Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Mudah dan Sedap Malaysia Untuk Dinikmati Bersama Keluarga

Resepi Mudah dan Sedap Malaysia Untuk Dinikmati Bersama Keluarga | Sebagai seorang ibu pada 6 orang anak , rutin memasak memang perlu di buat setiap hari samada suka ataupun tidak. Jimat bajet katakan.

Tapi untuk masak sesuatu resepi yang agak susah dan payah memang daku kurang berminat kerana resepi sebegitu boleh memakan masa yang lama untuk disediakan.

Bagi aku, resepi mudah dan sedap adalah cara yang terbaik. Tambahan pula memang ada banyak resepi mudah dan sedap Malaysia yang boleh dicuba untuk dinikmati bersama keluarga.



Rakyat Malaysia memang sudah terkenal dengan amalan suka makan. Daku sendiri sangat sukakan makanan. Tetapi tidak bermakna makanan yang mudah itu tidak sedap. Buktinya terdapat banyak makanan yang mudah dan sedap Malaysia yang boleh dinikmati dengan penuh rasa lazat oleh semua orang saban hari. 

Malah para pelancong juga sudah tahap jatuh cinta dengan makanan Malaysia walaupun resepi untuk makanan tersebut sebenarnya tidaklah serumit yang disangka. 

Antara resepi mudah dan sedap Malaysia yang telah mendapat tempat di carta hati ramai orang adalah seperti rendang, sup, kari, kuih muih dan bermacam-macam lagi.

Contoh masakan : RENDANG AYAM

Contoh masakan : BEBOLA KENTANG BERINTI

Contoh masakan : BIHUN SUP AYAM


Resepi mudah dan sedap begini paling berguna tatkala tiba bulan puasa. Tempoh memasak yang cepat dengan hasil rasa yang sangat hebat benar-benar telah berjaya memudahkan kerjaku sebagai seorang ibu. 

Antara resepi mudah dan sedap Malaysia yang sering ku masak untuk keluarga adalah seperti sotong goreng tepung, daging goreng manis tiram, sira labu dan macam-macam lagi. Terasa puas di hati ini jika dapat masak sendiri untuk santapan suami dan anak-anak.



Untuk pengetahuan semua, kebanyakan daripada resepi mudah dan sedap ini ada yang ku cipta sendiri dan ada juga yang ku dapatkan daripada mana-mana website yang best berkaitan resepi masakan. Antara website resepi mudah dan sedap Malaysia yang sering ku kunjungi adalah Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) 

Lamanweb JJCM ini sudah semestinya ada kena mengena dengan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang telah terkenal sebagai siri TV travelog makanan paling popular di Malaysia. Ia telah membina khalayak pengikutnya sendiri setelah bertahun-tahun di siarkan di stesen televisyen. 

Daku suka website  Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) ini kerana ia tidak sekadar memperkenalkan tempat makan yang best di seluruh Malaysia tetapi juga turut berkongsi resepi yang mudah dan sedap yang sangat patut dan berbaloi untuk di cuba. 

Tiada masa untuk memasak? Itu tidak lagi boleh dijadikan sebagai alasan kerana di saat ini telah ada pelbagai resepi mudah dan sedap Malaysia yang sangat menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga.  

Luangkanlah sedikit masa untuk mencari menu resepi yang sesuai sebagai contoh di laman Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) tadi dan menjelmalah bagai seorang chef yang terhebat di mata suami dan anak-anak.

Jom masak !!




3 comments for "Resepi Mudah dan Sedap Malaysia Untuk Dinikmati Bersama Keluarga "