bila lagi? 


Jika ada sebarang info lanjut yang berkaitan bolehlah menghubungi pihak Anchor Food Professionals melalui info di bawah ini. Terima kasih 

Website: https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html
Facebook: https://web.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY/



9 comments for "Anchor Food Professionals Lancarkan Minuman MoodMojee Khusus Untuk Kegembiraan Para Pelanggan"

  1. anchor ni tahu pasal dia punya mentega je. good buat program macam ni. awareness untuk orang ramai.

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnyaaa.. Ada dekt pelabuhan tu.. Nak cubala cari nanti.. Terliur tengok

    ReplyDelete
  3. Sally suka yg Pom & Grey...even tak berapa suka Earl Greg Tea sbnrnya...tapi mgkn sbb ade delima & cheese tu je sedap...hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapkan minuman moodmojee,ikut mood mmg rasa happy bila minum sbb sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. Boost my mood😍 serius sedapp suka lemon kint meringue tu unik

    ReplyDelete
  6. Lepas minum memang terasa berubah mood ni. Btol2 mood booster.

    ReplyDelete