Terasa Makin Seronok Menyusu Dengan Bantuan Crossover Maternity / Nursing Bra dan Breast Pad dari MAMAWAY  | Assalamualaikum, hai hai awak semua kat sana. Hari ni daku nak sentuh sikit soal breastfeeding yakni menyusu badan dan kalau nak tahu daku menyusu badan secara exclusive sejak daripada anak yang pertama lagi sehinggalah sekarang anak yang ke enam. Daku susukan secara terus untuk tempoh 2 tahun bagi setiap anak dan sekarang anak sulung sudah pun berusia berusia lima belas tahun.

Untuk menjayakan proses pemberian susu ibu secara langsung ini, sila pastikan yang kita telah bersedia dengan beberapa perkara asas dan salah satu daripadanya adalah dengan membeli nursing bra dan juga breast pad untuk memudahkan lagi proses pemberian susu ibu dalam situasi yang lebih mudah dan selesa. Jika di tanya apakah jenama untuk nursing bra dan breast pad yang ku gemari? Jawapannya adalah MAMAWAY.


Siapakah Mamaway ?

Mamaway merupakan pembekal pakaian dalam untuk ibu-ibu yang hamil dan menyusu dan setiap produk keluaran mereka semuanya mengutamakan keselesaan untuk si pemakai dan kesungguhan Mamaway yang sentiasa selalu ingin memberikan yang terbaik dari segala aspek inilah yang telah membuatkan Mamaway ini senantiasa di pilih oleh para ibu termasuk daku sendiri. Terdapat pelbagai koleksi bra menyusu dan antara design yang paling ku suka adalah Crossover Maternity / Nursing Bra .



Terus terang daku seorang yang sangat cerewet dengan isu pemilihan pakaian dalam dan sebelum daku membuat keputusan untuk membeli mana-mana pakaian dalam daku akan check secara terperinci terlebih dahulu dari segi fabrik, jahitan, cangkuk, getah, dawai dan juga size. 

Jika dulu sebelum berkahwin daku lebih mengutamakan design dan warna yang sesuai dengan personaliti diri namun sejak sudah mempunyai anak ini daku lebih mengutamakan soal keselesaan semata-mata. Kerana itu daku amat bersyukur dengan adanya pakaian dalam khas untuk ibu yang hamil dan menyusu seperti yang ditawarkan oleh pihak Mamaway ini.

Antara Sebab Utama Mengapa Memilih Crossover Maternity / Nursing Bra Adalah :

#1 - Didatangkan Dengan Ciri Pembungkusan Yang Baik



Daku amat berterima kasih pada pihak Mamaway kerana menitikberatkan segala isu termasuk juga dengan ciri pembungkusan. Penggunaan plastik yang boleh buka dan lekat semula secara tidak langsung akan memudahkan daku untuk membawa bra nursing ini ke mana saja tanya sebarang masalah.

#2 - Getah Berkualiti Yang Sangat Super Selesa



Daku memang seorang yang agak cerewet dengan pemilihan pakaian dalam dan jika nak tahu daku sama sekali tidak suka bra yang ada sebarang dawai pada bahagian bawahnya. Ini kerana sebagai ibu yang menyusu sepertiku dawai tersebut hanya akan menyusahkan aku untuk memberi susu malah ianya juga akan hanya memberikan rasa sakit dek kerana payudara yang akan membengkak pada bila-bila masa tatkala susu mula melimpah. Terus terang, bra yang ada dawai lebih sesuai untuk golongan wanita yang tidak menyusu sahaja. 



Kerana itu daku amat gembira dengan bra menyusu daripada Mamaway yang sama sekali sangat memahami kehendak dan kemahuan seorang ibu yang menyusu badan seperti aku ini. Getah yang berbentuk sangat lebar pada bahagian bawah payudara ini sangat selesa bagaikan sedang mendapat sokongan yang penuh secara stabil terutama ketika sedang menyusu. 

#3 - Fabrik Bermutu Yang Boleh Meregang

Lembut dan mudah meregang memang sangat penting tatkala memilih bra menyusu kerana apabila mudah lembut dan mudah meregang bermakna ianya sangat selesa ketika ingin memberi susu walau di mana saja berada tanpa perlu terkial-kial tarik sana tarik sini demi untuk mengenyangkan si manja.


Regangan ini juga dapat menjimatkan wang si pembeli kerana ianya boleh di pakai ketika masih hamil lagi disebabkan bra ini akan menarik dan mengendur mengikut situasi payudara si ibu tanpa merosakkan fabrik itu sendiri. Bila fikir balik daku rasakan seolah-olah seperti tidak memakai bra disebabkan fabriknya yang sangat ringan dan telus udara.

#4 - Menyerap Peluh Dengan Cepat Dengan Kelebihan Anti Bakteria

Saat pertama kali pakai daku dah jatuh suka kerana fabrik yang digunakan tersangatlah selesa dan yang paling daku perasan ianya sangat mudah menyerap peluh tanpa sebarang rasa lembab sebagaimana ketika memakai bra biasa sebelum ini. Malah pihak Mamaway sendiri telah pernah membuat ujian terhadap bra ini dan ternyata ianya benar-benar boleh menyerap peluh dengan cepat untuk segera memberikan rasa selesa sepanjang hari untuk si pemakainya.


Tidak hanya itu, ia turut bersifat anti bakteria di mana akan menghalang daripada pembentukan bakteria sehingga dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kerengsaan pada kulit. Secara tidak langsung ianya lebih selamat dan bersih hingga terasa lebih yakin tatkala ingin memberi susu pada si manja tersayang. 



#5 - Cangkuk Yang Sangat Selasa Untuk Bernafas Tanpa Rasa Sakit

Kewujudan cangkuk di belakang memang tidak semua wanita suka kerana kadangkala ianya dapat memberi rasa sakit, gatal dan tidak selesa tetapi berbeza dengan cangkuk yang di jahit pada bra menyusu Mamaway ini. Saat memakainya daku sama sekali tidak merasa akan adanya cangkuk di belakang sebaliknya hanya rasa selesa dan senang untuk bernafas tanpa sebarang masalah.



#6 - Design Silang Cantik Dengan Tali Bahu Luas Dan Bentuk Cup Yang Penuh 

Tali bahu yang luas membantu memberikan sokongan tambahan untuk bahu dan bahagian belakang. Bentuk cup yang penuh pula dapat memberi penutupan penuh secara menyeluruh dengan rasa puas dan selamat manakala design silangnya yang sangat praktikal sangat memudahkan urusan untuk memberi susu dengan cepat. Tarikkkk saja ke bawah dan susulah bayi seperti biasa tanpa perlu memikirkan soal bra tersebut kerana bentuknya akan kembali kepada asal tanpa merosakkan bentuk design dan fabrik tersebut sama sekali.



Dapatkan Juga Breast Pads Mamaway Yang Selesa 

Seperti kelaziman, tatkala tempoh menyusu selalunya susu akan menjadi banyak sehingga boleh menitik dan memancut dan perkara sebegini akan membuatkan keadaan menjadi sangat tidak selesa. Malah susu yang terkena pada bra ini akan turut membuatkan ibu-ibu termasuk daku sendiri rasa melekit dan merimaskan. Kerana itu, salah satu cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan memakai breast pads seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak Mamaway ini. 



Setiap satu bungkusan mengandungi sebanyak 60 keping breast pad yang bersifat pakai buang di mana setiap keping breast pad ini tersangatlaah lembut terhadap payudara. Sizenya yang agak besar dapat memberi kuasa penutupan secara penuh dengan kuasa penyerapan yang sangat cepat dan berkesan.


Jadi sekiranya sering terjadi masalah air susu banyak sehingga ke tahap menitik dan terpancut dengan sendirinya terutama tatkala bayi sedang tidur lena tu, sementara ingin di pam itupun jika sempat maka bolehlah gunakan breast pad ini bagi mengelakkan susu mengalir sehingga membasahi seluruh nursing bra. Bagi yang belum mengalami mungkin menganggap situasi susu mengalir ini biasa saja tetapi hakikatnya susu yang mengalir hingga melekat di baju ini boleh memberikan keadaan tidak selesa di tambah lagi dengan bau yang tidak enak setelah kering. Kerana itu, pemakaian breast pad sebegini adalah sangat-sangat membantu.

Cara pemakaian breast pad Mamaway ini juga tersangatlah mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menanggalkan kertas pelekat di bahagian belakangnya setelah itu terus dilekatkan pada mana-mana bra nursing yang ingin dipakai.



Yang pasti, menyusu anak adalah suatu perkara yang sangat indah kerana ianya dapat mengeratkan hubungan antara seorang ibu dan anak itu sendiri. Tatkala anak menyusu di dalam dakapan bolehlah digunakan masa itu untuk memeluknya, untuk cium ubun-ubunnya, berbual dengannya dan lain-lain lagi. Pendekata, saat si kecil sedang menyusu adalah satu ruangan masa yang special hanya untuk si ibu dan si anak itu sendiri. Maka dengan adanya produk-produk istimewa seperti yang dikeluarkan olah pihak Mamaway ini ianya akan lebih membantu para ibu termasuk daku sendiri untuk berasa lebih gembira dan senang setiap kali ingin melakukan penyusuan terhadap si manja tersayang. 


Untuk bra nursing korang boleh beli mengikut saiz tubuh badan masing-masing dan untuk breast pad pula boleh di beli dalam mana-mana jumlah yang diinginkan. Jangan risau kerana ke dua-duanya di jual dalam harga yang sangat berbaloi dan berpatutan.




Kesimpulannya, jika di tanya tentang pendapat peribadiku sendiri, ibu menyusu memang perlu memakai nursing bra dan breast pad dari Mamaway ini kerana ianya ternyata sangat-sangat bagus dan memabantu. Kualitinya juga sangat awesome cuma untuk nursing bra pastikan jangan di rendam dan di letak peluntur. Untuk di basuh dengan menggunakan washing machine itu tidak akan menimbulkan apa-apa masalah. 




Untuk lebih mengenali akan produk-produk keluaran Mamaway ini boleh melayari mana-mana link di bawah ini :

Official Website   |   Fb Fanpage   | Lazada | 
Shopee  | Motherhood |  Zalora  |  11Street   |

Sekiranya benar-benar berminat untuk membeli mana-mana barangan daripada Mamaway, boleh gunakan code : SISHAWA25
untuk penjimatan sebanyak RM25 bagi setiap pembelian dengan nilai RM135 dan ke atas. 



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"