Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Membersih Sambil Menyegarkan Wajah

Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Membersih Sambil Menyegarkan Wajah | Jika korang perasan, baru-baru ini daku telah sempat mencuba produk terbaru keluaran Althea iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist yang boleh membantu menyegarkan tubuh sepanjang hari. Tetapi sebenarnya bukan itu saja produk terbaru dari Althea. Selain daripada mist tersebut daku juga sempat mencuba satu lagi produk Althea yang tiba secara serentak di dalam satu kotak. Produk ini adalah Althea Pore Purifying Serum Cleanser .


Sesuai dengan namanya iaitu Althea Pore Purifying Serum Cleanser maka daku percaya korang sudah boleh tahu yang produk ini adalah untuk mencuci kulit wajah dari sebarang kotoran. Kelebihan Pore Purifying Serum Cleanser ini kerana ianya dapat bertindak secara 2 in 1 kerana bukan saja dapat dijadikan sebagai pembersih muka tetapi juga untuk menjadi penghilang untuk kesan solekan, kotoran, dan juga minyak.  




Jika di lihat secara sekali imbas, Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini mempunyai tekstur yang cair dan jernih seperti air. Tetapi tatkala dituang ianya agak pekat tapi dalam masa yang sama masih mudah untuk digunakan ke atas kulit wajah tanpa sebarang kesan berminyak dan sebagainya. Pendekata sangat selesa.  

Tidak hanya mampu mencuci kulit wajah hingga bersih dengan sangat cepat malah ianya turut boleh membantu memberi kesan kelembapan pada wajah sepanjang hari selepas penggunaan. Ia dapat menghalang kulit daripada kering dan sangat berkesan meminimumkan liang-liang pori yang tersumbat. Hasilnya nanti kulit wajah akan menjadi lebih halus, lembut dan licin tatkala di sentuh.  


Antara bahan-bahan utama yang telah digunakan untuk menghasilkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah seperti :

  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan kulit dari masalah kekeringan dengan ringan dan selesa
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang dapat membantu membersihkan kulit hingga tahap yang maksimum



Dengan adanya ekstrak pudina ia akan turut dapat membantu memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat sepanjang hari dalam formula serum. Ia juga akan membantu menghalang kulit daripada mengering. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini juga boleh membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan kulit sentiasa berada di dalam keadaan tip-top! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.


Cara Penggunaan Yang Mudah 

Untuk menghilangkan solekan :
  1. Tuang sedikit di atas telapak tangan ataupun pada pad kapas muka 
  2. Buat urutan keseluruh wajah dengan pergerakan membulat untuk membuang kotoran dan solekan.
  3. Setelah itu cuci wajah sepenuhnya hingga bersih dengan menggunakan air. 

Untuk membersihkan wajah  :
  1. Basahkan wajah 
  2. Tuangkan sedikit ke atas telapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah sepenuhnya
  3. Buat urutan secara membulat pada wajah sehingga 5 ke 10 saat sebelum membersihkannya dengan air.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit dari normal, sensitif dan juga berminyak. Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur dari golongan remaja hingga dewasa. Bahan yang digunakan juga bersifat semulajadi tanpa sebarang bahan yang berbahaya. Jika berminat, korang boleh dapatkan secara eksklusif  melalui lamanweb utama Althea. Harganya juga tidaklah mahal mana, hanya RM33 saja sebotol.

Untuk sebarang info tambahan dan juga pembelian, boleh terus ke laman utama Althea di 




1 comment for "Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Membersih Sambil Menyegarkan Wajah"