Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MMSOS Satu Aplikasi Yang Boleh Membantu Kala Kecemasan

MMSOS Satu Aplikasi Yang Boleh Membantu Kala Kecemasan | Sedang dalam perjalanan seorang diri dari tempat kerja untuk pulang ke rumah, tak semena-mena tayar kereta bocor. Tengok jam sudah hampir masuk waktu maghrib. Nak telefon rakan-rakan hmmm macam susah je. Nak telefon suami kebetulan pula si suami sedang outstation. Selalunya beginilah kan? Masalah akan datang ketika kita sedang dalam keadaan kurang bersedia. Walaubagaimanapun, tahap bersedia itu sebenarnya masih boleh di wujudkan sendiri dan cara yang terbaik untuk mempunyai team backup yang boleh memberi pertolongan dengan cepat dan pantas dalam apa jua situasi bagaikan seorang superhero yang boleh datang menyelamat dalam masa yang cepat pada bila-bila masa adalah pihak MMSOS yang telah mewujudkan satu 'panic button' untuk semua yang ingin meminta bantuan kala kecemasan. 

Sebenarnya, MMSOS “Panic Button” ini merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Melalui kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.
MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.
Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :
Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
‘Ambulance fees’.
Percuma ‘towing’.



Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.


2 comments for "MMSOS Satu Aplikasi Yang Boleh Membantu Kala Kecemasan"