Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KB TOWN WESTERN - Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special di Bandar Kota Bharu

KB TOWN WESTERN - Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special di Bandar Kota Bharu  | Assalamualaikum, hi korang semua. Daku percaya bila sebut sahaja Kelantan, pasti terbayang aneka juadah-juadah enak yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bagi korang yang bakal berkunjung ke Kelantan ini pastinya akan teruja dengan pelbagai jenis menu makanan yang best best. Daku sendiri dah pun mengalami situasi tersebut tatkala mula berpindah ke sini dulu. Kelantan menjadi terkenal dengan keunikan makanannya disebabkan oleh pengaruh dari negara Thailand. Kerana itu makanan di sini agak special hingga menjadi terlalu banyak menu makanan untuk di pilih. 

Daku sendiri tatkala ke Kota Bharu tentu akan mencari makanan yang sedap untuk dinikmati bersama famili. Jika di tanya, restoran manakah antara yang paling sedap di Kota Bharu? Hari ini daku suggest supaya korang ke Kafe KB Town Western yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah. Kiranya jika sudah penat berjalan keliling Pasar Siti Khadijah untuk beli itu dan ini, bolehlah singgah di Kafe KB Town Western ini untuk mengalas perut dan membasah tekak. 



Menjamu Selera di KB Town Western Sempena Birthday Kasih Sufi

Jika kalian ada membaca entry yang lepas berkenaan dengan birthday Kasih Sufi yang pertama, di sinilah tempat yang telah daku pilih untuk meraikan hari istimewa tersebut. Dalam banyak-banyak restoran daku telah mengambil keputusan untuk meraikannya di sini disebabkan beberapa perkara. Nak tahu apakah keistimewaan Kafe KB Town Western ini hinggakan daku membuat keputusan untuk meraikan hari lahir Kasih Sufi di sana? Mari daku senaraikan sebab musababnya supaya dapat dijadikan panduan untuk korang yang sedang mencari tempat makan menarik di Kelantan ini.


Kelebihan Utama Kafe KB Town Western Kota Bharu 

# 1 - Dekorasi Kafe Yang Moden Dan Hipster

Moden perubahan gaya hidup di Kelantan memang sudah banyak berubah di tambah dengan kafe yang cantik dengan deko yang menarik. Jangan terkejut kerana kedai makan di Kota Bharu ini juga juga telah menyesuaikan diri dengan trend hipster seperti di Kuala Lumpur. Untuk kafe ini daku sukakan susunan dan dekorasinya yang seakan sedang berada di Hawaii.



Setiap sudut kafe sama sekali tidak dibiarkan kosong. Ternyata owner kafe sangat bijak menggunakan ruangan dengan dekorasi yang sesuai dalam pelbagai gabungan warna yang menarik. Tampak simple tapi tetap menawan hati. Yang penting susun aturnya masih tetap memudahkan para pelanggan untuk keluar masuk dengan mudah pada tiap masa. 


# 2 - Ruang Makan Yang Bersih dan Selesa

Kafe KB Town Western ini adalah di dalam kawasan yang berbumbung sepenuhnya. Terdapat dua pilihan tempat duduk samada di bawah bumbung pada bahagian luar mahupun di dalam kafe dengan pelbagai sudut tempat duduk yang sesuai. Bagi yang berkeluarga bolehlah duduk di meja makan dengan permukaan kayu seperti di dalam gambar di bawah ini. 


Selain daripada duduk di meja makan, korang juga boleh memilih untuk duduk di kawasan meja yang berkonsep seakan-akan seperti sebuah mini bar. Meja yang lebih tinggi ini berhadapan dengan kawasan penyediaan minuman. Sambil menunggu minuman yang di pesan bolehlah menjamu mata melihat kepakaran pekerja di sini dalam menyediakan minuman yang pelbagai. 


# 3 - Terlalu Banyak Menu Yang Best Untuk Dicuba

Setelah duduk bolehlah mula membuat pesanan berdasarkan menu yang telah disediakan. Daku sendiri naik pening kepala tak tahu nak pesan makanan yang mana satu. Makin di lihat menu tu makin daku pening kepala. Apa tidaknya, semuanya nampak sedap! Ada menu western dan juga menu tempatan. Pilihlah mana satu yang disukai.


Antara menu yang paling havoc kat sini adalah TOMYAM BANGKOK VIRAL. Sekali pekena memang terangkat! Dan tomyam bangkok yang disajikan di Kafe KB Town Western ini memang sangat hangat permintaannnya hinggakan ada di kalangan orang ternama, para artis dan sebagainya yang sanggup datang ke kafe ini semata-mata untuk menikmati menu tomyamnya. Disebabkan tomyam di sini paling mendapat sambutan maka daku mengambil keputusan untuk merasainya sendiri untuk di ulas samada benar-benar sedap ataupun sekadar bual mulut semata-mata.


# 4 - Makanan Yang Amat Tepat Dengan Selera

Inilah antara menu-menu masakan yang telah dipilih pada hari tersebut. Jika nak ikutkan hati mahu order semua tetapi takut pula tak habis nak makan. Inipun rasanya dah cukup meriah sangat-sangat. Tatkala pertama kali terpandang semua menu ini daku perasan rupa makanan yang terhidang di atas meja adalah sama dengan apa yang ditayangkan di dalam menu. Dalam erti kata lain tak adalah dalam menu nampak lain tetapi di atas meja pelanggan nampak lain. 


Dari aspek ini secara tidak langsung telah membuatkan daku nampak akan kesungguhan owner dalam usahanya untuk memberikan hanya yang terbaik kepada para pelanggan. Antara menu yang di order pada hari tersebut adalah :

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK 

Terkejut juga mula-mula tatkala terlihat menu ikan patin di dalam menu. Antara masakan yang boleh disediakan dengan ikan patin ini adalah seperti ikan patin masak tempoyak , ikan patin masak asam pedas dan lain-lain lagi. Bagi daku yang juga antara penggemar ikan patin ini memang rasa agak teruja juga dengan adanya menu sebegini. 

Bila tiba saja menu ini di atas meja rasa teruja tu makin buatkan daku bagai ingin terlompat suka. Mana tidaknya, kuah ikan patin tersebut memang pekat! Rasanya pula amat seimbang antara pedas, masin dan masam. Manis isi ikan turut dapat dirasa menandakan yang ikan patin tersebut masih segar dan baru.

UDANG GORENG CRISPY

Ini menu yang paling win bagi kami untuk hati tersebut. Besar, manis dan sedap! Serius sedap! Luarnya yang rangup dengan rasa masin manis yang balance membuatkan daku gigit hingga ke kulit. Puashati sangat-sangat makan udang ni. Makin puashati kerana harga yang dikenakan hanyalah RM8 sahaja untuk jumlah udang antara 4 ke 5 ekor. Kalau korang ke sana orderlah udang goreng crispy ni sebabnya memang sangat-sangat sedap dan superb!

DAGING GORENG KUNYIT

Bagi yang ada alahan dengan makanan laut, bolehlah memesan daging goreng kunyit. Hampir sama dengan udang tadi dengan teskturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam tetapi rasa daging memang sangat-sangat wow! Takde nya rasa liat tapi best makan gigit-gigit kunyah-kunyah dengan gabungan rasa masin manisnya yang seimbang.

AYAM MANGGA

Menu ini daku sangat-sangat rekomen. Luarnya rangup dengan dalamnya yang agak lembut membuatkan daku rasa bagai sedang makan chickhen chop yang best. Cuma yang membezakannya adalah hirisan mangga yang banyak dengan gabungan betik rangup berserta kacang. Terdapat juga sos masam manis pedas untuk mengabungkan semua rasa tu menjadi satu. Ayam yang di potong bagiku memang agak besar dan puas untuk di makan. Jika yang ada anak kecil pun boleh makan dan daku sendiri pada hari tersebut memberinya pada Kasih. Seronok pula bila lihat Kasih makan dengan begitu berselera.

TOMYAM 

Makanan Thai dan Kelantan jika tiada menu tomyam memang tidak sah dan tomyam kat sini memang padu! Padu yang daku maksudkan ini bukanlah setakat rasanya yang sedap dengan masam , masin, manis dan sedikit pedas yang telah bergabung menjadi satu tetapi juga dengan bahan di dalamnya yang sangat meriah. Ada udang, sotong, bebola ikan, isi ketam dan lain-lain lagi hinggakan daku sekeluarga makan tidak boleh berhenti pada hari tersebut.

Bila lihat semula semua ni rasa lapar semula

Cuba tengok pinggan yang berisi segala lauk pauk tu, penuh meriah macam nak sambut hari raya hehe... Ada ayam, daging, udang, sotong dan semuanya memang sangat sedap dap dap hinggakan daku sendiri makan hingga tersandar. Yang paling best sudah semestinya udang. Daku tabik pada owner KB Town Western ni kerana berani tampil dengan memasukkan udang yang fresh dengan size yang agak besar di dalam hampir setiap menunya. Bagi seorang yang memang sangat sukakan menu seafood, rasa dan kepuasan ketika makan beginilah yang sangat daku cari terutama untuk makan bersama famili. 

udang yang padat dengan isi dengan rasa yang sangat fresh
Lihatlah tu betapa berseleranya anak-anak makan. Masing-masing khusyuk hingga tak sempat nak pandang ke kamera lagi. Serius beb, memang sedapppppp...... Selaku pelanggan daku dan suami rasa memang sangat-sangat berbaloi untuk kami jamu selera di situ pada hari tersebut dan terus terang daku rasa sangat tepat keputusan yang di ambil untuk menyambut hari lahir Kasih Sufi di situ. 


Ohya, sebelum ku terlupa. Selain daripada menu makanan berasaskan Thai, Kelantan dan western korang juga boleh memesan masakan panas yang lain seperti maggi berkuah, mee goreng mamak, nasi goreng dan lain-lain lagi. Pendekata, apa yang terasa hendak di makan order saja. InshaAllah dengan adanya tukang masak yang sangat berpengalaman, pihak KB Town Western boleh menyajikan masakan dengan rasa yang sedap mengikut citarasa korang tu. 

Cik Ikma dari Ikmahusin Signature antara pelanggan yang sering ke KB Town Western

Jika di tanya sedap ataupun tidak InshaAllah sedap dan kebetulan pada hari tersebut daku memang ada order sepingan mee goreng juga untuk anakku yang ke lima dek kerana dia tidak mahu makan nasi pada ketika itu. Biasalah budak-budak katakan... ada saja peel nya. Kita makan nasi tetiba dia nak makan mee. Tapi! Bagus juga daku order mee goreng untuk Muhammad Awwal pada hari tersebut kerana daku dapat merasa hasil air tangan tukang masak khas di KB Town Western. Sedapppp serius sedapppp.. kalau tak percaya boleh lihat sendiri betapa terujanya anakku makan hingga tahap maksimum. Menitik air liur lihat cara dia makan pada hari tersebut. 


# 5 - Terdapat Beraneka Minuman Special Yang Awesome 

Jika makanan saja yang sedap tetapi minuman tak okay tak best juga kan? Itulah specialnya KB Town Western ni kerana kat situ bukan hanya ada makanan yang sedap tetapi juga ada pelbagai jenis minuman yang istimewa hinggakan daku rasa bagai hendak order semua. Antara minuman yang telah daku sekeluarga pesan pada hari tersebut adalah seperti gambar-gambar di bawah ini.


Anak sulungku yang sememangnya sukakan minuman milo seperti biasa akan order minuman milo favouritenya tu tetapi istimewanya di KB Town Western ini turut ditaburkan serbuk milo dengan jumlah yang banyak di atasnya. Sambil minum sambil meratah sekali milo tu dengan sudu. Pergh terangkat weh! Size gelasnya juga sangat besar sesuai dengan keadaan kita yang akan makan dan minum dalam satu masa.


Antara menu minuman lain yang special adalah smoothies. Smoothies yang agak pekat dan padat dengan rasanya yang sangat kaww memang umph habis. Makin best bila adanya aiskrim di atas yang akan terus jatuh masuk ke dalam bekas minuman setelah air mula di sedut. 



Pada hari tersebut daku memesan dua jenis smoothies iaitu KELADI dan juga NESTUM. Yang nestum memang sangat kena dengan seleraku sebagai seorang pengemar minuman malt. Bila start sedut tu terasa tak boleh lepas terus straw. Asyik je layan minuman ni hingga tak sedar dah nak habis segelas.. omg!


Bagi yang sukakan minuman berasaskan buah seperti mangga, strawberi dan lain-lain lagi. Korang boleh pesan minuman yang berasaskan daripada buah-buahan kegemaran masing-masing. Cuma rasanya korang mungkin akan rasa sayang nak minum sebab cantikkkk sangat gaya persembahannya hinggakan terasa terliur hanya sekadar menatap saja.


RASA SEDAP, MAKAN BEST, HARGA MURAH ??

Haaa... mesti korang tak sangka kan? Yesss harganya memang murah!! Bayangkan sepinggan udang goreng tepung hanyalah RM8 je! Giler murahhhh.... daku dan suami pun naik terbeliak biji mata dengan harga yang tertera. Memang kami berdua benar-benar tak sangka dengan harga yang ditawarkan. Murah betul rezeki tuan empunya kafe KB Town Western ini. Kalau tak percaya boleh lihat sendiri sebahagian daripada harga yang telah sempat ku snap.


Inilah tuan empunya kepada kafe KB Town Western. Semasa berada di sana daku dan suami sempat berbual dengan beliau yang sangat ramah dengan para pelanggannya. Bila sedang bersembang tu daku sempatlah berikan kad nama perniagaanku padanya dan memberitahu yang daku akan masukkan ke blog sebagai cadangan tempat makan yang best disebabkan kafe beliau itu memang patut di singgah oleh mereka yang ingin merasa makanan berasaskan Thai dan Kelantan yang sedap.

Bila daku beri kad, Mr.Ruslie membalasnya dengan memberikan sekeping kad nama semula dan kata beliau kafe KB Town Western adalah hobi sedangkan kerjayanya yang sebenar adalah pengusaha kepada sebuah agensi peragaan di atas pentas mahupun studio. Ooooo patutlah kafenya cantik! Hehe. So kalau ada yang berminat nak menceburkan diri di dalam bidang modelling bolehlah hubungi Mr Rusliey. Manalah tahu dapat jadi model muslimah ke, apa ke... 


Yang pasti, jika korang berada di sekitar bandar Kota Bharu tak kiralah samada memang berasal dari bumi Kelantan mahupun pelawat luar yang ingin makan angin di sini, daku syorkan supaya korang singgah di KB Town Western ini untuk sesi menjamu selera. Serius sedap! Serius puashati! Sekali makan akan teringat nak ke sana semula. Jika di tanya apakah daku akan ke sana lagi? Jawapannya adalah YA! Selaku pelanggan yang suka dengan menu makanannya , daku tidak teragak untuk ke sana semula jika ada masa dan kelapangan. 


Nak Makan Menu Sedap Thai, Kelantan dan Western?
Tak tahu nak makan kat mana? Jangan fikir banyak..... Jom ke :

KB TOWN WESTERN
Bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah
Tel / Whatsap : 019-941 9505
Fanpages : https://www.facebook.com/kbtownwestern/
Google Maps : KLIK HERE

So, apa pendapat korang tentang kafe KB Town Western ni? Special ke tidak.... 


6 comments for "KB TOWN WESTERN - Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special di Bandar Kota Bharu"

  1. Rindunya nak pi Klate. InsyaAllah kalau pi lps ni, nak singgah sini 😍

    ReplyDelete
  2. terliur weh! nanti kalu gi KB nak try gi make di sini.

    ReplyDelete
  3. Lama tak datang kb.. Walaupun kadang balik kg tapi tak ada kesempatan lg nak jalan kb sbb agk jauh

    ReplyDelete
  4. Mengancam habis menu menu dekat kafe ni sis. Boleh lah try nanti bila ke KB. Dekat pula tu dengan pasar SK kan.

    ReplyDelete