Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess di Kota Bharu

Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Tema Princess Yang Pertama | Pada 05 Disember 2018 yang lalu genaplah usia Kasih Sufi yang pertama. Terasa cepat sangat masa berlalu dalam keadaan sibuk kerja dan urusan keluarga hinggakan terasa hanya dengan sekelip mata Kasih Sufi sudah berusia setahun. Fikir punya fikir bagaimana ingin merakamkan detik ulangtahun yang pertama untuk Kasih maka daku mengambil keputusan untuk celebrate bersama suami dan anak-anak di salah sebuah restoran yang agak hipster di Kota Bharu. KB Town Western itulah nama restoran tersebut dan apakah keistimewaan restoran ini akan daku kongsikan di dalam entry berikutnya.


Pada mulanya daku ingin beli sebiji kek untuk sambut di sana tetapi disebabkan baru-baru ini telah makan banyak kek yang sedap-sedap semasa berada di The Cedar @ Bidor maka daku ambil keputusan untuk sambut dengan belon dan coklat saja di tambah dengan menu lain yang akan di pesan pada pihak restoran. Alhamdulillah, segalanya telah berjaya ku atur berkat bantuan oleh seorang pemberi servis suprise dan deco yang sememangnya sangat aktif di kawasan bandar Kota Bharu ini dan pihak yang daku maksudkan ini adalah IKMAHASIM . SIGNATURE


Permintaan aku pada Ikma adalah sebuah deko yang simple tetapi tetap nampak sweet yang boleh melambangkan seorang princess dan inilah deko yang dihasilkan oleh IkmaHasim Signature untuk Kasih mengikut apa yang ku minta. Alhamdulillah, sangat-sangat menepati kehendakku sendiri untuk si cilik yang masih kecil seperti Kasih. Belon dengan rona warna pink putih di tambah dengan taburan kelopak bunga berserta coklat telah mampu menaikkan seri meja yang telah daku tempah. 


Apa yang paling menarik adalah pada sebiji belon berbentuk hati juga dalam rona yang sama dengan tulisan nama Kasih Turns 1. Dengan belon ini secara tidak langsung telah dapat merakamkan hari tersebut sebagai salah satu hari yang paling bermakna dalam hidup Kasih untuk di kenang buat selamanya. Jika Kasih tak dapat nak ingat pun tak mengapa kerana nanti Kasih boleh singgah ke entry ini semula untuk melihat dan membaca hasil tulisan mamanya ini dari awal hingga akhir. 

Bergambar kenangan dengan Cik Ikma empunya servis IkmaHasim Signature

Terasa puas di hati ini tatkala melihat keletah Kasih Sufi yang asyik memandang semua belon di sekelilingnya. Taksub barangkali dengan kehadiran semua belon yang cantik dan meriah ini disekeliling kerusinya tu. Bukan hanya setakat Kasih, anak-anakku yang lain pun ikut teruja terutamanya Awwal yang asyik minta nak belon tu cepat-cepat. 

Meja yang meriah dengan belon terasa makin special bila melihat menu yang terhidang. Bau makanan dengan rupa yang menyelerakan mula membangkitkan selera makan kami semua pada hari tersebut. Nak tahu menu apa, tunggu next entry akan ku kongsikan apa yang best di restoran KB Town Western ini.


Yang pasti alhamdulillah daku berasa amat bersyukur kerana semuanya telah berjalan dengan lancar dan teratur sebagaimana yang aku rancang dengan bantuan pihak IkmaHasim Signature. Jika minta daku sendiri yang fikirkan tema dan sebagainya memang susah juga tu . Yelah, ulangtahun yang pertama untuk satu-satunya anak perempuan memang susahlah nak pilih. Yang pasti, servis yang diberikan oleh pihak IkmaHasim Signature memang sangat tip top. Ownernya yang ramah menambahkan lagi rasa senang selama daku berurusan dengan beliau.


Bagi korang yang berhajat untuk meraikan apa-apa majlis mahupun peristiwa seperti hari ilahir, hari ulang tahun perkahwinan, konvokesyen, pertunangan, perkahwinan dan apa saja yang berkaitan dengan sesuatu tarikh yang agak bermakna. Tak perlu lagi pening kepala ingin fikir untuk beri apa. Hubungi saja pihak IkmaHasim Signature ini kerana segalanya ada untuk korang tempah.

Sebut saja apa yang korang mahukan samada bunga, coklat, teddy bear, belon, hadiah mahupun duit sekalipun. Semuanya boleh digubah menjadi satu bungkusan hadiah istimewa untuk diberikan kepada insan tersayang korang tu. Kalau nak tempah untuk hadiahkan pada diri sendiri juga boleh takde apa masalah. Manalah tahu sebelum ni belum pernah dapat bunga dari sesiapa, haaa minta saja IkmaHasim Signature hantar satu secara direct hingga ke dalam dakapan. Bukannya ada sapa pun yang tahu kan? Hehe..


Korang boleh tengok sendiri antara hasil gubahan yang telah di buat sendiri oleh Cik Ikma yang ternyata sangat kreatif dan cantik. Tidak hanya memikirkan bahan yang digunakan sebaliknya warna yang sesuai untuk tampak cantik mewah dan exclusive juga turut di beri perhatian. Terasa best pula bila lihat coklat yang sedap dengan bunga yang cantik serta buah-buahan segar yang super sedap tu. 



Jika inginkan kek juga boleh. Sebagaimana yang telah daku katakan tadi, sebut saja apa yang kalian mahu semuanya pihak IkmaHasim Signature akan cuba laksanakan demi untuk memenuhi segala kehendak kalian tu. Tidak hanya barangan yang boleh di minta bahkan warna tema juga boleh di beritahu secara terus. Terpulang ingin warna apa pihak IkmaHasim Signature akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak para pelanggan.


Duit !! Syoknya... ini kalau ku dapat mesti duit tu yang akan ku simpan dulu. Yelah nanti hilang pulak. Betul kan apa yang ku cakap tadi. Hasil gubahan IkmaHasim Signature ni memang sangat cantik, unik dan exclusive. Semuanya cantik dan lawa. 

Untuk yang tinggal di sekitar kawasan Kota Bharu termasuk daku sendiri sememangnya rasa sangat bertuah kerana ada pihak yang menyediakan servis sebegini. Ohya! Jika tinggal di luar Kota Bharu tetapi dalam masa yang sama mempunyai mana-mana insan kesayangan yang tinggal di sini maka bolehlah kalian gunakan pihak IkmaHasim ini untuk menjadi penyambung kasih.
Korang hanya perlu membuat tempahan dan pihak IkmaHasim Signature akan terus menghantarnya kepada insan kesayangan korang tu tepat pada tarikh sebagaimana yang sepatutnya.


Dan sekiranya insan kesayangan berada di luar Kelantan tetapi dalam masa yang sama sudah terlajak suka dengan hasil kerja tangan pihak IkmaHasim Signature ni, tetap masih boleh membuat tempahan dan barangan yang ditempah akan diuruskan dengan menggunakan kaedah pos. Di bawah ini adalah salah satu contoh design untuk proses pengeposan yang sangat unik dan sweet dengan tambahan ungkapan kata-kata yang manis. Manalah tahu, nak beri untuk seseorang yang telah lama kalian perati dari jauh ke.. nak beri direct malu. Haaa inilah cara terbaik yang boleh digunakan. Secret admire gitu. Jika hendak tempah dalam bentuk begini untuk di beri secara terus juga boleh. 


Satu lagi yang daku suka tentang IkmaHasim Signature ini tatkala beliau menampilkan idea yang best dan praktikal demi untuk memudahkan para pelanggannya. Antara idea tersebut adalah gubahan coklat mini yang cantik seperti gambar di bawah ini. Percaya ataupun tidak gubahan ini hanyalah berharga RM4 sahaja setangkai dan dengan harga dan rupa yang begini cantik dengan mudah boleh tempah untuk anak bersempena dengan sambutan hari guru nanti. Ia juga boelh ditempah untuk diberikan pada para tetamu untuk sesuatu majlis yang penting. Memang patutlah jika IkmaHasim Signature ini diterima ramai kerana beliau benar-benar prihatin tentang budget dan kehendak pelanggan.


Semua barangan yang digunakan oleh pihak IkmaHasim Signature sangat segar dan berkualiti. Setiap satu daripadanya di pilih oleh Cik Ikma dengan tahap kualiti yang agak tinggi. Jika di tanya soal cerewet bukannya pelanggan yang cerewet tapi pihak IkmaHasim Signature itu sendiri. 

Ini bagi mengekalkan kualiti dan tahap mutu servis yang telah sekian lama cuba dipertahankan dari dulu hingga kini. Kerana itu kebanyakkan pelanggan IkmaHasim Signature akan terus menggunakan perkhidmatan ini secara berulang selepas mengenali pada kali pertama. Termasuklah daku sendiri yang amat berpuashati sangat-sangat.


Sebahagian Daripada Mereka Yang Telah Dikejutkan Dengan Servis IkmaHasim Signature





Servis deko yang telah ku tempah untuk Kasih juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga setempat. Untuk servis sebegini apa yang perlu dilakukan hanyalah membuat tempahan meja di mana-mana restoran mahupun lokasi yang sesuai dan setelah itu pihak IkmaHasim Signature akan datang lebih awal untuk menghiasi ruangan tersebut. Setelah segalanya siap, pihak IkmaHasim Signature akan terus memberitahu samada melalui whatsapp, SMS mahupun panggilan telefon dan bolehlah korang kejutkan semuanya pada insan kesayangan yang ingin diraikan itu. 


Jika ingin buat di rumah sendiri juga boleh. Takde masalah. Sebagaimana contoh sebuah keluarga yang telah sepakat untuk menyambut hari ibu secara bersama ini. Terlihat dengan jelas dan nyata senyuman terharu dan bahagia penuh gembira di wajah para ibu ini selepas mendapat kejutan daripada anak masing-masing. 

Ingatan, itu yang paling penting dan jika sibuk setahap mana sekalipun masih ada cara untuk menzahirkan ingatan itu supaya insan tersayang dapat tahu mereka senantiasa berada di tahap yang amat istimewa di hati kalian.


Soal harga jangan risau kerana pihak IkmaHasim Signature senantiasa meletakkan kadar harga yang sangat berpatutan. Tidak hanya itu, pakej istimewa bersempena dengan sambutan hari ibu dan sebagainya juga sering dilakukan. Jika ingin meminta Cik Ikma menyediakan sesuatu dengan mengikut tahap budget yang sesuai juga boleh. Jangan risau kerana Cik Ikma ini akan senantiasa siap sedia untuk berbincang segalanya dengan mudah dan profesional.


Akhir kata, untuk IkmaHasim Signature, daku amat berpuashati dengan servis yang diberikan. Soal harga juga sangat tip top! Jika di tanya apakah aku akan menggunakan servis daripada pihak IkmaHasim Signature ini lagi? Jawapanku adalah YA tanpa sebarang rasa yang berbelah bagi. Ku doakan juga moga bisnes Cik Ikma ini akan terus sukses dan pastikan kualiti sebegini terus dikekalkan dari masa ke semasa.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis ini, boleh terus hubungi :

 IKMAHASIM . SIGNATURE 
wasap : 0134060073

Location cover : Kota Bharu, Pasir Puteh, Kok Lanas, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh ( Delivery Charge depands on location )
Pick Up : Petronas Melor
waktu operasi dari 10pg -6petang


6 comments for "Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess di Kota Bharu "