Kisah Kejayaan Staf McDonald's Patut Dijadikan Pengajaran Dan Iktibar  | Assalamualaikum semua... Mengimbas semula akan trip daku ke Perak baru-baru ini, setelah selesai urusan check out dari The Cedar @ Bidor, daku dan semua ahli rombongan Team Blogger Pantai Timur trip ke Perak ini meneruskan lagi perjalanan kami dengan menghala ke bandar Ipoh. Kali ini kami mengambil keputusan untuk singgah di McDonald's Meru Raya Ipoh Perak untuk menikmati menu Burger GCB yang sedang gah diperkatakan sekarang ini bersama. 



Tibanya kami di perkarangan McDonald's Meru Raya lebih kurang jam 12 tengahari , sedang elok dengan waktu makan tengahari.. Bayangkanlah perut yang sedang lapar tiba-tiba di sapa dengan bau enak semerbak dengan pelbagai menu yang sedap. Perghhh kecur airliur. Kedatangan kami pada hari tersebut di sambut baik oleh Encik Azhar yang berperanan sebagai manager utama di situ pada waktu tersebut. 



Bangunan premis McDonald's untuk cawangan Meru Raya ini terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat yang boleh menampung sejumlah pelanggan yang besar dalam satu-satu masa. Kami di bawa ke tingkat atas untuk menjamu selera di sebuah sudut khas yang memang ada di situ .Ruangan khas ini amat sesuai untuk mengadakan sesebuah majlis seperti sambutan hari jadi dan sebagainya. Pakej harijadi kat McDonald's ini juga khabarnya tidaklah semahal mana dalam anggaran RM100+ ke atas saja untuk 10 orang kanak-kanak. Jika mahukan info lanjut berkaitan hal ini bolehleh ke mana-mana cawangan McDonald's yang terdekat bagi mendapatkan maklumat yang berikutnya. 



Setelah berbincang tentang menu, sudah semestinya masing-masing nak mencuba menu GCB yang semakin hangat diperkenalkan pada waktu tersebut. Syukur alhamdulilah layanan sangat baik sekali dan fasiliti lain yang ada di situ seperti tandas, bilik permainan dan sebagainya juga dalam keadaan yang baik dan bersih. Sambil melayan menu yang di pesan, daku sempatlah berbual tanya itu dan ini pada Encik Azhar bagaikan seorang polis pencen yang tak bergaji. 



Kisah Encik Azhar Membuatkan Kami Terkedu !!

Suasana yang pada mulanya tampak malu-malu mula bertukar riuh tatkala Encik Azhar mula berkongsi cerita bagaimana beliau boleh mula bertugas sebagai salah seorang staff di McDonald's. Masing-masing mula berasa kagum apabila Encik Azhar sendiri mangaku bahawa dia berjaya menjadi seorang manager hanya dengan bermula dengan kelulusan sebagai seorang lepasan SPM sahaja. Beliau mula memohon memasuki team McDonald's pada tahun 2000 hanya dengan niat untuk suka-suka tetapi daripada suka telah menjadi serius dengan sekelip mata.



Makin terkedu apabila turut dimaklumkan bahawa beliau dapat melangkah daripada orang yang biasa dengan usia masih remaja kepada seorang yang lebih berdedikasi dengan hala tujuan yang betul berkat didikan dan seruan semangat yang di beri oleh pihak McDonald's itu sendiri. Siapa sangka, tatkala remaja lain sebayanya tika itu sedang berfikir mahu melanjutkan pelajaran ke mana , Encik Azhar sendiri sedang membina kerjaya selangkah demi selangkah bersama team McDonald's dan buktinya kini Encik Azhar sudah bertugas selama lebih daripada 18 tahun dengan pangkat yang beliau sandang di ketika ini.




Antara titik tolaknya adalah apabila En.Azhar diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001. Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertanding dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara. Akhirnya beliau memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Itulah orang kata Usaha Tangga Kejayaan dan tidak hanya bergantung kepada akademik semata-semata. 

Ohya!! Encik Azhar juga telah bertemu jodoh dengan isteri tercinta juga di McDonald's di mana isteri Encik Azhar sendiri merupakan salah seorang daripada staff warga kerja McDonald's yang masih lagi bertugas sehingga ke hari ini. Sekarang isteri Encik Azhar dan isterinya sedang menantikan kelahiran cahayamata mereka yang ke dua, alhamdulillah. 



Hati Makin Gembira Tatkala Dibenarkan Melawat Ruangan Kerja Staf McDonald's

Inilah part yang paling mengujakan sekali. Serius memang tak sangka akan di pelawa masuk ke ruangan kerja tempat penyediaan makanan oleh pihak McDonalds. Hajat hati nak share semua tapi maaf kat dalam tu sama sekali tak dibenarkan ambil gambar kecuali sekeping ni sebagai tanda kenangan bersama Mr.Azhar and his team. Lagipun kat bilik beku ni memang meriah giler sebabnya sejukkkk sangat-sangat macam dah sampai ke England. Kikiki.. Paling ketar tu haaa tiga hakak blogger kat belakang tu sapa lagi kalau bukan Kak Ira, Kak Shiela dan juga Shalimar. 




Rezeki Di Tangan Tuhan , Tiada Kelulusan Tinggi Bukannya Sebuah Penghalang!

Bagi adik-adik remaja mahupun penganggur yang masih lagi tercari-cari hala tujuan diri untuk menambahbaik kehidupan sedia ada, apakata jadikan kisah hidup dan kejayaan Mr.Azhar sebagai iktibar dan panduan. Tak usah rasa rendah diri mahupun putus asa jika tak dapat menyambung pengajian ke mana-mana institut pengajian tinggi kerana yang paling penting adalah usaha untuk terus maju dan mara ke hadapan. 



Jika rajin InshaAllah kejayaan akan datang menyusul... yang pasti untuk pihak staff McDonald's Meru Jaya terutamanya MrAzhar terima kasih banyak-banyak di atas layanan. Happy sangat rasanya masa kat sana dan semoga kita semua dapat bertemu lagi di masa yang akan datang. Kami kat sana tak lama kerana akan terus ke The Maps dan kalau nak tahu jarak The Maps Ipoh dengan McDonald's Meru Raya ini hanyalah 5 minit sahaja dengan menaiki kereta so jika ingin jadikan McDonald's cawangan Meru Raya ini sebagai pit stop sebelum meneruskan perjalanan di sekitar Ipoh adalah sangat sesuai sekali.

Jom ke McDonald's Meru Raya di sini :

MC DONALD'S MERU RAYA
Jalan Meru Bistari A2, Bandar Meru Raya, Mukim Hulu Kinta,
 31200 Chemor, Negeri Perak