Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal | Menyegarkan Badan Dengan Haruman Sepanjang Hari

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal - Menyegarkan Badan Dengan Haruman Sepanjang Hari | Assalamualaikum. Kali ini nak share produk dari Althea lagi. Eh Althea lagi?! Yes! Mana tidak, si Althea ni aktif betul keluarkan produk baru. Lepas satu, satu... dan yang buat ku naik geram semuanya best best belaka. Acaner tu? Yang terbaru ni adalah pewangi semburan untuk badan yang dikenali sebagai  Stay Fresh Body Sparkling Mist.

Daku pun tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkannya juga sebotol. Tambahan pula Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan kolaborasi terbaru Althea dengan Titi Kamal. Buat korang yang belum mengenali Titi Kamal, beliau adalah salah seorang artis yang agak terkenal di bumi Indonesia. 




Saat pertama kali aku mencubanya, hmmm not bad. Bagi aku wangian ini agak sesuai dengan penampilan aku yang sememangnya tidak begitu gemarkan bau haruman yang kuat hingga tahap menyucuk hidung. Dalam erti kata lain aku sukakan pewangi badan yang pastel baunya dan hingga tidak boleh menarik perhatian orang lain. Cukuplah pakai untuk segarkan badan sendiri. 

Maka bertepatanlah kehendakku dengan wangian daripada Althea ini yang dihasilkan dengan konsep fruity and floral. Gabungan buah dan bunga memang sangat cocok hinggakan terasa manissss jer bila di pakai. Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan  lightweight body fragrance  dengan buah kegemaran Titi Kamal dan aroma bunga: Orange, Peach, dan Rose. 


Bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist ini adalah seperti : 
  • Sweet Orange Oil - Bau yang cukup menyegarkan
  • Elder Flower Extract - Selain memberi bau feminin, ia turut menyejukkan dan melegakan kulit
  • Damask Rose Water - Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut


ALTHEA  bekerjasama dengan sangat rapat dengan Titi Kamal untuk menghasilkan produk ini kerana minatnya terhadap trend kecantikan di Asia Tenggara dan semangatnya untuk memahami apa yang dikehendaki oleh pengguna. 


Cara Penggunaan Stay Fresh Body Sparkling Mist

Cara menggunakanna sama jer macam body mist yang lain. Lepas mandi bersih-bersih, semburkan produk ini dengan ringan pada badan]. Bawa produk ini ke mana-mana dan semburkan sekali-sekala sesuai dengan gaya hidup sendiri. Botol yang bersaiz 100 ml ini boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila perlu spray, bila perlu spray. Haa mudah sangat!


Kat mana nak beli? Sudah semestinya di lamanweb rasmi milik ALTHEA. Jom dapatkan sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ni. Harganya hanya RM 35.00 saja sebotol. Klik untuk shopping kat sini >>> https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist


7 comments for " Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal | Menyegarkan Badan Dengan Haruman Sepanjang Hari"

  1. Liez dh jatuh hati dgn body mist ni.. mmg wajib sembur lepas mandi.. bau dia kekal smp pagi.. mmg wajib repeat klau habis.. stock up byk2

    ReplyDelete
  2. Saya suka titi kamal, hmmm jadi penasaran pake Althea

    ReplyDelete
  3. Dah cuba dah yang ni memang best!!

    ReplyDelete
  4. dah pakai juga, memang suka ...

    ReplyDelete
  5. kita pun suka bau dia, u..soft je..

    ReplyDelete
  6. ada rose water tu memang wangi le baunya. rasa fresh =D

    ReplyDelete